"I really can't fast like you... I meant I can stand without eating but I must drink water."
Saya senyap mendengar penjelasan Manuel/ Tim salah seorang rakan Valentin. Aneh... Ini pengalaman pertama kali saya mendengar seorang non-Muslim yang sememangnya tidak pernah hidup dalam suasana yang majoritinya penduduk Islam.
Dek kerana Ramadhan yang serba memikat samaada ibadahnya, suasananya dan apa saja yg berkaitan Ramadhan, ia telah memulakan sesi inter religion dialog pertama saya. Dahulu sy pernah juga ditanya rakan Cina dan India beberapa perkara tentang ibadah puasa namun ketika itu masih mentah malah saya akui jawapan saya lansung tidak memuaskan.
Ini soalan dari mereka-mereka yang melihat sendiri dan merasai sendiri pengalaman Ramadhan Malaysia.Tetapi bagaimana yg tidak pernah mengalami hikma Ramadhan itu?Saya akui kerana adanya Ramadhan ia telah memberi ruang ingin tahu dan membuka peluang sesi inter religion dialog. Hanya umat Islam sahaja yang diberi kelebihan Ramadhan. Agama lain tidak.
Ini adalah sesi inter religion dialog saya yg benar2 sukar. Kerana Tim,mahupun Timo, Mo dan V sendiri adalah warga German yang tidak hidup dalam suasana majoriti Muslim.Tim yang saya cuba kenali dgn bertanya beberapa perkara dan beliau dengan sedaya upaya cuba menjawab soalan-soalan lazim seperti keadaan di negaranya, keluarga, perkara yang sdg dilakukan beliau dan beberapa soalan lain lagi.
Ramadhan yang indah dan menawan hati umat Islam seluruhnya. Dan Ramadhan itu juga turut memikat,memikat hati sesiapa sahaja. Seumpama hadiah dari sebuah cinta sempurna.
ISLAM,MUSLIM, SEMPURNA?
"Tim, you told me that when you reached 18 in German you have to do civil service right? "
*civil service=mcm PLKN cuma lebih ketenteraan dan memakan masa setahun.
Tanya saya pula. Kenyataan Tim mengenai kesusahan berpuasa saya biarkan. Kerana menjelaskan sesuatu perlu konsep 'First seek to understand then to be understood'.
Saya faham Tim bukan dibesarkan dlm suasana majoriti Muslim malah jika saya hamburkan semua kenyataan ttg wajibnya puasa, sy pasti Tim akan menganggap puasa yg 'susah' ini umat Islam buat semata-mata kerana diwajibkan agama. Ikutan yg bagi dia tiada sebab munasabah malah menjadikan Islam itu agama yg 'menyusahkan' penganutnya.
"Well,ya."
" So how's your first week during the civil service? Do you like it?"
"Well,of course no. I mean it's tiring,army life and ya... kind of hard"
"Then after a while you get used to it isn't it? Then you realised that being in civil service wasn't so bad and you start to enjoy it right?"
Tanya saya kembali. Tim,Balqis dan saya dalam kereta menuju Sunway Pyramid utk berbuka puasa bersama berjeda sebentar. Kemudian sy menyambung semula.
"Well,that's how we learn to accept fasting. We are trained from young then we began to understand it is not just about not eating from 6 am to 7 pm but it is much more than that. Everything happens for a reason. As our fasting ibadah too.
When we fast we are not just being hungry or thirsty, we rest our stomach, we understand how other unfortunate people starve due to being poor plus the best time is when we break our fast. Family will eat together even when they don't usually do. And the joy of breaking fast brings the aware of gratitude. Because we are lucky enough to have food to break fast while there are others who hunger more and have none."
Dalam kereta masih berjeda. Saya berdoa dgn penuh harapan pd Dia agar penjelasan dari diri yg serba kerdil dan hambanya yg lemah ini dpt mencapai pemikiran Tim. Kerana keletihan berpuasa perkara biasa pd umat Islam dan hanya umat Islam sahaja yg dpt merasai hikmah puasa yg hebat dan tak dipertikaikan lagi.
Namun utk menyampaikan pd mereka yg Non-Muslim akan hikmahnya puasa ini, belum tentu mereka dpt merasainya. Well,sy hanya mencuba sebaik mungkin sbg seorg penganut agama Islam yg sentiasa berusaha membaiki diri.
"You explain it well,Sarah. Ya.. I could see that.."
Dan saya dilanda kebimbangan amat usai sesi inter religion dialog sy yang pertama kerana saya percaya mereka pasti mempunyai seribu satu soalan yg memerlukan jawapan serba bernas dari seorg Muslim sejati.Sedangkan saya amatlah jauh dari kesempurnaan dan masih sgt sedang berusaha membaiki diri utk mendalami agama Islam. Layakkah saya?
