Sunday, September 21, 2008

Kita yg meminjam...

Malam 10 terakhir ramadhan... Knp begitu sayu? Ada post blog dr teman2 yg sgt menyentuh hati. Ada post blog dari laman kegemaran yg menyentuh ttg betapa manusia itu hanya manusia. Sering sy beranggapan yg insan berjaya merupakan insan yg punya jwpan kpd setiap persoalan kehidupan. Ternyata saya silap.

Umum,kita terlalu mengagungkan kejayaan manusia sdgkan ia adalah pinjaman dari Tuan segala kejayaan. Sy silap lg... lemahnya saya. Sukar menerbitkan kata2 apabila blog dr laman kegemaran menjerit dgn penuh perasaan yg beliau juga perlu kaunseling. Terkedu saya seketika.
Orang ini,insan ini memerlukan bantuan.Sedangkan beliau yg sering membantu org lain.
Lama mengadap laptop sy. Memikir2. Jika tiada sesiapa membantu sesiapa jadi siapa nak bantu siapa?



Itulah,sy lupa lagi. Allah kan ada. Allah mahu hamba-hambaNya sentiasa meminta2 kepadaNya. Allah mahu hamba-hambaNya merayu-rayu kpdNya. Lalu kita manusia hanya mengingati ini tatkala dalam kesusahan yang teramat sangat!! Astagfirullah...Astagfirullah...Astagfirullah...


Sayakah manusia itu? Sayakah yang menangis tersedu-sedu dlm doa meminta diampunkan dosa,tetapi tatkala kesenangan saya ketawa tanpa malu?


Jadi siapa yg lebih berhak saya minta tolong?

"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung,Maka mereka kembali dgn nikmat dan kurnia(yg besar dari) Allah,mereka tidak mendapat bencana apa-apa,mereka mengikuti keredhaan Allah, Dan Allah mempunyai karunia yang besar"
(Ali Imran:173-174)



Sy termenung lagi. Mengingat2 perjumpaan sy dgn professor kesayangan saya di fakulti tercinta. Sy punya masalah ingin berbincang dgn beliau. Kami berdiskusi.Awalnya mengenai jiwa pengajian sy yang makin rapuh dek kurang motivasi dan cabaran pengajian yg begitu concentrated.Namun sepanjang diskusi,jiwa sy semakin mendalami insan yg sy anggap seorg yg punya semua jwpn lantaran di mana beliau sekrg.


Bukankah awal2 tadi sy kata sy silap?


Ya,sebaliknya kami berbincang seperti 2 teman yg sama2 mempunyai masalah. Yg sama2 lemah. Kami manusia yg sama2 manusia. Beliau org yg sy kagumi lantaran beliau mengakui kemanusiaan seorg manusia.


Professor saya,professor saya yg sudah melampau 4 dekad kehidupan mengakui yg beliau juga masih tercari2 jwpn kehidupan. Beliau juga tidak ketahui semua jwpn maka kami berdiskusi agar kami berdua sama2 dpt mencari. Lalu saya kenali jiwa di hadapan saya.

Di sebalik kejayaan manusia itu,adalah usaha yang tidak putus2 dgn segala deria dan pemberian Allah meliputi jasad,roh dan akal.Lalu usaha manusia itu diterjemah dgn kudrat,pemikiran,usaha fizikal dan rohani dan diakhiri tawakal. Tawakal agar diizinkan kejayaan setelah usaha secara keseluruhan.Justeru,kejayaan adalah MILIKNYA.


Kita manusia hanya mampu meminjam. Jika Allah mahu mengambil nikmat2 ini,maka dgn sekelip mata kita hilang segla yang dipinjamkan.

Teman...
Saya malu dgn anggapan saya. Sangka sy manusia yg hebat tidak perlu pertolongan,tetapi manusia yang hebat adalah manusia yang telah diberi pertolongan yang paling hebat. Siapa lagi yang mempunyai karunia sebegitu besar selain AllahuAkbar??
izinkan sy berkongsi sebuah cerita teman...



