Wednesday, December 30, 2009

Yg tidak akan berhenti.

SAJAK: DEMI MASA

Setahun berlalu.

Sayu.

Jangan pernah lupa tahun baru lalu Palestin bermandi darah,

Jangan lupa,

setahun yang lalu,

kita menyaji marah menggila pd si pemusnah,

kemudian tahun baru ini kita menyambut tanpa segan silu,

dgn rasa tidak peduli yang memang tak tahu malu,

Menyanjung budaya entah apa-apa dicipta manusia,

bukan kerana menyanjung agama mereka sendiri,

sebaliknya mengangkat hak kebebasan tanpa sempadan sehingga,

yang mengikut itu terlebih pada yang diikuti.

Walhal yang diikuti menyanjung kitab buatan sendiri!

Sehingga satu hari nanti tiada lagi sambutan tahun baru.

Hanya tiupan sangkakala 2 kali yg bertamu,

Sekali.

Debu!

Sekali.

Segala makhluk pulang bertemu,

Pada Dia yang Maha Mencipta sesuatu.

Untuk apakah telah kau habiskan usiamu??



p/s: Januari yg bakal tiba adalah tandanya sy akan kembali ke rutin puncak alam yg menggila. Ditambah jadual kelas yang padat,malah mengalahkan tin sardin telah menyebabkan sy nekad mahu memiliki broadband sendiri juga.

Research paper,kuliah ditambah kelas malam,Brain Awareness,assignment yang bertimpa-timpa. What a way to start a new semester right? Well,selamat kembali ke semester 6 rakan-rakan PH210!! Semoga kita dapat grad dgn cemerlang dan memperoleh kerjaya yng mantap.amin....

Friday, December 25, 2009

Optimism yg realis: It's ACHIEVABLE.

"Too optimist will leave u living in such a dreamy life. But too realistic will somehow stopping you to broaden your mind." PUKUL 1.30 PAGI.

Antara kegilaan baru saya ialah balik dari kerja,selesaikan solat isya dan terus rehat dgn menonton tv walau kdg2 tiada cerita menarik. Batman yg nocturnal mungkin sesuai dijadikan teman berbicara lewat malam.

Aneh...kerja sy hanyalah sebagai pembantu kedai farmasi tetapi penatnya bukan main. Kerja syif pula tu... Dan rutin menyebabkan saya terfikirkan tentang betapa seronoknya kehidupan sebagai pelajar berbanding dunia pekerjaan.

"Life is all about problem solving skills." Itu kata-kata prof weber yg terngiang-ngiang kerap. Perbincangan dgn seorg pembantu hakim mahkamah jenayah mengetuk ruang memori.
"Nampak je tuakan tapi baru 25. Just last year 6 org kena gantung sepanjang I bekerja. Well, somebody have to do the job.Kerja dgn government you'll be working lika a dog la. Kerja swasta risk. The best is open a business,be your own boss."

Dan saya tergelak mendengar celotehnya yang bersemangat persis seorang pendakwa raya mengemukakan kesnya di mahkamah. Entah kenapa sejak akhir-akhir ini ramai benar yg brtanya kepada sy:
"What do you want to do after grad?"

Dan sy tercengang bangat. Ya,kursus farmasi menuntut anda housemanship setahun di hospital apatah lagi jika ditaja biasiswa JPA. Dan berkhidmat dgn kerajaan selama 6 tahun mengikut perjanjian. InsyaAllah itulah bakal masa depannya jika semua berjalan lancar.

Tetapi siapa sy utk menetapkan itu masa depan sebenarnya?

Dengan kesihatan yg mencabar bukan mudah utk mendaki tangga kejayaan.Ia penuh onak duri cabaran.Saya pernah 'jatuh ke tangga bawah sekali dan terpaksa bermula semula.Menyimpan kuat harapan mahu maju ke hadapan bukan sekadar ijazah saja di tangan. Semahunya menghabiskan hidup dgn mencari,mengorek,menelaah,mendalami sedalam mungkin ilmu yang ada di muka bumi ini.

Saya mahu bercinta semula dgn sepenuh jiwa pada tulisan buku-buku. Ada sesuatu pada ilmu yg membuatkan rasa tidak pernah puas menuntutnya. Ada sesuatu pada ilmu yang serasi dgn jiwa. Saya optimis percintaan cita-cita kali ini menuju gerbang kebahagiaan sejati.

Namun sy mesti realis untuk terus berjuang kerana untuk mendapatkan sesuatu itu perlu melalui dugaan yg bukan sedikit. Pernahkan anda mendengar ungkapan 'sometimes you want something so much that it hurts?'

KISAH NABI AYUB:OPTIMISM YG REALIS ITU MEMBANTU

Maafkan sy saudari amalina kerana tidak menjawab di ruang shoutbox. Sy tahu betapa sukarnya sakit Systemic Lupus ini. Malah dugaan penyakit ini mampu menukar seratus peratus persepsi manusia thdp kehidupan ini.Sometimes for the best. Sometimes for the worst.

Unimaginable pain. Angina atau sakit dada yang tiba-tiba boleh berlaku akibat SLE. Ia bukan perkara baru pada kebanyakan pesakit SLE termasuk saya.Dan sejak kebelakangan ini ia muncul tiba-tiba. Namun kekerapan chest pain sy masih dlm terkawal.

Ingin sy kongsi yang pemikiran positif dan daya ketahanan ingin mahu terus hidup menyebabkan sy adalah seorg pesakit SLE yg stubborn. Fatigue yg mengcengkam selalu membuat sy sering hilang sabar. Sy akui semua itu. Namun,entah kenapa sy melarang diri menggunakan penyakit SLE sebagai alasan untuk tidak hidup dgn gembira dan mencapai impian.
Terlalu optimiskah? Tidak juga. Saya ada 'bad days' juga. Countless bad days for 7 years. Pengsan,muntah,fail paper,demam rheumatic dan bersendirian dlm keadaan sakit menggila. Semua itu sudah sy hadapi. Seolah-olah ia mimpi buruk yang tidak pernah berhenti.

