Monday, July 6, 2009

Dan Julai.

MINGGU 3 JULAI.

Pertamanya mohon maaf kerana menghilang dengan masa yang agak lama dari blog. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam masa yang agak singkat. Benar-benar menyebabkan saya terpaksa mengenepikan ruang penulisan sebentar.


chef Oden sdg melihat kami membuat cheesecakes.

Kedua, terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat karib,kenalan lama dan baru serta kenalan di luar dan dalam alam maya.

Kamu semua telah memberikan saya 3 Julai yang paling diingati sepanjang hidup saya. Saya bersyukur amat kepada Dia kerana menganugerahkan saya sahabat-sahabat dan kenalan-kenalan seperti kamu.

ini cheesecakes yg dah siap.Hehe... Ada juga spaghetti buatan riang2. Sedap rasanya. Mama pun puji juga. ^^


Saya hanya mampu berdoa agar Allah membalas jasa kalian semua. Dari hati yang dalam lagi tulus ikhlas
TERIMA KASIH KEPADA KAMU SEMUA.
yanie dan erwina yg sudi datang. terima kasih wina belanja makan.^^

Saya tidak punya harta mahupun kekuatan utk membalas semua jasa kamu. Hanya doa-doa kesejahteraan,perlindungan,kemurahan rezeki saya titipkan buat kamu yang sudi mengingati hari lahir insan kerdil ini. Semoga Allah membalas jasa kalian.
hadiah pemberian cik ikmal. Dia balut cantik2. rajin. Sy x balut pun hadiah dia dulu. Letak dlm beg ja...

Ketiga, selamat berhijrah buat rakan pengajian ke kampus baru UITM puncak alam. 4 Julai lalu,saya membuat tinjauan jalan ke puncak lalu menyempatkan diri dan keluarga melawat kampus puncak alam buat kali pertama. Memang ia kampus yang cantik. 5 Julai tiba dan saya mendaftar sebagai pelajar kolej Angsana 2.

Dan berakhirlah minggu 3 Julai yang penuh bermakna buat diri yang sudah 22 tahun menjadi hambaNya di bumi ini.

PASTI

Entry lalu mengisahkan seluruh warga fakulti farmasi telah kehilangan seorang yang berwibawa dan cemerlang. Secara personally terasa seolah peristiwa 29 Jun lalu begitu singkat,cepat dan hampir tak mampu saya mempercayainya.

Lalu 30 Jun membawa saya menyaksikan betapa seorang ayah pilu menghantar anaknya pergi buat selama-lamanya,bukan sebaliknya.

Dan saya gagal menahan kelopak air yang bertakung dalam kolam mata. Saya menghela nafas berat sesudah berkejar pulang ke rumah untuk memenuhi janji kepada sahabat-sahabat yg menunggu di KLCC demi perjumpaan sulung kami tahun ini.


Kepada mereka saya nyatakan yang betapa hidup ini dipenuhi misteri ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Pada hari yg sama, saya kehilangan dan bertemu semula dengan teman. Sukar sebenarnya saya mahu menjelaskan perasaan ketika itu. Yang hidup mesti terus hidup dan kematian itu pasti.

AKAD NIKAH

" InsyaAllah majlisnya 25 Julai ni. Datang ya?" ujar Nina dengan nada yang semakin matang dan mengusik.

Saya senyum malu seolah seperti saya pula yang bakal berkahwin. Nina,merupakan sahabat baik saya dan sudah saya ceritakan dalam riang-riang corp entry part I dulu. Kini dia bakal mendirikan rumah tangga Julai ini.

Riang-riang shareholder yang lain berkongsi gembira dengan beita besar ini. InsyaAllah 25 Julai ke Pahang,menyaksikan Nina diijabkabulkan dengan bakal suaminya yang tercinta. Dan kami mendoakan yang terbaik buat beliau yang bakal menjalani alam rumahtangga.




DI PUNCAK


Saya di puncak. Berblog di sini buat pertama kalinya. Dan saya tidak mahu menceritakan betapa padatnya hari-hari saya bermula 1 Julai lalu.Lihat saja sawang di blog ini. Maafkan saya ya kerana x terblog dibuatnya.