Begini,ada seorg kenalan yg merupakan pelajar yg begitu hebat.Selesai tingktn 5 terus ke luar negara dan akhirnya pulang dgn PhD dan bertugas sbg org atasan di sebuah Universiti tempatan. Beliau seorg yg westernize,tidak akan bergaul dgn kerani2 atau org2 'biasa'. Islam itu ah..mudah saja. Atas nama.

Masa berlalu,beliau dianugerahkan nikmat dunia yg banyak. mewah dan punyai segalanya di dunia. Dalam umur 30-an beliau sudah punya segala nikmat. Lalu,Allah mula mengambil semula 'pinjaman' yg diberi. Bukankah kalau sudah dipinjam mesti dipulangkan?

Mata beliau semakin kabur. Lalu,disahkan menghidap unknown cause degenerative eyesight. Tiada ubat,tiada rawatan dan buta adalah kesan yang pasti. Insan itu mula mengira2 diri.

Selama ini apa yang dia miliki?
Apa yg akan dibawa pulang ke 'sana' nanti?
Rumah besar,kereta mewah atau ijazah yang tinggi?
Mahukah Allah terima hasil 'tanaman' yang sgt kecil ini?

Sungguh dia tidak miliki apa-apa pun!!

Allah masih sayang padanya. Allah mahu dia kembali di sisiNya. Lalu Allah berikan apa yang dia perlukan. Kerana kasih sayang Allah, dia kembali semula mengenali pencipta.Semakin dekat denganya.

Dengan kehilangan mata akhirnya beliau mempunyai apa yang paling beliau perlukan.


Teman,
Sy akui lewat bulan ini sy akan jrg berada di ruang maya. Ada kepentingan yg perlu sy penuhi. Kepentingan jasmani dan rohani. Semoga Allah mengganti kehilangan sy di alam maya dgn keadaan yg lebih baik.

Salam 10 malam terakhir ramadhan teman. Sy takut rindu sy tidak terbalas lagi. Jika Allah mahu mengambil apa yang dipinjamkan,takkan dilewatkan walau sesaat pun.


Saya mahu 'pulang' kpdNya dlm keadaan yang paling diredhai.
Semoga harapan ini dpt dipenuhi.

Dan tidakkah Tuhan yg menciptakan langit dan bumi itu berkuasa menciptakan kembali jasad2 mereka yg sudah hancur?Benar. Dia berkuasa.Dan dialah Maha pencipta lg Maha Mengetahui.

Ssungguhnya perintahNya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya : "Jadilah!" maka terjadilah ia.
Maka,Maha Suci (ALLAH) yang di tanganNya kekuasaan atas segala sesuatu dan kepadaNyalah kamu dikembalikan.

Yassin:81-83






Wednesday, September 17, 2008

Aduh,sy sgt kekurangan...







Alhamdulillah... Hari ini hari Nuzul Quran. Hari apabila wahyu pertama diturunkan. dalam post lalu ada sy selitkan sajak bertajuk Iqra!. (Puisi yg biasa2 krn sy bukan penulis sarjana!)



Sebelum lebih jauh,mohon maaf jika post sebelum ini menunjukkan khilaf sy di bulan mulia. Ini krn sy diingatkan mama agar menilai diri dlm mencari pasangan.



Lalu apabila blog saifulislam menjadi rujukan saya dlm pencarian ilmu,saya ditemukan dgn artikel,Aku terima Nikahnya. Indah! Begitu indah! Menangis sy krn Abu Saif dan Ummu Saif berjaya menjadi contoh cinta yg terjaga dlm masyarakat yg sudah hilang pegangan bila masuk bab ini.

Maklum sy baru disedari faktor usia dan soalan nakal kwn dan sahabat apabila melihat empunya diri senang dgn status single but not available.Bukan feminisme,skdr tumpuan utama sy ialah pengajian yg menuntut kerahan minda serta istiqamah dan ujian Rabb.(umumnya sy ini pesakit SLE.) Jadi sah2 sukar utk sy terima jika ada yg bertanya soal hati krn ujian penyakit ini sgt sukar. Tampak biasa di luar tapi sy harus akur dgn kesan2 penyakit ini.Jelas,sy bukan Aisyah r.a. atau Khadijah!!





Artikel yg paling menarik minat sy slps Aku terima nikahnya ialah 7 habits of Effective people by S.R. Covey. Bukan bukunya sj menarik minat tetapi kupasan oleh Ustaz Hasrizal. Dahulu buku di tgn ialah krgn barat seperti Dan Brown,J.K rowling dan sedikit penulis tnh air. Yg pasti tiada asas Al-Quran dan sunah di sini.


Tetapi kupasan Abu saif terhdp buku Dr. Stephen R. Covey menyempurnakan lg inti2 panduan. Dgn Al-Quran dan sunah,terasa begitu lengkap. Ingin sekali sy cdgkan agr Abu Saif bukukan kupasan beliau. Seperti krgn Dr. Aidh dan Pak Abib. Sulaman ayat-ayat Quran dan Sunah melengkapkan buku2 ini.


Sy jadi ingat semula pd wahyu pertama iaitu surah Al-'Alaq.

Bismillahirrahmanirrahim...
(ayat 1-5)
Bacalah dgn menyebut nama Tuhanmu Yg Menciptakan.
Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah.
Bacalah,dn Tuhanmulah yang Maha Pemurah.
Yg mengajar manusia dgn perantaraan kalam,
Dia mengajarkan kpd manusia apa yg tidak diketahuinya.

(surah ini sepatutnya berakhir di ayat ke 19,ttp sy x lyk mengupas seluruh surah,sy cuma ingin tegaskan sedikit pandangan shj.Jika tidak betul,mohon pembaca yg membetulkannya.)
Ya, ayat pertama menyuruh kita membaca dgn nama Allah yg menciptakan. Betapa besarnya darjat Al-Quran sbg bahan ilmu. Ilmu mendpt tempat pertama khususnya apabila Al-Quran sumber utamanya.
Kenapa disuruh membaca? knp bukan ayat yg membawa maksud lain spt perang atau undang2 yang diturunkan dulu? Allahu Akbar.Allahu Akbar. Allahu Akbar.


Inilah,bukti betapa besarnya peranan ilmu dalam hidup kita. Sy hanya seorg penulis yg paling ingin mengingatkan empunya diri. Yg paling ingin mengingatkan diri dgn larangan dan suruhanNya. Sy bukan Aisyah atau Khadijah teman....


Sy hambanya yg paling dahagakan pengampunan. Yg lalai dan perlu diigatkan selalu. Inginkan akhirat yg berkah ttp khilaf bagaikan butiran pasir di pantai.



Bila tgn ini menaip post yg kesekian kali,sy jadi takut dgn diri yg masih terlalu kurang. Sy jadi takut krn menulis kalam2 Ilahi dan mengupasnya merupakan tanggungjawab yg akan dipersoalkan kelak. Adakah benar dan sahih pandangan saya? Atau sekadar penulis yg memandai2?

Sudahkah diri ini layak mengajak amal makruf nahi mungkar tetapi diri ini x sempurna amal makrufnya?

Teman...
Sy kehausan fikiran. Sy ketakutan. Sy kekurangan... Benarkan sy menulis utk mengingatkan diri teman.

Krn ketika Rasulullah s.a.w ditanya mengenai siapakah beliau oleh Rabb,dia menjawab 'Aku anak yatim Tuhanku'.Lalu Baginda diangkat menjadi Kekasih Nya.

Tetapi saya?
Hanya hambaNya yang paling lemah dan amat memerlukan belas kasihan TuhanNya!
Aduh,sy sgt kekurangan...

Saturday, September 13, 2008

Rabb,pinjamkan ketenangan...