Dan Allahlah yang menemani saya dalam setiap 'mimpi buruk' itu.Mengingati Nabi Ayub yg tidak cepat melatah walau semua harta,keluarga,anak hilang sekelip mata. Nabi Ayub tetap berzikir dan memuji Allah walau dia dijangkiti penyakit kusta,bersendirian ditinggalkan satu-satunya isteri tercinta.

Saya bukan Nabi Ayub. Dugaan sy pun tidak setanding. Tetapi setiap kali sy dilambung ujian kehidupan,saya ingat Nabi Ayub. Entah kenapa,cerita Nabi Ayub karangan Abdul Rahman Rukaini itu tetap saja ada.

Alangkan baginda Nabi Muhammad juga boleh menitiskan air mata kesedihan kehilangan isteri dan bapa saudara tercinta.Jika kekasih Allah,Nabi Muhammad s.a.w. itu bisa ditimpa ujian nan berat apatah lagi kita yg hanya hamba?
MENUNGGU BENLYSTA

Antara doa-doa yg dipohon ialah semoga dapat kembali sihat dan penyakit SLE ini ada ubatnya. Sungguhpun ada ura-ura Benlysta bakal menjadi ubat SLE,ia bukanlah jaminan penawar 100%.

Ya,berharap dan berdoa semahu-mahunya pada Dia yang Maha Memberi. Usaha mesti ada. Kawal pemakanan. Kawal emosi. Makan ubat. Cuba supplement yang entah ke berapa pun janji cuba. Apa saja usaha. Asalkan ia sesuai dan tidak melanggar syariat agama. Kemudian terus bertawakal.

Bukan saja think positive but take positive action. Adakah segala usaha juga menemui kejayaan? Sejujurnya tidak.Well, what is success without failure?Akhir diskusi dgn bakal magistrate mahkamah jenayah itu memberi kesimpulan yg menjadi pengajaran buat saya.

"You should compromise optimism with realism.Then any dream seem achievable in real life."

Mampukah pesakit SLE hidup gembira dan kembali sihat?

Jawapan saya: IT'S ACHIEAVABLE.

Monday, December 21, 2009

Stop hitting yoursel,stop hitting yourself, why are you still hitting yourself??

Walaupun filem Love Guru tidak termasuk dalam senarai mesti tonton tetapi akibat kebosanan saya menonton juga.
Filem komedi sinis ini memang kurang faedahnya. Cuma beberapa scene saja yg masuk akal malah agak gagal menyampaikan mesej. Bodoh pun ada.
Sejujurnya sy masih perlu menyiapkan laporan retail farmasi. Mungkin akibat terlalu pressure menghafal pharmacognosy semester lepas menyebabkan sy tidak sanggup memegang nota herba itu utk rujukan. Arrggghhh.....
Adakah sy sedang mengalami holiday breakdown?? Atau sebenarnya sy kempunan novel baru Andrea Hirata? Uuuhh...
p/s: Kali ini sy bekerja pula di farmasi utk mendapat sedikit wang saku sebelum masuk semester baru. Mesti rajin bekerja!!

Wednesday, December 16, 2009

something worth more

THE ART OF HOPE

Knowing what you want is something.
How to get what you want is another thing.

Hidup ini ialah pilihan yang dipenuhi akibat(consequences) yg sukar dijangkakan. Ia tidak dapat diramalkan.Very unpredicable.

Justeru apabila tahun baru tiba,soalan tentang azam atau resolution of new year bakal diajukan.

"Ah... tak payah la nak buat azam. Bukan dapat dicapai pun."

"Penat je merancang. Lain jugak jadinya..."

Itulah jawapan yang lazim. Namun,ada juga kebenarannya dalam jawapan lazim tersebut. Sy tak nafikan takdir qada' dan qadar. Siapa mahu menghidap sakit kronik? Siapa mahu keretanya dilanggar tiba-tiba? Ataupun kehilangan orang tersayang sekelip mata?

Tetapi, harapan itu tidak pernah salah. Harapan(hope) mampu menjadi sumber motivasi yang kuat jika diprakttikan dgn cara yg betul. Bukan angan-angan semata. Untuk mengharungi kepayahan hidup,harapan merupakan satu kuasa yang mampu menimbulkan ketabahan.

Lalu kesabaran timbul setelah adanya harapan yg beserta doa yg bersungguh-sungguh dlm solat yang khusyuk. Cepat atau lambat bukan tempat letak kita utk mempersoal. Pokoknya usaha!

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM

Khemah-khemah putih memenuhi ruang Masjid Besar Shah Alam. Meriah nampaknya. Sempat sy menjenguk sebentar dari dalam kereta kelibat org ramai yg memenuhi masjid.

'Oh...ada ceramah malam ni..' Terdapat juga aktiviti solat berjemaah akhir dan awal tahun pd waktu Asar dan Maghrib nanti. Rasa cemburu pula tak dapat pergi kerana hari ini hari terakhir bertugas di kedai Farmasi.Mahu tak mahu kena membaca doa akhir tahun dan awal tahun sendirilah nanti.
Untuk semua rakan bloggers yang sy hormati dan kasihi. SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM!^^

p/s: malam ini mesti tonton forum perdana di TV 1. Rancangan Astro Oasis pun menarik sempena tahun baru Islam. Oh... cepatlah sy habis training....

Monday, December 14, 2009

That's why it is simply, life.

MENGUCAPKAN SELAMAT TINGGAL

Sy benci menangis. Juga benci mengucapkan selamat tinggal. Kerana selalunya sy tiada kata-kata. Hanya tangisan.

Betapa kita sayangkan sesuatu ia pasti akan pergi. Ia pasti akan berubah. Ia pasti akan meninggalkan kita jua.Tak kira ia cita-cita,cinta,keluarga,kawan,kekasih atau apa2 saja.

Dan sy sedang 'ditinggalkan' oleh semua yg dikasihi secara sedar atau tidak. Suka atau tidak.

Dan sy sedang belajar mengucapkan selamat tinggal dgn cara tersendiri. Benarkan sy belajar utk 'ditinggalkan' oleh semua yg sy kasihi.


KENANGAN YG DIKASIHI

Adik-beradik,keluarga,cita-cita,cinta dan semuanya. Semua gelak ketawa suatu masa dulu. Ketika arwah Aki sdg menyembelih kambing utk nazar apabila semua cucu lelakinya dpt masuk universiti.Masih segar memori betapa kali itu seluruh org kampung pertama kali merasa coleslow Malaya buatan keluarga Haji Hamzah?

