Monday, June 1, 2009

Kotakan Janjimu June!


June.

Lembaran kertas penuh tulisan,
Entah mana,siapa, apa dan kenapa,
ia perakam memori yg setia.


June.
Aku terlalu larut dalam kesibukan,
kadang-kadang terasa kesepian,
Juga tak tersedar kehilangan,


June.
Engkaukah yg berjanji masa mengubat segalanya?
Kononnya ia mujarab untuk luka?


Atau


Engkau telah lupa
pada janji2 manis sebuah kenangan
Tatkala kita mahu mencipta kejayaan
Lalu menongkah masa dgn kudrat yg ada,
demi segala yg bergelar juara?



June....
aku lelah menjadi sentiasa yg memaafkan
andai tiada janji Dia yg bersama dgn org yg sabar,
Dgn apa lagi aku berpegang tatkala iman senipis kulit bawang?



June...
Sudahlah monolog lama,
Teruskan usaha tanpa peduli apa siapa kata,


Dan demi Yang Mencipta Masa,
kan ku kota setiap janji pada diri
terutama menjadi hamba Nya yg sejati.


p/s: June=Jun. Entah kenapa sy enggan menukar ejaan June kepada Jun.(saya sudah cuba). Rojak? Oh tidak. Sy mahu menguasai kedua-kedua bahasa. Win/win situation.

7 comments:

Selamburb said...

Oh..
igtkn june tu nama orang..
rupanya bulan..
blh tahan kreatif wat sajak..

anumz sarah said...

Sbnrnya cuba delete 'e' kat belakang tu supaya menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya, tapi macam pelik pula. Bimbang pejuang bahasa Melayu marah pula. Hmm...

p/s: Thanx sbb 'selamat'kan shoutbox anum. Rasa macam semak pula bila bnyk ads...

Ophe said...

suatu kebetulan.. aku juga menulis Jun dengan ejaan June.. :)

anumz sarah said...

Yg pasti kita sama meraikan kedatangan bulan baru. ^^

Kenapa ubi kayu rebus nampak sgt menggoda?

p/s: Kalau dah tekak melayu,melayu juga... hehe^^

Ophe said...

Anumz, kamu buat aku tersenyum di sini. Yang benarnya aku juga menjamahnya tempohari setelah bertahun ia hilang dari pandangan.. :)

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

huhuh..pndai anumz memulis puisi erk..cayok2

anumz sarah said...

Salam ayong,

Hehe... Kalau ayong jadi cikgu anum mesti anum pandai tulis puisi best2. Selamat pagi cikgu!

p/s: Jadi cikgu kerja yg mulia sungguhpun mencabar...