Wednesday, September 2, 2009

Antara malam-malam

SUDAH DIRI

Saya meredam rasa malu teramat sangat. Diri bukanlah pelajar cemerlang mana, ingin berbicara soal ilmu depan para ilmuwan juga teman-teman yg punya gelaran dekan. Sungguh saya rasa rendah diri. Namun saya idam juga kejayaan. Mahu mampu membiaya diri dan juga membela kedua ibubapa.

Baru tadi pertandingan sajak dan sirah. Kedua-duanya kegemaran. Sejarah yang menjadi bahan bacaan cerita dari kecil lagi. Juga sajak,gurindam,syair yang meneman jiwa dari mula mengenal bahasa. Asyik dibuatnya. Apatah lagi tdi sajak berkenaan kebesaran rahmat Allah iaitu Ramadhan.
Ingin saya berkongsi jika sajak,syair,bercerita dan segala penyampaian yang membentuk budaya bangsa digunapakai menyampaikan syiar Islam,hampir sempurna jadinya. Subhanallah. Puisi ialah hiasan jiwa kegemaran. Dulu,sekarang dan selamanya.

Bagi saya jika ada org terhegeh-hegeh 'berhip-hop' konon mahu mengekspresi diri kenapa tidak gunakan sajak,syair,gurindam,bercerita atau pantun? Yang terhangguk-hangguk ala mendengar disko boleh pula?? Inilah yang dikata tidak tahu menghargai keunikan dan anugerah Ilahi.

Makanya, agunglah org lain dan bukan kita. Maka budaya orang lain yg bukan-bukan pun agung juga walhal kita lebih lengkap krn gandingan Islam itu ada. Malah uniknya kita,orang lain tak tahu sbb kita kerjanya mengutuk negara,bangsa,budaya diberi Dia kpd kita. Kita asyik begitulah,ORG LAIN saja bagusnya. Patutlah kita tiada hebatnya sbb KITA yang TIDAK MENGHARGAI KITA SENDIRI.
SYAHADAH

6.30 petang,RTM1.Dari kembara siri pertama hingga sudah siri 5. Jadi asyik juga. Sudah begitu rutin Ramadhan sekaluarga. Mama ada saja senyumnya komen tudung mereka,komen kawasan mereka,komen kecantikan sulaman atau tenunan mereka. Adik dan saya peneman setia wajah tua dambaan kasih kami. Meneman dia yang semakin galak bercerita perancangan hari selepas pencen.

Kadang-kadang berair saja mata. Sedih krn sudah tidak dapat meneman Mama selalu. Tapi Mama selalu aja mahukan terbaik utk kami. Biar belajar sampai peringkat tertinggi. Perempuan atau lelaki. Sama saja pd Mama. Mahu bersungguh-sungguh. Mahu berdikari. Mahu tahu ibadah,adab dan ilmunya.

Kasih sayang ibu kpd anak. Belum dibanding Rasul pd umatnya. Allah pada hambanya. Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

SUDAH TAKDIR

Kata Mama mesti sabar. Juga mahu tahu tabah,tahu menerima takdir. Kdg2 penat juga. Tipulah jika tidak terusik hati.

Salahkah saya tidak punya teman istimewa? Takdirnya begitu atau kerana hazan,maka berhati-hati dalam memula perhubungan. Malah jujurnya berserah pada Dia sepenuh-penuhnya. Perempuan sakit macam saya tidak layak memilih-milih bagai mencari kain tercantik dibuat baju raya tetapi tak mampu pula nak bayar harganya.

Tahu diri. Kenal diri. Cermin diri. Jika tidak erti menghormati kelebihan dan kekurangan usahlah berangan mahu cuba melayani bahtera suami isteri yang pastinya penuh dugaan dan cubaan.

Menanggung cinta sempurna dari Dia adalah ketenangan yang setenang-tenangnya yg belum tentu saya gapai dalam cinta lainnya.Mahu membaiki segala kekurangan agar tersenarai dalam hambanya yang berusaha amal makruf nahi mungkar. Teringat-ingat kata seorang teman,mahasiswa pelajar UIAM:

Jika ibu sendiri tak terjaga inikan mahu jaga anak dara orang.

Saya mahasiswi ini? Hm....

No comments: