Tuesday, June 9, 2009

Riang-Riang Corp. part I- putusnya cinta

RIANG-RIANG SHAREHOLDERS


Saya masih hingusan sgt ketika itu. Homeroom saya Al-Farabi, warna biru. Berada di tingkat 2 paling hujung. Bilik nombor 6 rasanya. Dengan 20 orang satu bilik berkatil kembar.

Aneh betul mengenangkan memori. Jarang sgt sy bernada dramatic.


Pertama kali saya kenal Nina ialah di bilik 6 ini yang 10 tahun kemudian merupakan sahabat yg sudah punya kehidupan sendiri. Bakal berumahtangga,InsyaAllah katanya. Kemudian menjadi rapat dengan Piema, yg merupakan seorang yg paling cantik rupa dan hatinya. Beliau memang punya pengalaman hidup yg sukar juga.

Kemudian Ikmal yg saya kenal dari Piema merupakan seorang yg realistik,fokus dan agresif dlm akademik.Lalu membawa kepada Syazana, tahfizah dan mempunyai bersin yg 'kiut' (hehe...dia bersin mmg comel..) dan merupakan mentor rohani kami.

Terhasillah riang-riang corporation. Shareholdersnya 5 orang ini yg terdiri dengan ceritanya tersendiri. Haha... seperti Laskar Pelangi pula. ( pelangi ada 11 warna, kami ada 5 ja, x cukup pula...)

Kenapa saya bernostalgia??

Heh. Semalam apa kena pun saya tak tahu. Portable hard drive yg berabuk penuh seinci itu sy buka dan lihat2 isinya. Ke files movie yg sarat dgn cerita filem 2007 dan saya delete utk clear hard drive tersebut.



'Eh?? Siapa punya idea masukkan filem The Lion King dalam hard drive nih? Ececeh.... lama tak tengok. Meh tengok sikit.....'




Macam oden je...hehe...

Hohoho. Dengan double klik maka sy pun habiskan filem animasi 2D itu dgn sengih-sengih sendirian mengenangkan betapa saya dulunya peminat cerita kartun. Aduh... seronok bangat sekali sekala layan kartun nih. Walhal saya ada ja kerja untuk diselesaikan. Apo kono eh jang? Buang tebiat ke apo?

Ala... xpe. Sekali sekala...(masih senyum2 malu kucing ketika menulis entry ini... XP hihi...)


CINTA BERKECAI

SEMASHUR
Tahun 2000-2002

Tidak pasti bermulanya bagaimana. Saya diterima ke asrama penuh tepat Julai 2000. Lalu mendaftar masuk ke Sekolah Berasrama Penuh Menengah Sains Hulu Selangor.Pendeknya Semashur.

Menjadi yang pertama menjejak dan membesar dengan sekolah itu sukar sy gambarkan perasaan kerana saya tidak sempat menghabiskan sisa-sisa sekolah menengah di semashur. Sebaliknya 2002 saya keluar dari sekolah berasrama penuh yang sekian lama saya impikan demi menyelesaikan PMR dengan menumpang sekolah harian di seksyen 2, SMKSAAS (Sek Men Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah).

Saya perlu keluar demi kesihatan yang sangat menduga ketika itu. Dan saya begitu sedih dan menangis di pangkuan Mama kerana harapan ingin menjejak kejayaan Along sudah gagal. Impian saya iaitu tamat belajar di SBP lalu diterima universiti samada di dalam atau luar negara hancur.

Dalam pemikiran naif seorang budak yg berumur 15 tahun hanya satu saja yg diingatnya. Cita-citanya berkecai. Itu saja.

Dia tidak faham dengan makna kekecewaan. Tidak faham erti hikmah di sebalik kejadian. Tidak faham bahawa Allah sedang menduganya demi memberi sebuah nikmat bergelar kesabaran. Tingkatan 3 yang penuh sejarah. Mencarik keimanan yg setahun jagung cuma.

Dan putuslah sudah sebuah chapter dalam buku kehidupan saya.

CARTE BLANCHE

ada 4 saja,kerana yg seorang lagi berkerja...(itu kad pelajar USM yg lama.Sengaja blurkan gambarnya...)


Riang-riang corporation goyah lalu membentuk identiti dan mencari jalan tuju masing-masing. Emal menjadi mahasiswa UTP yg punya prestasi cemerlang di UTP, Syazana berada di New Zealand dalam bidang Fizik, Piema merupakan tulang belakang UIAM yang aktif dan sangat sukakan biologi serta Nina terus dihimpit 1001 dugaan kehidupan usai menjadi pelajar Diploma biologi di Unisel kini bekerja sbg jurutol.

Dan saya menjadi mahasiswi yg dirempuh cabaran dari menjadi pelajar RPKJ, lalu memilih matrikulasi atas dasar kesihatan,terus ke USM dan kemudian pindah universiti lagi dan akhirnya kekal di UITM sebagai pelajar fakulti Farmasi.


is that the catwoman down there mate??


Terasa aneh sekali memikirkan bahawa kami pernah bersama,begitu rapat.Menyambut hari jadi saya yang ke-14 bersama,mendengar cerita tentang surat cinta dibakar,pernah dikejar Ustaz Zul kerana merayau keluar. (kami jalan-jalan je ye... bukan buat jahat tau!).


Juga pada aktiviti tidur dalam kelas serta acara makan-makan. Sy sgt ingat pada lokar piema yang lengkap dgn termos. Gila betul...haha...=D. Juga emal yg 'mengejar' abang Panda dambaan beliau demi mencuri pandang dari jauh. (kekal sampai sekarang... sy rasa kisah cinta beliau memang menariklah..hehe...)Nina yg sukar sy jejaki kini. Serta Syaz yg perlu sy kenali lebih dalam lagi.


"Kita sudah berubahkah emal?"


Emal senyap menaip kekunci komputer. Sy yg menumpang di UTP demi kursus ESQ berpeluang memberi nafas baru dalam persahabatan yg kami bina 10 tahun ini.


"Jika berubah lebih baik tak ada salahnya anum... Asalkan segalanya berakhir dgn kebaikan..."

Dan sy terus melipat baju untuk dikemaskan dalam beg. Sy faham. Dalam persahabatan amatlah salah jika kita meminta lebih dari sepatutnya dari seorg rakan. Dia,kita dan kamu manusia.Kita bebas memilih cara kehidupan masing-masing. Independence. Tetapi sy percaya bahawa org yg benar2 berjaya ialah orang yg juga tahu INTERDEPENDENCE. Tak ada manusia yg boleh hidup sorang-sorang.


Tak percaya?



FITRAH MANUSIA BERSILATURAHIM...


Persahabatan ialah bentuk interdependence yg mesti ada prinsip hormat-menghormati. Mesti ada originality dan toleransi dalam hubungan. Give and take pendeknya. Pokoknya dia ada prinsip tersendiri dan kita juga sama. Cukuplah dengan kefahaman bahawa persahabatan yg ikhlas terbina dgn rasa hormat menghormati, sikap bertoleransi dan mempunyai kefahaman yg tinggi bahawa tiada manusia pun yg sempurna.

terima kasih sahabat dari SMKSAAS yg memahami kondisi saya...^^

Untuk ini, sy mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya dan yg mengenali sy. Terima kasih kerana menerima saya seadanya. Maafkan saya jika sepanjang perkenalan sy terguris hati kamu kerana memang saya akui betapa tidak sempurnanya saya ini sebagai hamba Dia. Juga pada yg baru dibina persahabatan,selamat bersilaturahim di bawah naungan rahmatNya.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda “Baragsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, hendaklah dia menjalinkan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Malah, dengan menjalinkan hubungan silatur rahim, Allah akan melapangkan rezeki dan memanjangkan umur kita. Manakala sebaliknya, orang yang memutuskan silatur rahim, Allah akan mempersukarkan rezekinya atau tidak memberikan keberkahan kepada harta yang dimiliki.


“Barangsiapa yang suka agar diperluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menjalinkan hubungan tali silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Malah di sana terdapat pula hadis yang berbentuk ancaman kepada mereka yang memutuskan silatur rahim sebagaimana berikut

“Tidak masuk Syurga mereka yang memutuskan silatur rahim.” (Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim


sumber kupasan hadis: an-nawawi blog


to be continued...

Riang-riang Corp. Part II

p/s: ada unsur drama bersirikah? Juga untuk rakan bloggers^^,terima kasih. Terima kasih.^^

8 comments:

aZilsah said...

salam.

seronok baca. bukan ape. dpt kenal anum dgn lebih dkt lg.
sedih + gembira kn bila teringat kisah lalu. byk bnda yg akan kta menyesal & rindu. tp hidup kena d terus kan.
ok. serius rasa da merepek ni.
busan.
:)

aZilsah said...

+ btuah anum punya kawan baik. riang riang corps.

:)

Koishie said...

"Dia,kita dan kamu manusia.Kita bebas memilih cara kehidupan masing-masing. Independence. Tetapi sy percaya bahawa org yg benar2 berjaya ialah orang yg juga tahu INTERDEPENDENCE. Tak ada manusia yg boleh hidup sorang-sorang."

Ermmm... aku sangat2 tertarik dengan kenyataan ini.. Serius.

Selamburb said...

teringat kat kawan skola dulu..
meriah n happy je..
lagi2 time PLKN..
time tu paling best..
walaupun diberi masa 3 bulan..
mcm adik beradik je..
mana x nyer..ari2 muka sama je..
hehehe..

anumz sarah said...

Salam has,

Anum pun sbnrya buntu dan sdg memikir-mikir utk settlekan entry tagged Has. Lepas jumpa citer Lion King tu ape kene ntah,terus laju je type ttg riang-riang corporation. Idea dan sumber inspirasi itu mmg boleh dpt mana-mana kan? Subhanallah... betul Allah itu Maha Hebat. Dia memberi rezeki dgn cara yg tak tersangkakan.

p/s: Has,maaf ya tagged tu entry selepas riang2 corp part II. Tunggu~~ hehe...^^

anumz sarah said...

Salam Koishie,

Jika kamu benar-benar mahu lebih legi ada buku bertajuk 7 habits of Highly Effective people by Stephen R.Covey. Ia buku yg sgt bagus. Banyak yg boleh didapati dgn membaca buku ini.

p/s: Konsep interdependence anum temui di sini.^^

anumz sarah said...

salam selamburb,

Anum penah camping2 biase je. Time jadik KRS dulu. PLKN mesti lagi best. Mesti selamburb bleh guna rifel dah. Fuiyoo,mcm rambo plak.

Anum pernah dgr hadis,jika kamu ingin lebih mengenali sahabatmu, bermusafirlah dgnnya.Ternyata PLKN membantu mengenali hati budi manusia.

p/s: Tak kenal tak sayang...^^

aZilsah said...

wkslm anum.

eheheh. xpe. xkesah je. sebenarnya xsabar lg nk tggu riang riang corp part II.

:)