MEMENUHI FITRAH MANUSIA ITU KEBAHAGIAAN
Penukaran waktu tidur membimbangkan. Malah kalau diikutkan hati x mahu tidur. Hati juga sgt tidak puas jika bnyk kerja tertangguh. Tiada sebab utk bersenang-lenang di dunia. Tiada sebab juga utk bermain-main krn bakal ditanya akan 'masa hidup' di akhirat kelak.
1/3 masa mesti perlu utk rehat,1/3 utk bekerja dan 1/3 utk beribadah. Beritahu juga x guna jika tiada action. Sy kurang gemar bercakap andai actionnya tiada. Bazir masa,bazir tenaga, bazir segala.
"Terlalu praktikal?" Luah seorg teman. Ya,suatu ketika dahulu. Namun pengalaman mengajar hidup bukan sekadar IQ. Ia meliputi EQ,SQ dan segala yg berada dlm bentuk kata fitrah seorg manusia.Fitrahnya,manusia perlu makan,minum,tidur,ilmu dan apa saja keperluan asas.
Namun cara memenuhi keperluan itu membentuk 'kemahuan'. Mahu makan nasi atau burger? Mahu tidur di katil sempoi atau tilam gebu mahal dari Sweden?Senang dgn sederhana. Di kubur nanti yg membantu ialah bekalan-bekalan iman,ilmu dan amal. Fikir dan pilih sendiri.
Dan pengalaman mengajar sy agar berhati-hati dgn cara memenuhi fitrah. Sy bimbang amat dgn diri kerana terlalu bnyk tersimpang ini! Aduh,ampunkan sy Ya Allah.
UNTUK ADIK
"Eh? Esok birthday nabilah?"Mama bertanya sy usai menguli tepung utk bancuhan kuih donat.Tgn terhenti membasuh pinggan.Sy toleh memandang wajah tua Mama
"Ha'ah. Yang ke 18.Kenapa Ma?" .
"Oh...dah besarlah semua anak Mama. Betullah mcm lagu dalam IKIM.fm tu..." Balas Mama menutup tupperware kuih.
'Di saat kau lena dia berjaga,kau bersenang dia bekerja,
Untuk mu tiada terbatas,Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu,Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa,Punyai maruah
Leterannya dari rasa luhur,Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi,Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan,Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian,Tapi tanda sayang
Engkau semakin dewasa,Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua,Membilang usia
Di saat kau berjaya,Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa,Jasa bonda
Dan sy menghitung diri bila mendgr kata-kata mama yg sekerat cuma. Semoga Allah permudahkan sy memenuhi tanggungjawab sbg hambaNya,anak,individu dan pelajar. Menyambung semula basuhan di singki sambil menempelak diri.
'Itu baru sedikit list tanggungjwb kamu sarah. Buat apa pun mesti bersungguh-sungguh! Hidup bukan utk bermain-main!!'
Kejayaan adik dlm SPM memberi senyuman pd Mama krn dia berjaya memikul tanggungjawabnya sendiri sbg pelajar. Namun,perjalanan masih panjang. SPM bukan pengukur kejayaan. Kejayaan di kertas tidak menjamin kejayaan hidup.
Pernah dgr bahawa success is 80% attitude and 20% IQ?
Kini,kami semua amat faham kenapa sikap yg betul itu penting. Kerana kehidupan bukan kertas peperiksaan. Alangkan dlm penjara juga ada banduan berijazah.
" Kalau pandai macamana pun,jika kurang ajar tidak ke mana!"
KANAK-KANAK ,WANITA & EMANSIPASISy masih ingat sememehnya sy ketika menghayun buai depan taman dan dikejar Mama krn lambat balik
(dh nak maghrib...). Dgn seluar track lusuh
(abg punya) dn t-shirt extra size(
budak kn cept besar) kami semua akan berlari bermain kejar-kejar atau hayun buai tinggi sampai mencecah ranting pokok. Daddy selalu akan bersikap protective,marah gitu-gitu sj sbb maklum,Mama akan lebih gengster dari dia.
Waktu kecil,mmg best. Lasak dan adventurous. Sekarang,bak kate
biskott,kalau perangai mcam tu,memang kensel jadi menantu. Hampeh!Bercakap ttg menjadi kanak-kanak menyenangkan. Kerana ketika itu fitrahnya seorg kanak-kanak dipenuhi dgn skop kehidupan yg kecil.
Menjadi dewasa,skop itu semakin meluas dan fitrah menjadi dewasa menuntut agar tujuan hidup dicari supaya dpt memaknakan sebuah kehidupan. Pencarian kebahagiaan merupakan fitrah semua manusia apatah lagi memaknakan sebuah kehidupan sbg wanita Islam.
pic:hiasan
Bukan tidak pernah sesat atau terlupa. Bukan siapa-siapa sgt jika dibanding dgn Khadijah, Aisyah dan Fatimah. Namun,masih bercita-cita.Terlalu emansipasi juga payah.Keluhan teman ttg perangai wanita zaman skrg kedgrn dlm satu majlis raya tak lama dulu. Sy akui kehebatan wanita. Impian lumrah adalah mampu menjadi pekerja yg cemerlang pd masa yg sama merupakan ibu yg baik dan isteri yg erti hormat akan suami.
Tapi jika sudah sampai ekstrim x tentu pasal,kan sudah lari dari fitrah namanya. Wanita,memang mulia. Jgn terlalu rendah hingga dipijak,jangan pula terlalu tinggi hingga memijak!
ILMU & KEBAHAGIAANSeorg suami bertengkar dgn isterinya,lalu ia berkata: Sesungguhnya aku akan mencelakakan kamu!"Sang isteri berkata dgn tenang:"Engkau tidak mampu." Suaminya berkata:"Mengapa tidak?"Sang isteri menjawab:"Jika kebahagiaan berada di dlm harta,engkau dpt mencegahnya dariku.Jika kebahagiaan terdapat dlm perhiasan,maka engkau dpt menahannya agar sampai kpdku.Kebahagiaan itu bukan pada apapun yg engkau miliki,atau yg dimiliki manusia lainnya.
Sesungguhnya aku menemui kebahagiaan dlm imanku,imanku di dalam hatiku, dan hatiku tidak dpt dikuasai oleh seorg pun,melainkan oleh Tuhanku."
-Sumber: Buku Jadilah wanita yg paling bahagia,Dr. Aidh-
Ilmu ialah sebaik-baik peneman kehidupan. Ilmu agama,akademik,kemahiran hidup dan added value mesti ada dlm setiap diri wanita. Dan yg pasti semakin berilmu semakin mesti tahu merendah diri.
Kecantikan abadi seseorg terletak pd ketinggian ilmu dan keelokan akhlaknya kata Hamka.
Namun di universiti,sudah acapkali telinga menadah cerita yg menggoncang asas keimanan. Allah sudahpun mengangkat kaum wanita agar sama taraf dgn lelaki.
Apa yg perlu sy katakan lagi? Sy hanya mendengar,pemerhati dan penulis saja. Yg paling mahu mengingtkan diri dan sgt kerdil ilmunya. Siapa sgt sy ini? Sy juga diuji dan sgt takut dgn dosa menggunung ke langit.Inikan mahu menasihati.Terasa amat tidak layak.
Utk adik ini sj kakak mampu katakan.Semoga kamu berjaya menempuhi alam universiti yg penuh dugaan kehidupan. Tiada siapa yg akan membantu atau menegur kamu lagi. Semoga bijak mengurus perasaan. Kelembutan bukan hiasan. Bukan pameran. Ia kekuatan jika diguna sesuai dgn masa dan tempat.
Seroja sudah berada tinggi di tempatnya. Jgn digugurkan sia-sia semata-mata kumbang atau krn bunga yg lainnya sudah dipetik.Utk menjadi Aisyah dan Khadijah zaman moden memerlukan jati diri dan komitmen tinggi terpuji.
Sukar? Benar. Boleh menjadi realiti? Boleh. Nak ke tak nak?
Seroja
Mari menyusun seroja,Bunga seroja ah... ah...
Hiasan sanggul remaja,Puteri remaja ah... ah...
Rupa yang elok
Di manja, jangan dimanja ah... ah...
Puja lah ia sekadar Oh sekadar saja
( korus )
Mengapa kau bermenung Oh adik berhati binggung(2x)
Janganlah engkau percaya dgn asmara ...(2x)
Sekarang bukan bermenung,zaman bermenung,(2x)
Mari bersama oh adik.Memetik bunga,(2x)
Lirik:S. Effendi
sumbangan Nurybisa@NurySabar
P/S: benarkan sy kembali ke mood on hiatus! Au revoir !