Pada kenangan kegemaran sy bermain bunga api bersama Kak Uya,berlari dgn selipar bewarna warni di halaman kampung kesayangan. Tahukah kamu betapa saya sangat sayangkan kamu? Walau kdg2 kamu tidak hargai kenangan dan memori yg remeh itu?


KASIH SAYANG YG MENJENGKELKAN

Kerana sy sangat sayangkan memori itu dan saya sangat sayangkan kamu semua. Ketika kata-kata kdg2 tersilap,walau ada jua masa yg menduga ikatan kasih sayang keluarga kita. Tetapi kita tetap keluarga.

Ya,betapa mengjengkelkan pun kamu,kamu adalah kamu. Dan keluarga adalah manusia yang paling patutnya menerima kamu seadanya.

Dan perkataan patut itulah yang paling tidak ada di dunia ini. Kerana dunia ini sebenarnya semua pun serba tidak patut. Keluarga juga tidak terkecuali.

Cinta dan kasih sayanglah yg menghilangkan segala patut-patut di dunia ini.Menjadikan segala yg tidak logik itu kejadian sebenar di dunia.Patut atau tidak patut tidak wujud dlm dunia manusia bercinta mahupun dunia kasih sayang.

SELAMAT TINGGAL

Betapa sy sendiri pun,ketakutan pd sunyi dan sepi,sy tetap ingat Dia ada utk sy. Selamanya Dia ada dekat dgn hambanya yg lembik macm sy. Sy lah yg selalu lupa sedangkan Dia sentiasa ingat.

Kerana Dia,kini sy sudah dpt ucapkan selamat tinggal pd kamu semua. Cita-cita,cinta,keluarga,kawan dan segala yg ada. Sy tidak sepi lagi. Tidak takut lagi. Kerana sy sudah belajar mengucapkan selamat tinggal tanpa rasa takut.

Tahukah betapa leganya mengucapkan selamat tinggal tanpa takut pd rasa keseorangan?

p/s: kepada Abg Nep yg berlepas hari ini di KLIA utk bekerja di Arab Saudi,semoga berjaya dan semoga sentiasa dibawah rahmat dan perlindungan Dia yg Maha Kuasa. Jika arwah Aki dan arwah Pak Long ada, mesti mereka rasa bangga. Jgn lupa kami di Malaysia ya?

Friday, December 11, 2009

search me out of the box

CREATIVE

Bosan dgn rutin. A bit mundane. Ingin menonton Natrah dgn masa yg memang tiada.

Dan immobility could cause serious damage to personality and of course headaches.

Alhamdulillah result ok. Cuma mahu flying colours dgn 2 atau 3 biji bintang bercolour terang.

Ingt universiti sekolah ke? Oh mungkin juga ingin keluar. Makan gulungan sandwich dgn air panas perisa teh coklat.

Sy tak tipu. Ada teh perisa cappucino tau!

Siapa kata hidup ini boring?




p/s: I wish for less anger in the society.

Friday, December 4, 2009

Ketentuan Dia - simfoni kehidupan.

PENGALAMAN ITU MELENGKAPKAN

Balik,kepenatan.

Memandu dlm keadaan sejuk melewati hospital Shah Alam yg sedang dibina menyedarkan saya betapa Shah Alam sedang pesat membangun.'Hidupnya' kawasan seksyen 7 Platinum dan Seksyen 7 Bintang yg berdekatan pagar UITM menjadi bukti kesibukan bandar Shah Alam.

Sepanjang malam sy kesibukan meyusun syampu di rak jualan dan melayan pelanggan. Sy akui betapa sukarnya membuat keputusan dispensing controlled drug dan betapa pengalaman itu melengkapkan kefahaman teori selama ini.

"Kak,sy batuk."

Batuk yg bagaimana? Berkahak atau tiada kahak? Ada selsema atau tidak? Teruk atau tidak? Mahu ubat yg mengantuk atau tidak mengantuk? Sakit tekak sekali?

Itu baru diagnosis batuk biasa.Belum ada gatal2 di kaki,gastrik yg disertai kolik atau heartburn. Ada ratusan brand name utk ubat dan beberapa bahan aktif yang penting. Baru tadi ada seorg pelajar pergigian UITM diserang 'roovebeatle' atau charlie di pergelangan tangan.Meminta krim sementara menunggu pagi utk ke klinik.

Berpeluh juga menilai krim terbaik.Mujur ada pengalaman rakan diserang charlie dan krim mengurangkan radang diberi sambil dinilai oleh pharmacist bertugas. Satu pencapaian baru. Alhamdulillah...

KETENTUAN YG MENENANGKAN
Syukri: Anum.ko dpt mesej amir?

Saya: Em? x pula.
Syukri:Ni. (menyerahkan hp beliau utk dilihat isi mesej.)

' 4 jan kelas akan bermula. Daftar kursus 21 Dec. Daftar kolej 2 Dec.'

Saya:Alhamdulillah... (tidaklah tergesa-gesa sgt nanti..^^)


Tiba2 hp sy berbunyi pula. Terima kasih Mar atas mesej yg sama.Sudh jadi tugas sy pula foard mesej kpd rakan2 lain. Zmn ini internet,hp apa saja berkaitan IT memudahkan maklumat segera disampaikan. Syukran pd Pencipta IT sbnr,Allah yg Maha Mengetahui.


SIMFONI KEHIDUPAN
Pada kita hamba yg serba kerdil ini,sudah tentu kita hanya menafsir kejadian yang ditentukan olehnya ketika saat itu saja.Ketentuan Allah itu semuanya baik untuk hamba-hambaNya. Namun terpulang kepada hambanya menafsir ketentuan itu.

Saya bersyukur amat kerana ketentuan Maha Kuasa ini rupa-rupanya mempunyai hikmah tersembunyi. Subhanallah....


Membuka akaun facebook melihat-lihat komen atau aktiviti2 rakan2 terbaru yg menarik atau berkaitan,kemudian mahu bersedia utk tidur. Penat bekerja masih belum hilang.

Inbox mesej dibuka.