Selamat kembali ke tanah air pada teman-teman dari luar negara yang sudi menjenguk di rumah sesudah kuarantin. Pada teman-teman yang dijangkiti H1N1 usai APPS di USM Penang, saya benar-benar mengharapkan kamu sihat dan dapat kembali ke pengajian di puncak alam.

Kampus ini benar-benar punya ciri arkitekturnya tersendiri. Praktikaliti? Sejujurnya sukar saya mahu menilai praktikalitinya. Yalah, pada student lama macam kami ini sudah selesa dgn infrastruktur dan prasarana serba lengkap kampus Shah Alam. Maklum kampus baru, jadi bangunan saja yang lengkap tetapi 'isi'nya kosong.


Perpustakaan kami sebulan lagi akan lengkap dengan buku dan media elektroniknya. Begitu juga tempat makan yang pelajarnya sudah pun berjumlah 2500 lebih tetapi kedai makannya cuma 3 buah di kafe dan 3 di student center atau PSB. Namun bersyukur juga ada makanan dan tempat tinggal.

Pokoknya seorang muslim itu dalam mana-mana keadaan pun tetap terbaik. Jika dalam keadaan senang dia bersyukur dan dalam keadaan susah dia bersabar.

Saya berasa malam di puncak sudah sgt larut. Dan saya sudah tidak mampu lagi menekan kekunci komputer dan berfikir tentang ayat-ayat cerita mahupun ayat-ayat cinta.

Julai sudah pun tiba dan sedang berlalu dengan seribu peristiwa. Sudah 22 tahun saya di dunia melalui seribu liku cerita kehidupan. *menarik nafas dalam-dalam* Inikah yang bergelar dewasa?


p/s:Oh ya,selamat malam.

9 comments:

fareast said...

Semoga dengan kampus baru ini, dapat menaikkan semangat untuk terus berusaha dan belajar.

p/s: bila nak kawin? Jangan lupa ajak.

anumz sarah said...

InsyaAllah. Sedang cuba meningkatkan motivasi diri. Terima kasih atas komennya akh fareast.

Kahwin? Aduh...malu dibuatnya. InsyaAllah,bila ada jodoh. Tengoklah...

p/s: jodoh dan ajal di tangan Tuhan.

izzatizaki said...

hanum,
our college is rafflesia or angsana?

anumz sarah said...

Kolej angsana sebenarnya. Pelajar farmasi ramai di kolej angsana 2.

Kite terpaksa tumpang angsana. Pelajar perempuan ramai dan mostly kebanyakan pelajar baru di kolej rafflesia.

p/s: Harap segera selesai masa kuarantin.

izzatizaki said...

owh ye ke?
tmrw my last day quarantine and really hope can attend friday's class.hopefully we're fine.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

lama x degr pasal anumz..anumz on dh lama kan x jenguk blog akak..kan..huhu..x pela sibuk erk..semoga terus sukses...hapy belated besday

Koishie said...

selamat hari ulangtahun kelahiran. Semoga dipermudahkan dalam segala urusan kehidupan. Menjadi kesayangan seluruhnya, menjadi harapan tentunya dan menjadi terbaik tinglahnya... :)

anumz sarah said...

Salam ayong,

Mohon maaf sgt anum sudah lama tak menyinggah ke blog akak. Juga pd semua rakan bloggers yg anum hanya sempatkan seminit dua utk jenguk-jenguk.

Terima kasih kak. Terima kasih banyak. InsyaAllah selepas ini anum akan punya masa yg cukup untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakan bloggers.

anumz sarah said...

Salam koishie,

Syukran atas ucapannya. Mohon maaf juga kerana hanya sempat singgah membaca sebentar di ruang blogmu.

Syukran juga atas doanya. Doa kesejahteraan,keselamatan,kemurahan rezeki dan kejayaan dunia akhirat buatmu koishie dan semua rakan bloggers.

Amin...