Saturday, September 26, 2009

pasir-pasir pantai...

TIDUR ATAS OMBAK

Pagi-pagi lagi saya sudah di tepi pantai. Menguis pasir,melihat ombak dan berjalan bersendirian menikmati pagi. Indahnya pagi memang tak tergambar dgn kata-kata. Subhanallah... Subhanallah...




Hari ini terakhir di Avillion Port Dickson. Kami bercuti 4 keluarga. Dari keluarga Pak Teh,Pak Lang, abang Bahar dan kelurga Mak Edah. Terima kasih kepada angah Fara kerana menempah villa yg sgt cantik dan selesa.


Sejujurnya sy sgt jarang bercuti kerana maklum benar dgn kemampuan diri yg terhad apatah lagi bergelar student. Alhamdulillah...Allah memberi rezeki dgn cara yg tak tergambarkan. Sy tertawan dgn Avillion yg unik. Villa atas laut yg betul2 cantik dan memikat... Terasa seperti tidur atas ombak.


Penat menjalar seluruh tubuh kerana sejak 18/9 lagi sy tidak sempat lagi bermalas-malas di rumah. Dari Pahang terus ke Port Dickson.. Bayangkanlah... Dan hari ini sudah 25/9... Masa utk kembali ke fakulti. Masa untuk bersedia utk FINAL EXAM!!




p/s: Tak dpt benar2 cuti kerana kepala dipenuhi pelbagai aktiviti persiapan utk final exam. Owh... benar2 berharap dapat merehatkan diri dgn tenang setelah berusaha bersungguh-sungguh!

2 comments:

Ophe said...

sedang ingin untuk bercuti juga... mahu melepas lelah panjang yang berselirat dengan soal pekerjaan yg tk pernah mahu habis..

Anum said...

Tekanan kerja lebih berat berbanding belajar. Sudah tahun 3 dan bakal bekerja...Uu... bakal menghadapi real world yg entah macamana pula cabarannya?

p/s: Harap kamu dpt bercuti dan menenangkan fikiran...w/u sebentar.. ^^