Daripada Piema@yahoo.com;

'Jemputan Majlis kawin Kakak.

Assalamualaikum..kawan baek, anum,syaz,emal,nina..Tujuan aku menaip warkah ini kepada korg semua ialah kerana ingin menjemput ke majlis kawin kakak aku yg 1st (kakna) kat denai alam 2nd January 2010 ni.. sebenarnya kad kawin xada lg tapi nak jmput korang awal2 harap korang bleh datang nanti.................................................'

Syukur pd Allah.

Jadual tahun baru 2010 bakal dipenuhi nanti. Ini baru permulaan.

p/s:-Mahu menikmati setiap saat dlm hidup ini dgn bersungguh-sungguh,penuh makna dan tujuan yg pasti. Life is too short to be sad. Semoga Allah menemani dlm langkah kejayaan dunia an akhirat ini...amin...

Tuesday, December 1, 2009

Mari cari manfaatnya sungguhpun ia hiburan..

PENILAIAN simplylifesarah di AKHIR TAHUN


'December ke? Sudah masuk akhir tahun ni... '

Jari membawa cursor ke 'older post' blog simplylife. Meninjau-ninjau entry lama. Membaca semula entry Januari yg mengutuk serangan kejam Yahudi laknat ke atas org Islam Palestin.

Tajuknya Tahun yg baru dan kekejaman yg sama. Menghela nafas mengenang betapa sedihnya dan marahnya pd manusia laknat musuh Allah itu ketika menaip entry ini. Turut mengenangkan betapa kesedaran Muslim sejati realiti itu perlu wujud apabila sy meninjau semula entri SALAHUDDIN-Lambang Muslim Realiti.


Memuhasabah diri adakah akhir-akhir ini penulisan semakin mantap atau hilang fokus. Isinya manfaat atau tidak. Merapu banyak atau berguna. Terima kasih kepada yg sudi meninggalkan komen atau menjadi pembaca senyap. Komen membina di ruang komen atau shout box membenarkan sy menilai setiap penulisan.


Terima kasih rakan bloggers dan pembaca sekalian. Bersyukur sy pada Dia yg membenarkan ukhwah terjalin via blog dan disertai keberkatanNya juga.

LAYAN...

Beberapa hari ini kerap mengunjungi you tube kerana mahu menonton Ketika Cinta Bertasbih. Menyempatkan diri melayan beberapa buah lagu yang disarankan oleh rakan blogger melalui blog mereka.

Malah syabas sy ucapkan pd mar,fais dan anjut yang menulis entry nasyid terbaru oleh Maher Zain,Open your eyes.Sila cek link mereka di blog atau tekan pd hyperlink nama di atas.^^

Maher Zain,Sami Yusuf,Dawwud Wharnsby,Michael Heart,Raihan,Rabbani dan beberapa lagi nama yang memberi alternatif hiburan bermanfaat. Sy juga sering meninjau blog Jhazkitaro utk mendengar beberapa lagu dari 'blog doktor pengembara' yg selalu menghidangkan halwa telinga yang menarik.Lagu-lagu Balkan,Bosnia dan beberapa lagi lagu dari pertandingan Euro-Vision yg mengasyikkan.





Sebagai manusia biasa kita cemderung pd hiburannya. Fitrahnya begitu. Namun perlu ada garis panduan akan hiburan itu. Tidak melalaikan. Tidak membawa kepada terpesongnya akidah. Tidak lagha.

Bagai dalam nasyid kumpulan Raihan,Mari Berhibur.(Album:DemiMasa Munsyid: Raihanhttp://liriknasyid.com)

chorus:
Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah


Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Alloh
Alunan sholawat kepada Rosul
Di sini kita berkumpul bersama
Menyanyikan lagu yang suci indah
Alunan pujian kepada Alloh
Alunan sholawat kepada Rosul
Hiburkan hati yang masih gelisah
Obati hati yang terluka
Ikat kembali persahabatan dgn iman dan kasih sayang

chorus

Bersungguh kita dalam bekerja
Seperti hidup selamanya
Beramal sholeh sebaiknya
Seolah esok sudah tiada

KEPENATAN TP GEMBIRA
Sy puaskan hati melihat rak controlled medicine di belakang farmasi. Seboleh-bolehnya jika sy dpt tangkap gambar setiap botol dan buat buku skrap maka sy akan buat. Tapi sy akan disaman oleh manufacturer nanti.


Bukan mudah dpt melihat botol-botol ubat ini semula.Semester depan bakal menjalani 'hospital visit' selama sebulan. Sekurang-kurangnya retail training sebulan ini memberi sedikit info dan intro ubat-ubatan hospital.Memang akan ada beza ubat di hospital dan retail. Pokoknya sy mahu menggunakan kesempatan ini menelaah sebanyak mungkin dan memahami fungsi ubat-ubatan yg ada.

Ya Allah,berkatilah dan manfaatkanlah perjuangan belajarku...amin...

p/s: Mari jadi manusia yang bermanfaat pd org lain.

Sunday, November 29, 2009

Finishing November

GET ME A TRUE MALAYSIAN PLEASE!

Alhamdulillah,November is almost at it's end.And I should be typing in my umphteen case study in retail pharmacy training but 'only work and no play make Jack a dull boy'.

Uploading Yuna's newest hits after having brekkie downstairs with Mum and Grandma while watching 'Keluarga 69' the P. Ramlee movie. Thinking when will I have the time to check out the novel by Abu Hassan Morad entitled 'Suu Phea' during MPH latest sale.

Wondering why the English entry suddenly?



Menguasai bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan memandangkan ia merupakan lingua franca. Menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris pula melambangkan kesedaran pentingnya bahasa ibunda,mempertahankan identiti bangsa,pada masa yang sama mahu turut dalam kemajuan ilmu sains dan teknologi.

Menguasai Bahasa Arab pula ialah untuk memenuhi tuntutan agama malah merupakan bahasa dunia akhirat.Bagi org Islam,agama itu yg utama,bukan bangsanya.

Namun saya masih tidak gemar pada kenyataan Malaysia tiada penulis berbakat,atau pun karya yang boleh dibanggakan. Kenyataan ini datang daripada orang Malaysia yang tidak kenal pd negara dan budaya sendiri. Memalukan betul.

