Saturday, June 6, 2009

DURI di tengah-tengah masyarakat.

TIDAK SEDAP HATI


" Salam, saya *encik Saiful dari *Yayasan Selangor. Adik ni dapat biasiswa ni. Berapa A dia dapat ye kak?"
Mama berbicara terus pada telefon. Lalu dengan gembira Dia memanggil saya di bilik untuk berkongsi.


Saya respon bersahaja kerana saya tahu lebih elok adik memohon biasiswa yang bakal ditawarkan selepas dia daftar nanti. Namun saya katakan pd mama agar bertanya pada adik dulu. Ini hidupnya. Dia yang mesti memilih dan membuat keputusan samada mengambil biasiswa ini atau biasiswa yg lainnya.


Sungguh hati saya tidak sedap mendengar tawaran ini. Entah kenapa. Tetapi sy anjurkan juga pro dan kontra dalam perbincangan pemilihan biasiswa adik.


Kemudian saya terus ke sofa membaca akhbar seperti biasa.Mama dan Daddy terus berbicara dengan adik di telefon untuk mempertimbangkan tawaran. Sy sudah jalankan tanggungjawab dgn memberi buah fikiran dan beberapa cadangan. Selebihnya adiklah yg layak menentukan.


TIPU BIASISWA


" Man tidak jadi masukkan duit ke dalam akaun ini, Ani." Kata Daddy yang baru balik dari Bank.


Saya yang duduk di ruang menonton rumah mengerut dahi memandang. Mama terhenti dari kerjanya.


"Lihat ni. Ini nombor akaun persendirian. Saya sudah kerja bank selama 30 tahun, takkanlah disuruhnya bayar yuran pengajian ke akaun persendirian? Mustahil!! " Daddy menunjukkan bukti salinan slip bayaran. Tertera nama pemilik akaun sebenar.



Saya dan mama terkejut. Memang mustahil!! Bagaimana pula boleh akaun yang diberikan nombor oleh org berkenaan dikatakan akaun UITM pula? Kata * En. Saiful tadi akaun ini milik UITM. Dia meminta bayaran segera kerana katanya adik perlu selesaikan yuran demi mendapatkan tawaran biasiswa ini.



Katanya lagi jika adik tidak bayar cepat,bermaksud dia tidak terima tawaran ini. Sbb itu Daddy segera selesaikan sungguhpun dalam borang kemasukan yang sah tertera jelas UITM mempunyai akaun di Bank Islam bukan bank lain. Malah saya belum pernah mendengar bayaran dibuat terus kepada akaun persendirian sepanjang menjadi pelajar UITM sendiri.Musykil ni!



Mujur Daddy bertanya pada pihak bank. Mujur Daddy dan Mama tidak bertindak melulu dengan menelefon Uncle Teh dahulu,staff UITM sendiri sebelum membuat keputusan dan ke bank bagi menyiasat perkara sebenar. Lalu terbongkar yang sebenarnya kami hampir ditipu oleh tawaran biasiswa!!


LAPOR POLIS






Mama bertindak menelifon orang terbabit dan ternyata bukan *En. Saiful menjawab, * Raju yang dari mana pula menjawab. Malah berputar belit jawapannya sehingga mama benar-benar marah dan tetap berkeras mahukan jawapan dari mana pihak penipu ini mendapat informasi dan nombor telefon rumah kami.



Klik!! Dimatikan pula telefon.


Kami sekeluarga berang dengan insiden ini. Ada juga manusia yg mahu mengambil kesempatan dengan menipu sebegini? Sungguh keji! Berani pula menipu konon dari yayasan selangor.


Syukur Allah menyelamatkan kami dari malapetaka. Cuma saya bimbang bukan kami saja ditipu. Bagaimana dengan keluarga lain? Yang benar-benar memerlukan wang demi pengajian dan ditipu kononnya mendapat biasiswa? Tetapi setelah deposit yuran yg diminta pd akaun penipu tadi baru sedar bahawa duit sudah dikebas lari?



Kami mujur diselamatkan kerana Daddy pernah menjadi pegawai bank selama 30 tahun. Sudah arif dunia perbankan malah tahu betapa manusia itu lemah berhadapan dgn wang yang bukan sikit jumlahnya. Daddy yang memegang amanah andai diseleweng satu sen di bawah jagaannya bakal dipersoalkan Allah di akhirat jua.Dan jika staf bawah beliau yg tidak amanah kredibiliti Daddy juga yg menjadi taruhan nanti.


Segera mama menelifon saudara di Bukit Aman. Dilaporkan kejadian terbabit. Turut diberi no. akaun dan nombor telefon yg diterima. Saya berdoa agar tiada siapa teraniaya. Semoga Allah melindungi dari segala mara bahaya...



BERHATI-HATI


Kepada adik-adik yg bakal mendaftar dan memohon biasiswa saya doakan agar kalian berjaya dalam permohonan dan dapat mengharungi kehidupan universiti dengan baik. Kepada yg pernah mendengar bahawa universiti ini mudah saja atau boleh honeymoon, saya nasihatkan ikutlah jika anda mahu terus menjadi mahasiswa/i yang tidak berkualiti.




Universiti ialah sebuah medan pengajian yang sgt meneronokkan,mencabar malah jika dimanfaatkan sepenuhnya anda bakal belajar bukan apa yang terdapat dalam buku sahaja. Teguk segala pengalaman dan bina EQ,SQ di samping IQ yang terlatih dari sekolah yg rutinnya berbeza berbanding di Universiti.



Gunakan biasiswa untuk membeli buku pelajaran atau motivasi atau apa sahaja buku bermanfaat,bukan menukar handphone siri baru atau belanja sakan di sale kerana mahukan kasut trendy. BEZAKAN KEMAHUAN DAN KEPERLUAN.




Be a wise consumers.^^


Retikan menjadi GOOD TEAM PLAYER dan ikhlaskan hati belajar kerana Dia. Ibnu Sina tidak gilakan wang atau kuasa mahupun pengaruh ketika menulis kitab Qanun Fit Tib. Juga Al-Khindi, Khawarizmi, Ibnu Khaldun dan tokoh kesayangan saya, Ibnu Battuta. Mereka merupakan contoh atau idola sebenar yang tahu menghargai setiap peluang jika diberikan tempat anda sekarang.




Maka,REBUT PELUANG DAN GUNAKAN ia sebaik-baiknya. Berhati-hati dalam setiap langkah meniti perjuangan membina kejayaan. Dan setelah itu JAGA KEJAYAAN kerana mendapatnya mudah,menjaganya yang sukar. Mustahil? Tidak. Boleh dilakukan? Ya. Nak ke tak nak?


p/s: Jika kamu mendengar bahawa universiti ialah honeymoon years, maka kamu TIDAK mendengarnya dari saya. Noktah!!

6 comments:

Unknown said...

yep. universiti bukan honeymoon years. tak kesah la universiti mana atau jurusan ape. kata begini sbb sedang bgelumang dgn nota utk midterm & asignment.

hmm. dasat nye nk menipu sampai macam tu sekali. kesian la pada yg tak tahu & kurang arif tentang hal hal bank ni. kalau has, mmg da lama pegi bank in kan duit yuran. macam ni cara pun ada jugak utk menipu. lepas ni kena waspada la.

thanks!

Selamburb said...

EQ ngan SQ tu maksudnya apa?
Perenggan akhir mcm pernah ada pengalaman jd fesi je..hehe

Farid Rashidi said...

Salam,

Alhamdulillah, mujurlah sempat siasat dulu sebelum serahkan wang. Apapun kita perlu hati-hati..yang penting jangan terburu-buru. Fikir secara baik sebelum bertindak.

anumz sarah said...

Salam has,

Mohon maaf ya lewat membalas. Anum terlalu penuh dgn aktiviti di fakulti tambah2 bakal membantu adik pindah barang ke asrama dan juga menyiapkan diri sendiri utk pindah ke puncak alam(fakulti bertukar tempat) juga.

Itulah,macam-macam zaman sekarang. Sampaikan biasiswa pun nak digunakan untuk menipu.Sibuk juga ya?

Midterm nampak sempoi tapi penting utk carry marks. Goodluck untuk midterm! ^^

anumz sarah said...

Salam selamburb,

EQ itu bermaksud emotional quotient. SQ pula spiritual quotient. Dalam buku yang ditulis Dr Ary ada explaination dan merupakan buku yg sgt bagus untuk membina motivasi diri

Fasi? hehe...pernah jadi. Dan anum rasa best juga cuma anum takut kdg2 menjadi fasi ni seolah mentor kpd junior. JAdi mmg kena lengkapkan diri dgn pelbagai ilmu dan bersedia untuk terbuka dan belajar pula dgn junior. syukur alhamdulillah satu pengalaman yg sgt menarik...^^

p/s: Terima kasih jadi mentor IT.^^

anumz sarah said...

Salam ustaz Farid,

Syukur Alhamdulillah,mujur benar. sikap berwaspada dan berhati-hati itu pentingkan ustaz? Ada hadis yg boleh diguna utk membahaskan sikap waspada dan berhati-hati? Dpt juga peroleh manfaat jika ustaz dpt membicarakannya di blog ustaz. ^^