Ramadhan yang berlalu.... Ada suka,ada duka, ada kebenaran dan ada pengajaran. Perlahan membisik pd diri yang ujian ini terlalu kecil jika dibanding dgn saudara di bumi Darul Syahid. Mengutip semula diri yg tinggal,menyatakan pada diri yg berhenti menipu lagi. Sudah lama dia kenal realiti dan fantasi.

Cuma kali ini, indah Ramadhan tercalar krn telah berlaku bnyk kekhilafan. Sejujurnya,ingin rebah memohon maaf krn lalai,terlupa siapa diri. Lupa yg cinta utama siapa,terlupa siapa yang harus diutamakan.

Jelas mama,anak perempuannya ini perlu jujur,krn kasih mesti didpati dgn cara yang jujur. Dia melupakan keadaan dirinya yg serba kekurangan. Melupakan kasih Ilahi dan kedua org tuanya yg pasti dgn mengingat pd janji yg belum tentu benar dan pasti.Mama tidak mahu dia terluka. Masih segar di ingatannya betapa lemahnya dia di hospital,ketika Mama memandikannya di kerusi roda krn dia tidak dpt bangun lantaran sakit. Melupakan Mama yg menemani dia sepanjang masa di Hospital dan sepanjang malam sujud menangis memohon pd Rabb agar disembuhkan.

Lantas dia melupakan kasih sayang Allah dan org tuanya krn perasaan mudanya. Maafkan anak ini Mama. Bukan krn Mama tidak suka cuma Mama tidak mahu dia terluka. Seperti lukanya dia ketika dikeluarkan dari asrama penuh kecintaanya,seperti lukanya dia tatkala cita-cita ke luar negara dilupakan kerana sakitnya. Ya,dia lupa pd luka-luka ini krn janji yg x pasti.


Dia lupa pada kasih sayang yg ada di hdpan mata. Dia lupa pd tanggungjawab dirinya. Sungguh kdg2 teringin merasa lembutnya kasih manusia,lantas dia menipu diri. Maafkan diri Tuhan.


Dia mahu melupakanya buat selama-lamanya. Seperti dia padamkan rasa cinta pada asrama yg mendidik ertinya iman dan indahnya Islam atas didikan arwah Cikgu Thani. Seperti dia cuba padamkan keinginan menjadi seorang mahasiswa lulusan luar negara. Seperti dia padamkan tawaran cinta dari pemuda kerana sedar kekurangan dirinya.

Dia biarkan ia pergi. Jika dgn jujur hatinya lebih tenang. Maka dia biarkan cinta itu pergi.

Rabb,pinjamkan dia ketenangan. JanjiMu yg pasti,semoga dia sentiasa istiqamah dlm meiniti Ramadhan Mu.

Wednesday, September 10, 2008

Mengisi Ramadhan...(terima kasih bersamamu TV3)

Alhamdulillah...usai sudah test yg terakhir dlm minggu ni. Penat di bulan Ramadhan ni banyak berkatnya. Syukur...Tapi tunggu... jengjengjeng... eh,assignment dan report?! Er... eheh.




Oden si gemok tgh menjajahi laptop. Kalau saya x sibuk dgn assignment dia siapkan.(ye la tu... tolong lambatkan kerja lg ada..bangun la oden...kakak nak gune laptop ni...)


Well,macam ni lah keadaanya. Jika tak sibuk dgn test,sibuk dgn assignment dan report experiment. Ditambah subjek2 yang semakin concentrated. Teringat kata2 seorg teman, "Kau buat apa dlm bilik x keluar2? Kumpul kulapuk roti?" Almaklum la dia tu chef,samelah dgn gfnya,tergelak bila pikirkan balik.


BERBALIK KE PROGRAM PENGHAYATAN....