Mungkin mereka ini sangat bangga dengan penulis 'luar' lantas terlalu mengagungkan mereka walhal 'penulis kebanggaan' mereka ini tidak memainkan peranan dalam menyumbang kepada kemerdekaan negara kita pun.

TAKSUB PADA YANG MENJAJAH

Antara karya kegemaran terdiri dari penulis seperti Jane Austin,Louisa M. Alcott,Sir Thomas Moore,Stephen King dan Amy Tan. Karya Andrea Hirata,Laskar Pelangi yg mengujakan selepas Kang Abib yang mengambil persis penulisan Hamka. Juga pada Khaled Hosseini dan Dr. Aidh yang mencetus motivasi.


Minat pada penulis Al-Amin,A.Samad Said,novelis cinta Islami,Abu Hassan Morad serta kekuatan sejarah dalam penulisan Faisal Tehrani.Karya tokoh perjuangan Islam oleh Abdul Latip juga boleh dibanggakan. Pernah membaca Siru Kambam karya Uthaya Sankar? Buku itu pernah menjadi santapan di sekolah menengah Sains Hulu Selangor dulu. Atau pemenang anugerah S.E.A Prof. Dr Lim Swee Tin?

Mungkin anda patut selak Anak Bumi Tercinta,sebuah buku sastera wajib tingkatan 3. Oh,baru tahu?

Belum dikira susunan hadis sahih oleh Imam Al-Bukhari dan Muslim atau Ihya Ulumuddin oleh Imam Ghazali.

Masih banyak lagi penulis-penulis Islam dan Malaysia yang boleh dibanggakan. Namun yang saya geram kenyataan 'Malaysia tiada penulis berbakat' dikeluarkan oleh rakyat Malaysia sendiri yang tidak membaca karya Malaysian atau lansung tak membaca!

Hampeh betul.Tiada penulis berbakat atau tidak membaca? Mengata dulang paku serpih, mengata orang awak tu yang lebih!

AKHIR NOVEMBER

Masih sibuk dengan rutin di farmasi seksyen 7. Terima kasih diucapkan pd Puan Faten yg sudi menerima dan mengajar kami.


Disember yang semakin dekat. Cepat sungguh masa berlalu.... Dan sy masih dihantui rindu membara pada kedai buku!

p/s: 1 Malaysia.

Thursday, November 26, 2009

Jangan biar pengorbanan itu sia-sia

PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS

Ratusan pohon berbaris indah di taman. Namun sayang... satu pun tak berbuah...


Satu perkara yg sering dipersoalkan ialah kenapa sekembalinya sesetengah jemaah haji,perangainya yg tidak baik semakin menjadi-jadi. Malah berubah terus 360 darjah dari sepatutnya. Menghairankan.... Agak lama juga soalan ini berlegar dlm kotak fikiran.

Takdir menemukan sy dgn majalah anis edisi bulan November. Tajuk artikel karangan ustaz Pahrol Mohd Juoi menyentak ruang hati.

'Pilihlah aku untuk ikhlas'.

Ringkas tetapi padat yg menyedarkan. Amalan yg tidak disertakan dgn keikhlasan bagai ratusan pokok yang tiada buah. Sia-sia saja menanam pokok. Hasilnya kosong!!

RAYA KORBAN AIDIL ADHA

Keikhlasan menjalankan ibadah meliputi semua jenis ibadah. Termasuklah ibadah korban Jumaat ini. Usah megah dgn mahalnya lembu atau kambing. Atau besar kecilnya sumbangan. Lihat pd keikhlasan melakukan pengorbanan.


Jangan disia-siakan korban yg dilakukan semata-mata mahu mendapat ruang di dada akhbar atau nama di dunia. Dijunjung di bumi tak semestinya dijunjung di langit...

DON'T TALK ABOUT MUHAMMAD

Jatuh rindu bila tak menjenguk kedai buku sejak beberapa waktu ini. Praktikal di retail farmasi menyebabkan niat terhenti. Biarkanlah...ada seminggu lagi cuti sebelum semester baru bermula. Korbankan sikit di awal-awal ini, tak salahkan?

Mengisi masa kosong membelek buku terbaru diberi Mama. Indahnya Hidup Bersyariat oleh Ustaz Ismail Kamus. Sgt menarik malah mudah difahami.

Dlm masa sibuk training masih sempat menyinggah ke you tube utk melihat video ceramah Yusha Evans seorg penceramah muda dari Amerika. Sgt menyentuh hati dan bersemangat. Juga teringat pd pesanan seorg teman ttg sebuah lagu bertajuk 'Don't Talk About Muhammad'. Semoga bermanfaat perkongsian kali ini. Sila2 kan mendengar lagu susunan Dhawud Wharnsby.



p/s: cuti ini mesti mahu cek out Ketika Cinta Bertasbih 1 dan 2. Uu.... sy betul2 tertinggal jauh movie hebat ini. Mari!! Play Hard&smart,Work Harder&Smarter,Ibadah Hardest& Smartest!!

Monday, November 23, 2009

CHANGED

BIARKAN IA BERUBAH
"Kak Ira pergi dulu ya Sarah.. Minta maaf tau kalau ada apa2..." Mata beliau berair. Kak Ira harus pulang ke kampung di Pulau Jawa Indonesia.


Pelukan sayang bertukar.

Masa pun terus berlalu. Serasanya baru beberapa hari saja beliau pergi. Juga majlis bersara Mama. Akhirnya turut pd peranan diri sendiri.

"Salam Kak Lili,sy hanum trainee practical farmasi Smart Care."

Habis sesi training,pulang mengemas dan memasak dinner di sebelah malamnya. Pengalaman sesi training tadi hampir tiada apa yg mengejutkan. Rak OTC dan Poison diteliti habis agar tiada masalah esok hari.

Sewaktu pulang memandu,kelihatan bangunan Hospital Shah Alam sedang laju menaik. Ada sedikit harapan dapat berkhidmat di situ. InsyaAllah... Tgklah bagaimana.

Sama seperti Kak Ira yg merancang mahu pulang 2 tahun lagi,tetapi perlu pulang sekarang kerana ibunya sakit,seperti itulah letaknya harapan sy sekarang.


Masih merancang dan tahu bahawa Dia,Maha Menentukan.

AID-ADHA

Khabar Haji Dari Tanah Suci di Astro jam 9 menemani malam. Melipat kain baju yg baru kering setelah dua hari berjemur. Cuaca November yg sejuk dan hujan sepanjang petang.





10 hari lagi jemaah haji akan wukuf di Arafah. Sebentar tadi menonton siaran mengenai pengurusan kesihatan jemaah haji Malaysia oleh pegawai kesihatan Malaysia. Bagaimana perubatan dan rawatan yg disediakan untuk jemaah kita.

Melihat rombongan jemaah yg sudah berumur dan dibahagi megikut keadaan sama ada stabil atau kronik,membuat hati sayu. Jika ada rezeki buat haji awal,seeloknya pergi ketika badan sedang sihat. Ya,jika ada rezeki...

Beruntunglah hamba-hambanya yg menjadi tetamu di bumi berkah itu...

p/s: monolog.

Wednesday, November 18, 2009

Salam terakhir sayang...dari seorg ibu&guru

BERAKHIR SEBUAH PERJALANAN PANJANG
18/11/2009

Sudah 20 tahun Mama mengajar di sekolah rendah Raja Muda seksyen 4,Shah Alam Selangor. 14 tahun di sekolah sekitar Pahang dan Kelantan.34 tahun itu jugalah Mama menabur bakti mendidik anak bangsa agar menjadi manusia berguna. Kerjaya Mama hanyalah seorg guru. Tetapi beliau membimbing,mendidik dan mengajar.

Tampak mudah bukan? Datang ke sekolah kemudian menghadap pelajar,menghadap papan hitam,berdiri di hadapan dan mengajar silibus. Namun kehebatan seorang guru sebenar bukan sahaja diukur melalui berapa banyak pelajar yg dapat 5A tetapi bagaimana mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia berguna.


Mama pernah dapat kelas terakhir sekali. Juga pernah dapat kelas pertama dan tengah. Cabaran mendidik anak bangsa kelas terakhir ini bukan mudah. Bagi Mama semua pelajar ada potensi dan guru perlu bertindak sebagai pembimbing dan membantu menyerlahkan potensi.

Ada anak murid Mama yg kerjanya 'bershuffle',malas buat kerja sekolah. Juga yg mengeja tidak pernah cukup perkataanya. Sudah darjah 6 sepatutnya mengeja,membaca dan mengira sudah dikuasai.

Tetapi tidak semua pelajar ada kelebihan itu. Namun pinta Mama pd pelajarnya jangan ada yg kurang ajar pd ibubapa,jangan ada yg merokok atau kaki dadah. Hidup ini rezeki Allah ada di mana-mana. Yang penting kita mesti usaha. Jika akademi kurang,vokasional ada. Seni dan minat pada muzik boleh dijadikan lubuk mencari rezeki.

BUKAN ANAK KAMBING

Peranan guru bukan sekadar celoteh silibus habis buku tutup buku. Pelajar juga bukan kambing atau lembu. Mereka manusia yg perlu pd didikan,bimbingan dan teguran. Lembu dan kambing mudah,tambat saja dan tarik talinya. Ikutlah dia. Tak pun beri saja rumput kering,turutlah dia.

birthday Mama 0n 19th.^^

Namun anak manusia lain ceritanya. Ada akal. Ada pengaruh. Ada sifat nakal menduga. Silap bimbing hancurlah dia.Guru berperanan memberi didikan dan bimbingan. Mesti ada moral dlm celoteh harian selain menyemak kerja sekolah. Kanak-kanak pula mudah 'menyerap' contoh dan cerita.

Dan Mama memainkan peranan ibu dan guru pd masa-masa tertentu dalam kelasnya. Yalah...mendidik anak manusia... Perlu diingat yg Mama sendiri ada 4 org anak. Mendidik anak org dgn anak sendiri tidak sama.

Silap haribulan tersilap sikit,ibu bapa sekarang dtg ke sekolah serah surat saman. Belum lagi masuk mahkamah dan ditahan polis.Siapa kata jadi guru senang?

I NOT STUPID & I NOT STUPID TOO
Jika ada masa terluang,ibubapa dan guru atau pun sesiapa sahaja,silalah menonton cerita I not stupid too.


Ia mengupas fenomena pendidikan zaman sekarang. Relevennya sgt terkesan dgn realiti keluarga dan sekolah masa kini.


Pernah dengar kata-kata:
Untuk menjadi terbaik kita mesti tahu berubah dari masa ke semasa.

Kerana zaman ICT,TV,handphone,internet,pengaruh luar dan globalisasi sudah pun mewarna sekeliling hidup anak-anak zaman sekarang. Terserah pd ibu bapa,guru dan masyarakat mendidik dan membimbing 'anak-anak moden' zaman kini.

Sudah tidak ada lagi alasan utk tidak tahu. Mesti tahu dan mahu tahu. Selepas ini jgn seperti kartun Dato' Lat.

Pelajar merokok,salah siapa??

p/s: Sy benar-benar berharap di sekolah rendah ada hari 'CAREER DAY' dan 'CAREER COUNSELING' di sekolah rendah dan sekolah menengah. Kamu tahu tak betapa pentingnya 'career day' itu? Ini kerana sy dapati rakan adik2 saya rata-rata pelajar 7A dan 8A drop course di Universiti kerana kurang maklumat dan asyik berkata "Salah ambil course.." . Harap-harap kerajaan pertimbangkan...

Monday, November 16, 2009

Bukan gadis impian...

MEMORI

Hujan renyai di luar membuatkan Shah Alam bandar kesayangan bagai dilanda musim dingin. Sejuk dan basah. Nyaman... Tiba-tiba rindukan puncak alam yang hijau dan sunyi itu. (Jika ada kawan-kawan membaca ini pasti dikatakan "gila kut... rindu apa puncak alam bagai hutan sesat tu??")


