Thursday, October 1, 2009

Diari Oktober

FACEBOOK YG KELIRU

"Kak num I like your relationship status."

Begitulah komen seorg rakan facebook saya. Sy tercengang. A? Bukan di friendster pun begitu jugak ke?

Status: It's complicated.

Apa yg menariknya ttg it's complicated? Bermaksud sukar ada relationship kan?

Teman: Eh tak la kak num,FB announce di home wall, 'Hanum is in a relationship but it's complicated'.


Saya: *bengang.

PUASA SYAWAL DAN MAJLIS RAYA



Syawal di oktober dipenuhi agenda Puasa sunat 6. Rakan-rakan kuliah bersemangat menyempurnakan ibadah sunat yg baik ini walau sibuk dgn persiapan peperiksaan final. Saya sendiri menaku betapa tersemput-semputnya hari-hari persiapan ini malah dgn subjek yg semakin intense(pharmacognosy le ape lagi...), perjuangan mesti diteruskan.

Oktober yg sibuk.




Namun sy tetap gembira kerana majlis raya part 5 berjalan dgn lancarnya. Alhamdulillah...

Melengkapkan nota,menghadam,menjawab soalan past year dan group discussion hampir setiap hari.

Mimpi? Ada.
Sudah grad dgn cemerlangnya... hehe...

DISKUSI
"In the end it would sum up to only one question. What do you want to achieve in life?"

Prof weber menyimpulkan komen beliau terhadap sistem pendidikan di Malaysia. Beliau yg saya hormat berasal dari Perancis,Eropah.

Sepanjang 2 jam di bilik beliau, saya dan seorg rakan kuliah mendgr komen beliau terhadap keadaan pelajar di dewan kuliah ketika lecture sdg berlansung.

'Kenapa student tidak respon? Kenapa student boleh tidur dalam kelas beliau? Kenapa setiap soalan dlm lecture dibiar tidak berjawab? Kenapa student farmasi UiTM tidak seaktif pelajar di kelas lecture universiti Eropah?'

Dan macam2 lagi perbandingan yg menunjukkan pemikiran pelajar UITM tidak sebanding pemikiran pelajar di Eropah. Dari satu tajuk terus ke topic ke topic sistem pendidikan negara Malaysia. Kemudian sistem kesihatan Eropah yg bagus berbanding Malaysia.

Apa saja tentang Malaysia,semua tak best di mata beliau.

Teringat sy pada kata-kata mantan perdana menteri kita yg ke-4.

" Prasarana kita kelas pertama tetapi rakyat kita minda kelas ke-3".


Well conclude eh?

PENUTUP

Journal dipenuhi reminder dan tarikh2 peperiksaan akhir. Ada reminder perjumpaan keluarga, beraya rumah kawan,raya rumah pak cik,tarikh pernikahan sepupu di sebelah keluarga ayah dan menyusul tarikh pencen mak. Top priority persiapan exam,ibadah wajib dan sunat,lab report dan assignment.



Diari Oktober sudah 70% penuh.... 30% lg? Sy perlu masa utk diri sendiri dan dengan Dia. 2 perkara ini penting. Jika tidak,hilanglah kunci ketenangan dan keseimbangan.

Selamat bersedia utk peperiksaan rakan-rakan PH 210!! ^^

p/s:Siapa kata 24 jam tak pernah cukup?

No comments: