Sunday, June 21, 2009

Rafflesia di puncak

RAFFLESIA

Nama yang menarik.


Spontan respon saya apabila mendengar nama bakal tempat tinggal nanti. Seperti apa perasaan saya ketika ini? Ingin tahu,excited dan macam-macam bercampur baur.Semester depan yg memberi cabaran tersendiri dari segi suasana dan pengisian akademiknya. Sudahkah saya bersedia?


Fakulti Farmasi kini di Puncak Alam,tidak lagi di pusat UITM,Bandaraya Shah Alam. Nama yg hampir serupa,tetapi tidak sama. 1/2 jam perjalanan dari rumah ke sana bakal mengisi rutin mingguan. Mama sudah pesan agar kereta yang diamanahkan hanyalah bertujuan untuk pelajaran.

Bukan main-main.

Saya angguk dan termeterailah janji saya pada mama. Mungkin bagi anda apalah sangat sekadar janji kerdil seorg anak dgn ibunya lagi2 melibatkan kenderaan. Tetapi untuk saya ia satu perkara besar.Kerana saya selalu saja akan 'dibalas segera' jika melanggar amanah pemberian Mama.

Mungkin Allah mahu saya ingat selalu bahawa ibubapa wajib dihormati.Apatah lagi amanah dari seorang yang melahirkan dan membesarkan saya. Terima kasih kepada kedua ibubapa sy yg sudah mula menaruh kepercayaan dan menyedarkan saya tentang besarnya tanggungjawab memikul sebuah amanah.


MELATI UNTUK ADIK


Macam dilanggar garuda bilik adik. Saya yg menolongnya pun naik sesak nafas melihat timbunan nota dan buku.Habis semua buku SPM dimasukkan ke dalam kotak yg diambil dari tempat adik bekerja,kedai bakeri Bagus. Kemudian beralih ke timbunan kertas-kertas ujian dan kertas dari kelas tuisyen.

'Mak aih... banyak jugak nota-nota budak ni...' komen sy dalam hati.

Sepanjang hari dihabiskan utk mengemas dan menyusun semula barang-barang di biliknya dan bilik saya juga. Juga perlu menyiapkan barang-barang untuk ke tempat baru. Hampir berubah 360 darjah bilik bujang kami berdua.

"Kakak, nampaknya Mama dengan Daddy tinggal berdua je lah. Kita dua dah duduk hostel. " Seloroh adik. Saya setuju dalam nada yang berat. Senyum lemah saya dibuatnya.



Mama sudah menyatakannya buat pertama kali setelah Adik menerima tawaran ke UITM. Kini adik mengingatkan saya kembali kepada kenyataan itu. Itulah kenyataannya. Siapa kata kita akan bersama selamanya?


HARUMNYA PUNCAK KEJAYAAN

Saya menyambut Mama pulang dari mengambil Wan dari kampung Pahang semalam. Wan akan tinggal dengan kami sehingga awal Ramadhan. Kemudian kedua ibubapa dan nenek saya akan berada di kampung sepanjang Ramadhan sehingga Syawal tiba.

Makanya adik dan saya pandai-pandailah survive. Semalam sebelum tidur saya melawat Wan di bilik yg memang sudah tersedia ada di rumah kami. Melihat urat-urat tua yang bertambah dan tindak balas yg semakin lambat, sebak pula rasanya.

Kitaran hidup yang pasti. Sy berbual-bual sebentar sebelum masuk tidur ke bilik sendiri. Wan pula meminta saya menemani tidur di bilik sekali. Esoknya pula saya perlu ke fakulti untuk persiapan terakhir dan sedikit perbincangan. Dengan berat hati sy menolak kerana bertimbun nota perlu dihadam. Berjanji dalam masa 2 hari lagi selesailah kerja saya dan saya boleh menemani beliau sepuas-puasnya.

Syukur Wan memahami,malah mahu cucu-cucunya belajar lebih tinggi lagi. Menutup daun pintu semalam membuatkan sy sedar akan sesuatu.

Sesungguhnya saya berdoa amat-amat, andai tinggi mana pun puncak kejayaan saya nanti, saya tetap mahu berbakti menjaga orang tua saya.

Rafflesia di puncak, baunya tidak harum. Semoga kejayaan saya tidak sebegitu. Moga-moga.

4 comments:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

lama x jenguk2 blog anum...dh bnyak berubah erk

anumz sarah said...

Salam kak,

Haha... ada le ubah sikit2 kak. Tapi laptop prob ade spyware. Jadik bnyk widget xleh bukak. Kene service dulu. Jemput2 kak. Masih sibuk lagi,jadi enry pun biasa2 ja. ^^

Norly Azman said...

Hi anum!

Noly penah stay kat puncak perdana for my short course. The kolej is much better than the old ones yg kat shah alam tu. Masa tu takde pape lagi kat sana, tempat mkn pun sikit je tp rasanya sekarang dah byk kan?

Haha...pasal blog baru tu noly pun tak tau la boleh jual ke tak. Biasa la orang msia ni tak byk membaca, average 1 buku je setahun...tp kalau anum nak jual buku anum noly boleh tolong postkan dlm blog tp anum kena buat delivery lah kalau ada orang nak beli...just give me the title and author..

So good luck for the new semester ya!

anumz sarah said...

Salam nolly,

Sorry reply lambat. Anum baru je settle tolong adik kemas and daftar kat UITM Shah Alam. Plus kemas rumah yg asyik penuh dgn brg... Adeh...

p/s: Sat,reply at ur blog.^^