Udara nyaman,tenang dan ya sedikit bosan tetapi itulah yg membuahkan rasa rindu. Rindukan ketenangan yg tidak terdapat dlm kesibukan kota.
Namun sejak akhir-akhir ini terkenangkan dialog bersama seorg teman kenalan blog tak lama dulu. Seorg yg aktif dlm bidang agama berdialog dgn diri kerdil ini yang kategorinya manusia biasa-biasa malah jauh sekali mengaji dlm bidang agama.
Sekadar membaca buku dan cuba mencari jawapan kepada persoalan agama kehidupan hari-hari. Malah cuma merujuk buku yg ada dan bertanya pada yang tahu. Tidak lebih dari itu.



BUKAN GADIS IMPIAN
Tatkala telefon berdering diangkat dan dijawab itu,dpt diagak yg beliau agak terkejut dgn intonasi dan ketegasan dalam berucap.
Sy memang bukan gadis impian yg lemah gemalai erti berkata lembut-lembut. Tegas. Itu klasifikasinya, namun tidaklah semuanya tegas. Ikut keadaan. Takkan bergurau pun nak tegas.


Cuma secara azalinya diri ini memang bukan jenis gadis impian lemah gemalai. Noktah. Jika org itu suami,faham jugala nak guna intonasi yg mana,tetapi jika sekadar teman kuliah,kenalan blog,kenal gitu2 aja makan dialognya biasa-biasa saja. Sepertimana tulisan di blog seperti itulah orgnya.Biasa-biasa aja.
Pernah dahulu dimesej di facebook kenapa tidak menjawab 'hi' dari messenger. Dikatanya sombong. Walhal kita ini memilih utk hazan atau berhati-hati dalam memulakan perhubungan. Apatah lagi jika yg memesej itu berlainan gender dan org yang tidak dikenali.


Pokoknya orang yg lahir bulan Julai memiliki sifat tidak suka benda remeh-temeh. Hatta melayan messenger atau chatting adalah acara remeh temeh yg paling tidak digemari.Andai mengenai assignment,perbincangan ilmiah silakan. Amat dialu-alukan,tetapi sekadar nak 'hi' and 'goodbye' maka tunggulah lama manapun,jarang dijawab.

Kasihan pd kenalan blog itu,orgnya baik. Seorg yg lemah-lembut pula dalam bicara. Dari nada beliau itu tersiratnya keikhlasan beliau menelifon dan menyelesaikan perkara berkaitan. Maaf ya teman,diri ini 'gengster paradise' sikit.

'GENGSTER PARADISE'

"Kita takde nak merajuk-rajuk macam tu. Malas layan. Nak buat mcm mana? Dh 'gengster paradise'."

Itu pertama kali kami sekeluarga mendengar perkataan 'gengster paradise'. Ketika itu kami masih belasan tahun. Sepupu kami sedang bercerita tentang kisah cinta-cintun di sekolah menengah beliau.Kami yg sedang mendgr tergelak.

"Gengster paradise tu apa Deen?" tanya Mama.
"Macam nadeen la Mak Lang. Macam kita-kita ni. Jenis outspoken,tegas ada pendirian sendiri. Tak de la ayu sgt..." balas Nadeen selamba.

Kami gelak di atas penjelasan Nadeen.Jujurnya memang keluarga kami terdiri dari wanita tegas dan ada pendapat sendiri.
Kadang-kadang macam bunyi bergaduh pun ada tapi kami ada sebab tersendiri.Pernah diri ditegur kerana tidak berjalan tegak dan memiliki postur badan yang tidak elok. Malah jika ada majlis sering ada pendapat tentang how to well behave atau memakai pakaian dgn cara yg sesuai.
Jujur,awal-awal agak merimaskan. Tetapi pendapat mereka disertai kasih sayang. Ia merupakan manifestasi kpd kritikan membina yang mahukan terbaik utk setiap indivisu yang dikasihi. Kejujuran berkasih sayang. Menegur pada yg perlu. Kritikan membina yang diterima dari kecil hingga dewasa menjadikan kita mudah terima kritikan.

"When people criticise you,it doesn't mean they hate you. Sometimes,those critics mean they focus on you,know you have the potential and just want you to be better"


BERCUTI

Cuti yang indah. Kesempatan ini digunakan utk melepaskan rindu terpendam pd keyboard, buku-buku dan segala aktiviti kegemaran.
Cuti membolehkan bnyk hal important but not urgent selesai. Mengemas. Upload. Download. Review. Enough rest and quality sleep. Blogging. Swimming. Keyboard practise. New music score.
Rindu pd Oden. Masuk semalam sudah setiap 3 hari dia tidur di hujung katil. Nyata dia juga tahu rindu itu apa.^^ Sayang Oden!!
p/s: 2 hari lepas Oden telah 'merampas' ruang tidur dengan menggolekkan badan super tembam itu. Adoooiii.... susah jugak nak tido dibuatnya....

Thursday, November 12, 2009

Mahu Rehat.

FINISHING FINAL

Masa:4.50 petang.
Tempat:Dewan peperiksaan tingkat 1,Fakulti Farmasi UITM Puncak Alam.
Agenda: Menjawab kertas final PHR 500,Drug Delivery System II



'cepat la 5.15 petang...cepatla....'



*Sebenarnya mata dah mengantuk habis. Kertas soalan dh abes jawab,tapi macam biasa manalah tahu tepat atau tak kan? Yang penting mencuba sehabis baik menjawab dengan soalan yang memang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif.



'Uuu.... kenapakah lambat saja masa berlalu....



Masa: 5.15 petang.



'Oh segarnya mata... Yippiiieeee!!! Freedom!! Yeeaaaahuuuuuu!!!'


Kawan-kawan... cuti kita semester ini hanya seminggu. Kerana ada praktikal retail pharmacy selama sebulan. Dr Teh sudah beritahu kena ada buku log dgn 1 kes satu hari.



5 hari kerja x 4 minggu = 20 hari

20 hari=20 kes.

'Hanya ada 3 semester utk grad? Wah...mesti mahu berusaha bersungguh-sungguh ni. Usaha!! Aja2!!'


*Mata segar sbb dh boleh kemas brg di asrama utk balik rumah. Hehe...^^

p/s:Kamu tahu saya rindu nak rehat betul-betul dan tidur dgn nyenyak di bilik saya sendiri? Tapi setiap kali balik ada agenda keluarga yg menyebabkan sy penat sangat... Uu... sy mahu menghargai cuti ini. Terasa gembira betul krn dapat cuti setelah berhempas pulas study. Ya, saya mahu cuti sekarang. ^^

Wednesday, November 4, 2009

Bicara hati II-kamu November?

