Sunday, September 20, 2009

Takbir rindu dari kampung.

KEJAR AYAM


"Alamak!! Weih kat sana!"
Kami dari dapur memandang keluar. Nampak 2 org budak tiba-tiba berlari masuk dari pagar depan.

"Eh?! kenapa dik?" Jerit Mak cik Ana sy dr dapur.

"Kejar ayam mak cik." bls mereka.

Kami tergelak. Sampai ke laman rumah wan dibuatnya. Sbb sekor ayam...

"Aaaa... kalau dh masuk rumah kiteorg,jadi ayam kiteorg la ye. hehe..." usik Makcik saya. Berderai tawa di blkg dapur.

Tiba2 mereka menghilang seketika. Kali ni dtg dgn abang mereka dlm linkungan sekolah menengah gitu.



"Salam mak cik... kami dtg nak tangkap ayam boleh?" tanya si abang. Semua yg sibuk membuat lauk utk beraya esok memandang. Laaa.... budak2 tadi tak faham lawak rupanya... Tersengih2 si abang bila kami jelaskan gurauan tadi pd beliau. Makanya,berlakulah adegan mengejar ayam di laman rumah wan. Hehe...

RAYA BERMAKNA?


Dahulu raya bg sy yg masih kanak2 bermaksud baju baru,kasut baru,jalan-jalan kelililng kampung dan kutip duit raya. Jika ada arwah Aki,seluruh halaman rumah akan dipenuhi dgn pelita minyak tanah. Cantik... macam dalam kad raya.

Dan bunga api boleh tukar-tukar warna,mercun bawang dan mercun2 yg takkan dpt sy main.(thankx to my protective dad. We all safe and sound sampai besar.) Kuih raya dan acara makan kegemaran arwah Aki that involve rendang special dan menerima lawatan dr saudara mara dan rakan taulan arwah.

Dan ya.. itu dulu... Sy dh besar. Semakin faham bahawa Hari Raya adalah manifestasi kpd sebuah peristiwa besar.

Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.


Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.


Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.



Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.



Berhari raya juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam azali lagi iaitu sebelum wujud sebagai manusia, kita telah mengakui keesaan Allah s.w.t. dan berjanji untuk mentaati perintahnya.



Allah menegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud:
Ingatlah ketika Tuhanmu mengambil janji dari anak-anak Adam sejak azali mereka dan mempersaksikannya atas diri mereka sendiri. “Tidakkah Aku Tuhanmu?” Mereka menjawab, betul, kami mempersaksikan atas itu tetapi kamu akan berkata pada hari kiamat, kami telah lalai mengenai hal ini. (maksud al-Quran surah al-Araf ayat 172).


Fitrah juga berkait dengan hanif. Ertinya suatu sifat dalam diri kita yang cenderung memihak kepada kebaikan dan kebenaran.


Dalam sebuah hadis disebutkan oleh Rasulullah s.a.w.:
Kebajikan ialah suatu yang membuat hati dan jiwa tenang. Dan dosa ialah sesuatu yang terasa tidak keruan dalam hati dan terasa bimbang di dada. (HR Ahmad).


Oleh Mohd Shauki Abdul Majid, dari nurjeehan.hadithuna.com.


MENYIMPULKAN SILATURAHIM



Usai melawat kubur arwah Aki,kami beralih pula ke kubur moyang. Emak kepada arwah Aki. Ramai org dtg melawat kubur hari ini atau kami sbnrnya yg dtg pada masa org ramai. Dahulu awal pagi lagi usai solat sunat Hari Raya. Tapi kepenatan menyediakan hidangan raya malam sebelumnya membuat kami semua2 lambat bersiap.


Aktiviti melawat saudara mara juga dilakukan sebelah petang. Sah penat menggulai semalam...

Namun mesti melawat tak pun mesti ada yg datang melawat. Indahnya persaudaraan terletak pd kemampuan kita 'mengambil yg jernih dan membuang yg keruh.' Adat bersilaturahim... tak semua manusia itu sempurna sifatnya. Mesti ada salah dan kurangnya.


Pesan Nabawi:

“Seorang mukmin yang bergaul dengan orang ramai serta bersabar dengan kesakitan akibat pergaulan dengan mereka itu, adalah lebih baik dari seorang mukmin yang tidak bergaul dengan orang ramai serta tidak bersabar atas kesakitan akibat pergaulan itu”


Jadi bermaaf-maafanlah seikhlasnya bukan sahaja di hari raya tetapi bila-bila masa pun. Bukan apa.ajal itu tiba-tiba. Semoga sama-sama kita memanfaatkan masa di dunia ini.

DARI KAMPUNG



Pernah sy terbaca post dari blog abdullah jones tak lama dulu. Ada sedikit ejekan apabila sebuah sajak ditulis dgn endingnya begini : dari cape town,Australia. Biasalah org kita. Kena letak luar negara baru sajak itu dipanggil kelas.

Geli hati apabila membaca Cape Town,Australia. Mujur juga sy pernah meminati Geografi kalau tak... hehe...

Dan sy dgn jujurnya memberitahu anda sy di kampung Pandan Dua.Pahang Darul Makmur. X best ke kedudukan geografi saya?? Kerana saya rasa di mana-mana pun anda,jika anda menulis dgn baik dgn niat yg ikhlas,InsyaAllah blog itu bermakna bukan sahaja buat anda tetapi pd pembacanya.

Makanya,sy ingin mengucapkan salam 1 Syawal kepada semua pembaca.rakan bloggers dan yg mengenali saya.Mohon maaf zahir dan batin juge..^^

Dari kampung Pandan Dua,Pahang, Malaysia.


p/s: Teringin nak tulis New Zealand,Pahang.Hehe...nanti Syaz mare pule... ;P

No comments: