Friday, June 12, 2009

Riang-riang Corp. Part II - au revoir

RUANG PENDEWASAAN

Riang-riang corporation yg tercipta oleh harapan 5 orang remaja yang sudah dewasa. Ia penuh realiti. Membawa haluan masing-masing merupakan satu cara pendewasaan. (but we still know how to fave fun, remember growing up is NOT growing old...hehe..^^)


Ia membina pengalaman. Ia membina lebih ramai kenalan. Dan segala yg dikutip sepanjang 'ruang pendewasaan' itu kami kongsi bersama ketika masa mengizinkan kami berjumpa. Mungkin cuma sekali atau 2 kali cuma dalam setahun.

Namun ia tetap sgt dihargai dan dinanti.

Masa merupakan hukum alam yg paling menarik pada diri saya. Ia merupakan suatu anugerah Allah untuk manusia dan sgt misteri. Tidak boleh diulang semula malah bersamaan nilainya dengan emas.

Justeru kami memang tahu tiada gunanya kami mengulang masa lalu. Sekarang ialah masa yang kami ada.

That's why there's a saying:


Yesterday is a past,

Tomorrow is the future,

Today is a gift-which is why they called it the present. =)

-Bill Keane

MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL



"There are things are not meant to be together.

Sometimes you just have to let go."


Di hujung talian dia senyap. Dia sudah menangis entah yg keberapa kali saya pun tidak tahu. Sy bukan pakar dalam hal ini,namun bila yg menangis itu seorang lelaki dan hampir sudah hilang arah, saya rasa sebagai rakan sewajarnya sy kata sesuatu yg menenangkan.


Bukan membunuh harapan tetapi menenangkan.

Ini saja yg mampu saya katakan pd seorg teman yg telah ditinggalkan kekasihnya. Dia sedih menangis macamana pun,keadaan tetap sama. Itu kenyataan jika anda ingin hidup. Kita mesti melalui saat-saat sukar dalam hidup. Barulah kita boleh menjadi yang lebih baik dari sebelumnya.


Ini baru belajar untuk menerima jodoh itu ketentuanNya. Belum diuji dengan dugaan yg berat-berat lagi seperti kehilangan anak atau perang di Palestin.


Untuk benar-benar bahagia di dunia kita mesti tahu bersyukur dan memandang remeh dunia. Letakkan akhirat di hati. Tahu dan sedar bahawa akhirat itu yg kekal abadi.

Bukan mudah. Ya.

Saya sendiri mengakuinya sukar. Cinta pertama saya ialah cita-cita. Dan untuk melepaskan impian menjejaki kejayaan Along bukanlah satu perkara yg mudah bagi saya. Namun bukankah menerima qadha dan qadar itu salah satu rukun Iman?

Manusia memang selalu berfikir bahawa dia sangat layak untuk menerima apa yang diinginkannya. Manusia juga selalu mahu dan anggap bahawa apa yang ada pada dirinya akan kekal bersama dengannya.

Tiada satu pun yg kekal. Cinta datang dan pergi. Manusia mati. Bunga layu. Harapan bertukar. Cita-cita boleh dikemaskinikan.


Dalam sebuah buku cerita karya David Ball yg menceritakan perang salib bertajuk The Sword and Scimitar; beliau ada menulis ayat yg paling sy minati:


Allah works in the most mysterious way..

Kerana ia memang benar. Hanya Dia saja yang Maha Mengetahui dan Maha Mencukupi.Tidak manusia.


MENGEJAR HARAPAN BARU

Saya bersyukur riang-riang corp masih keep in touch. Walau jarang namun ia sudah memadai. Ia merupakan sebuah penghormatan untuk menjalinkan silaturahim dan masih lagi utuh walau jarak dan masa memisahkan.


Dan masing-masing yang sudah harapan dan impian baru saya ucapkan tahniah. Juga kepada yg sedang dalam perjalanan menggapai impian yg terpendam lama saya sertakan doa keberkatan dan kata-kata semangat buat kamu.


Buat rakan-rakan UITM yg lulus semua paper semester lepas, tahniah saya ucapkan. Sujud syukur mengiringi solat Zohor usai melihat keputusan. Puji-pujian buat Dia yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Semoga kita dapat mengejar kejayaan bersama di tempat baru nanti. Mana tahu saya bakal merakam memori dan pengalaman baru untuk dikongsi ketika 'meeting tahunan' Riang-Riang Corporation. InsyaAllah.

Buat masa ini au revoir Riang-Riang Corp!! ^^

2 comments:

Ophe said...

"Manusia memang selalu berfikir bahawa dia sangat layak untuk menerima apa yang diinginkannya.

aku yg jahil ini sentiasa juga ada fikiran yang begitu.. ermm..

anumz sarah said...

Salam koishie,

penulisan yg turut mengingatkan si penulis sendiri. Maka kita harus sama-sama ingat dan terus belajar kan?