NOVEMBER MENDUGA
Log out akaun facebook. Jam 12.18 malam.


Aneh... Seminggu lalu dipenuhi kesibukan persiapan peperiksaan. Jujur sy katakan. Berbeza sungguh. Sy di asrama suatu ketika dahulu. Dgn persiapan sy di Universiti.

Atau sbnrnya sy saja yg tak perasan?Tumpuan sy lari brgkali.

Bezanya ruang pemikiran seorg pelajar sekolah menengah yg belasan tahun dgn ruang pemikiran pelajar Universiti. Dewasakah namanya?Apa sebenarnya dewasa itu? Manifestasi umur yg semakin meningkat saja atau kesedaran dalaman seseorang tentang pentingnya pentadbiran diri sendiri? Lalu ada apa dengan umur? Ada apa dengan 20-an,30-an,40-an dan 50-an jika tidak diertikan dgn tindakan bersesuaian?

Brgkali sy diuji oleh 'soalan-soalan bukan periksa' oleh kebanyakan teman. Ia tidak boleh didapati oleh mana-mana buku teks... Dan yg membuatkan sy sedar ialah betapa 'soalan bukan periksa' ini sama pentingnya bagai soalan peperiksaan final exam kala ini.

KERTAS SOALAN PEPERIKSAAN REALITI

" Patutkah dia berkata begitu?"



Saya senyap. Menyusun ayat untuk sebuah pendapat. Teman sy ini orgnya bijak pandai dalam pelajaran. Namun dugaanya Masya-Allah... Hingga sy tak sanggup berada di tempatnya. Beliau adalah anak mangsa penceraian. Diduga pula ayah tiri yang bagai haruan mahu makan anak.

Mujur tidak diapa-apakan. Sekadar ungkapan 'saya sayang awak' oleh ayah tirinya tatkala bersendirian bersama.

"Itulah... *Ros pelik juga bila dia selalu telefon Ros. Selalu mak ada bila dia telefon. Sekarang berani pula telefon saja-saja tanya khabar."

Astagfirullahalazim....Sesak saya mencari oksigen.

Teringat saya pada kisah sepupu ketika menjalani training di Zoo Melaka. Beliau menyewa di sebuah rumah yang didiami isteri kedua tuan rumah tersebut. Baik isterinya dan punya seorang anak. Adatlah bermadu. Kadang-kadang ada suaminya,kadang-kadang tidak.

Tetapi sejak sepupu saya dan rakan-rakannya menyewa bilik di rumah tersebut,semakin rajin pula suaminya pulang. Hinggakan isterinya pula terkejut.

"Eh?! Abang? Buat apa di rumah sekarang ni?"

Terkedu juga saya bila ada sahabat,rakan atau kenalan yg mengajukan 'soalan peperiksaan realiti ini.' Kadang-kadang jadi takut pula nak beri pendapat.Aih...apa nak jadi manusia sekarang ni....

Universiti... bukan saja sebuah akademi mencari ilmu akademik tetapi sebuah medan pencarian ilmu kehidupan. Realiti adalah kertas soalan peperiksaan universiti kehidupan. Agama Islam adalah buku teks jati diri akidah manusia utk 'menjawab' peperiksaan realiti kehidupan.

Cara menjawapnya? Terserah pada betapa sensitifnya kita terhadap kepentingan beragama dalam kehidupan.Itu saja, pada pendapat saya.


YANG TAHU

Yang tahu ialah dalam belasan tahun di asrama dulu hanya belajar saja kerjanya. Fokus mendalam namun ada kesan yg tak seimbang juga. Di universiti lain pula halnya. Setiap perkara dalam hidup perlu diseimbangkan. Keperluan fizikal,rohani dan jasmani. EQ,SQ dan IQ.Duduk letak berjaya seseorang dalam kehidupan ialah kemampuan seseorang itu mendahulukan mana yan perlu.

Pendek kata,Prioritise.

Dan saya sgt mahu meletakkan priority pada pencapaian impian tunjang yang memenuhi kehidupan dunia dan kehidupan akhirat.Dan jalan menuju kejayaan pasti ada ranjau dan duri. Ujian-ujian persiapan peperiksaan kali ini datang dari segenap arah.

Pengaruh rakan sebaya. Pencarian jati diri yang kalut. Diduga penceraian keluarga. Ujian cinta dan keinginan berpasangan. Pendapat-pendapat yg punya kecenderungan terpesongnya akidah. Macam-macam lagi perselisihan dan peristiwa yg menguji iman ini.




Terimbau pula kenangan pertemuan di kedai kopi tadi. Berusaha saya menahan asap rokok kenalan pada rakan saya ini. Zaman sekarang ini rokok jgn kira lelaki dan perempuan sama saja. Namun yg terkilannya ialah kenalan ini bertudung.

Kaget ada. Malu pun ada. Dan yg paling sy rasa ialah sayu... sedih kerana gadis ini sudah manis berhijab namun puntung di tangannya membakar laju... Ah sayang... kamu sudah ada kesedaran berhijab seharusnya menyelami bahawa hijab itu bukan sekadar pakaian. Ia lambang kemahuan mahu memiliki akhlak muslimah sejati. Seindah hijab dipakai,akhlak itu juga perlu seiring indahnya...

Segera saya menyedarkan diri dari terlalu cepat memberi penilaian thdp manusia. Siapa saya utk menghakimi mana-mana manusia?Bukankah Allah saja yang Maha Adil dan Saksama?

Dan terbukti benar amatlah kata-kata Hamka bahawa kecantikan sebenar terletak pada keindahan akhlak dan ketinggian ilmu bukan pada rupa dan pakaiannya. Hamka yg dikagumi. Penulisannya hebat menyedar pembaca hingga dalam kalbu diri.

Sesungguhnya Allah saja yang memiliki hati-hati dan pemberi petunjuk....

p/s:Terpikat sy dengan tajuk dan penulisan oleh Ustaz Pahrol Mohd. Juoi dalam majalan anis bulan november ini:PILIHLAH AKU UNTUK IKHLAS....