PERBEZAAN YANG UTAMA
Ada beberapa dialog yang menyebabkan saya sendiri terpaku sebentar malah memikir-mikir jawapan yg paling tepat bukan semata-mata menjawab soalan tetapi saya juga mahukan aspek 'kesedaran' dalam beragama.
Tidak mahu terlalu dengkel dalam beragama sekadar di kad pengenalan saja Islam tapi ajarannya tidak diamalkan.
Namun dialog-dialog sy dgn rakan kuliah baru ini mencabar malah membuka minda saya kpd cabaran beragama di luar sana. InsyaAllah akan sy nukilkan pengalaman yg mengajar saya sebetulnya.
Betapa saya terpaku ketika mendengar pendapat V terhadap agama.
" Every religion wants people to do good and not a bad person. I meant I believe if I do good to my friends,family and don't kill or something like that...I can be in heaven."
Saya dapati kenyataan begini seolah-olah mepertikai kenapa Islam begitu susahkan penganutnya? Wajib mematuhi rukun Iman dan rukun Islam seperti mengucap kalimah syahadah,solat 5 waktu, zakat, Haji,puasa di bulan Ramadhan seperti menyusahkan penganutnya.
Jujurnya mahu saja saya menjawab dgn tenang dan tertib tetapi suasana kami berbincang ialah di tengah-tengah perkarangan blok A1,A2 dan A3. (sy sgt tak suka perhatian dan juga mahu mengelakkan fitnah.)
" The biggest different in every religion is OUR BELIEF.
Islam have 6 pillars of Faith(rukun Iman) which is belief in Allah as the ONE and ONLY GOD, belief in Nabi dan Rasul (messengers,prophets),belief in Malaikat2(angels),belief in Qitab(Al-Quran,Injil,Zabur,Taurat), belief in The Judgement Day and lastly belief in Qada and Qadar.(God's will/pre-ordainment).
Then followed by 5 pillars of Islam that every Muslim in the world practise thus separate us from any other religion again.
Those 6 Pillars of Faith and 5 pillars of Islam that make the biggest difference of your religion and mine. "
Dan kini saya lebih menyedari dan memahami betapa besarnya peranan rukun Islam dan Iman untuk benar-benar menjadikan seroang penganut agama Islam itu Muslim sejati. Perbincangan dgn V seolah-olah teguran dan peringatan oleh Maha Berkuasa kepada saya yg kerdil dan hina ini.
Ya Allah, sempurnanya sifatMu....Sempurnanya CintaMu....Maafkanlah aku hambaMu yang lalai dan terlupa....
4 comments:
surah al kafirun "bagi mu agama mu, bagi ku agama ku". kalau oorg islam yg bagus dan faham ayat ni, mereka akan hormat agama lain. timbul salah faham org kafir pada kita, berpunca dari kita, bila kita interpret agama kita dgn 'fahaman yang bukan2'. org sukar membezakan antara agama dan budaya. besar kan tanggungjawab kita?
isu kuil di shah alam tu agak mengecewakan...harap kita semua lebih memahami agama yg kita anuti ini..takbir!!
-btw, well explained to that germany guy. syabas!
Salam anjut,
Syukran atas pendapat. Jujurnya bila dikenang cabaran anum dgn pelajar lain di luar negara x dpt dibandingkan. Ini baru beberapa soalan. InsyaAllah anum usahakan cari jawapan bukan shj demi menjawab soalan mereka tetapi turut menguatkn iman sendiri.
Tentang isu kuil di Shah Alam itu sejujurnya perlu penyelesaian yang mesti berdasarkan pegangan agama sebetul-betulnya.
Namun disebabkan adanya 'orang kita' menjadikan agama sbg alasan peribadi lalu terjadilah peristiwa yg mencemarkan agama sendiri. Sedih sbnrnya krn anum sayangkan Shah Alam yang tenang dan berpotensi menjadi bandar ideal umat Islam.
Sayang seribu kali sayang....
p/s: Syukran.
anumz sarah,
senang mengenali kamu di sini. banyak juga yang terkongsi dlm bicara kehidupan. sungguh, aku memohon kemaafan andai ada kata dan gurau yang tidak berkenan di hati. Selamat hari raya aidilfitri untuk kamu. Salam juga untuk seisi keluarga. Mudah-mudahan lebaran kali ini lebih bermakna.. aminn..
Salam koishie,
Sama juga dgn anum di sini. Terima kasih sudi singgah dan berkongsi pendapat dan komen mebina kamu. Mengajar sy yg masih mentah dlm bidang penulisan dan blogging.
Salam syawal buat kamu koishie.^^ Turut juga memohon kemaafan zahir dan batin andai tersilap kata,tersalah bicara.
salam persahabatan dan salam syawal sekali lagi.^^
Post a Comment