Monday, June 29, 2009

Pulangnya seorg hamba

BERITA MENGEJUTKAN

Benarlah ajal itu ketentuan Tuhan yg mutlak. Ia tidak dilewatkan sesaat atau dicepatkan walau sesaat.


Berita dari seorg rakan kuliah yg kini sdg menghadiri Simposium Pelajar Farmasi Asia Pasifik (APPS) di USM mengejutkan saya. Beliau memberitahu seorg rakan kuliah kami kemalangan dan kini sudah kembali ke rahmatullah.


Jenazah beliau akan dikebumikan esok pagi usai solat jenazah di surau Ar-Rahman seksyen 8. Petang yg hening menjadi kelam buat kami semua rakan kuliah beliau. Saudara Ashraf yang kami panggil sebagai Acab B sudah kembali kepadaNya.



SMS diforward kepada rakan kuliah agar turut mendoakan rohnya selamat dan dicucuri rahmat oleh Maha Pencipta. Teringat saya pada kes-kes kemalangan pelajar di luar negara. Sudahlah jauh dan sukar bertemu keluarga,inikan pula pergi buat selama-lamanya.


RAKAN YG BAIK

Arwah yg saya kenal seorang yg baik. Hatinya di tempat yg betul. Seorang yg cemerlang dalam pelajaran dan ikhlas hatinya dlm berkawan.

Takziah buat keluarga beliau yg kehilangan satu-satunya anak mereka. Mama yg turut mendengar berita mengucap panjang dan menyatakan simpati. Kehilangan seorang anak bukan sesuatu yang mudah buat ibu bapa. Apatah lagi anak tunggal.


Memuhasabah diri agar belajar dari peristiwa. Saya menukar rancangan pagi esok. Melawat surau Ar-Rahman seksyen 8 usai subuh jam 6 pagi. Teman kuliah yg ada di Shah Alam mesej akan tiba di surau itu lepas subuh.

Wakil pelajar kami saudara Paan dan beberapa rakan kuliah lelaki bakal berkumpul malam ini dan bertolak ke surau Ar-Rahman awal paginya. Menunaikan tanggungjawab sebagai saudara sesama Islam itu tugasan yang murni. Kelak bagaimana kita bakal disembahyangkan nanti?

Takziah buat keluarga dan yg mengenali arwah.Al-fatihah buat arwah...


“Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.”

(QS. Al-Jumu’ah [62]:8)

4 comments:

anjut said...

ermm, kenapa ekk?kdg2 aku pun teringin nak tutup mata awal, sbb nampak mcm tenang jer dlm kubur tu..biar pun kena seksa, tapi hanya urusan kita ngn Tuhan jer. kalau kat dunia ni, sibuk dgn urusan manusia yg x der faedah (kebanyakkannya)...wallahualam, tau dosa ckp mcm ni, tapi x salah kalau nak ckp apa yg rasa kan?huhu.

Tirana said...

Mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat oleh Allah.

anumz sarah said...

Salam anjut,

X layak rasanya nak kupas isu kematian. Kena tanya pd yg pakar. Mungkin juga kerana penat melayan karenah manusia yg menyebabkan kita pula terasa.

Utk benar-benar rasa bahagisa,kuncinya mudah. Lupakan kebaikan kita pada orang dan kejahatan orang pada kita.

Saya tahu ayat ini cliche, but if you really understand and practise it, this words are actually powerful.

p/s: mati atau hidup. dua2 pun sama susahnya...

anumz sarah said...

Salam kak,

Syukran atas doanya kak.Arwah dilanggar lori dan mengalami kecederaan parah. Yang paling anum sedih sekali ialah melihat seorang ayah mencium anaknya yg sudah tiada.

Tak terkata kami semua. Melihat ayah menguburkan anak sendiri...