Bersama Pakcik Lahat

Baiklah,sbnrnya nak kongsi pengalaman ketika khidmat masyakt di Perak baru ni. SOPHYS atau society of Pharmacy Students UITM berkolaborasi dgn program Bersamamu TV3 utk melakukan penghayatan Ramadhan. Kami pun bertolak ke tempat yang telah dijanjikan oleh pihak TV3 bermula jam 8.30. Mcm2 masalah dihadapi,(dugaan...) tapi demi melaksanakan misi, Alhamdulillah berjaya.
(atas nasihat seorg teman,InsyaAllah saya akan publishkan blog dan cuba ceritakan dgn cara terbaik)


Izma dan Ijat dlm sesi menemuramah.






E,eh jgn salah sangka yang kami ni nk mencari publisiti nak promosi yg kami ni baik. Tak... Pernahkah anda dengar hadis yang mengatakan Jika kamu bersedekah dan kamu tunjukkan maka ia menjadi contoh yang baik,dan jika kamu bersedekah secara sembunyi maka ia merupakan sedekah yang baik?
(jika ada teman yang merasakan hadis ini salah sila tampilkan pembetulan,saya memang bukan pakar hadis)


Selalunya kita hanya melihat di TV atau mendengar cerita dari org. Saya teringin nak tahu keadaan dan menghayatinya betul2. Pelbagai perkara saya belajar malam itu termasuk pengalaman baru yang benar2 menginsafkan. hasil dari program kami,2 pihak dapat dibantu. Satu pihak ialah keluarga teman seprjuangan kami iaitu keluarga Izma yang begitu baik menumpangkan kami sebelum pergi ke rumah Pak Cik Lahat(misi utama). Terima kasih tak terhingga di atas layanan yang baik dan begitu ikhlas. Kami benar2 terhutang budi.

Kami berkhidmat sampai malam,dan berbuka puasa dalam keadaan yang benar2 kekurangan, tetapi saat itulah yang paling saya rasa bahagia sekali. Serba kekurangan mengajar saya erti penghargaan. erti ketenangan. Saya sembunyi sepanjang rakaman TV3 krn rasa diri ini tidak cukup layak untuk tampil di depan kamera.
Pesan Imam Ghazali jika ingin hidup bahagia di akhirat jauhi dari terkenal,siang berbakti kpd org ramai dan malam merindui Tuhan. Saya mahu mengikuti pesan ini dan memambaiki kekurangan diri. Subhanallah..Subhanallah...

Jika nak tau sepanjang masa kami basah kerana hujan. Krew TV3 dtg lmbt maka sampai ke malam kami di situ. Masing2 gusar almaklumlah test Isnin,kalau ditunda sampai ahad,alamatnya x terjwb test. Tapi Alhamdulillah Allah memudahkan segala2nya.
Berkat bulan Mulia dan niat yang benar,kami menghayati pengisian program kami kali ini.

Tahniah buat SOPHYS atas program yang baik dan bermakna. Ohya,saya takkan lupakan bagaimana rasanya pondok kecil dan dipenuhi realiti itu. Hidup ini benar2 bergantung kpd pilihan kita.

Sekian teman saya akan menulis lagi. InsyaAllah kupasan realiti kehidupan dan sejarah Nabi akan cuba saya teliti utk renungan diri yang serba kekurangan ini...


"Sesungguhnya sedekah itu dapat meredakan kemarahan Tuhan dan menjaga seseorang dari kematian yang buruk"dari Anas R.A. (Sunan Tardmizi.)

Monday, September 1, 2008

Saudaraku,izinkan aku berkongsi rindu...


Saudaraku, Aku begitu lupa pada sebuah buku karangan penulis tempatan bernama Abu Hassan Morad. Beliau penulis novel Julia yg pernah menggegar tanah air kita. Tulisannya berdasarkan cinta Ilahi, Sayang jika tidak aku kongsikan dgnmu saudaraku.


Yang paling disukai ialah apabila terdapat petikan Sajak Al-Amin karangan penulis tersohor tanah air,A.Samad Said. Izinkan aku berkongsi dgnmu saudaraku,kerana ku juga kerinduan. Kerinduan yg tak terhingga pada kasih sayang kekasih Rabb,Rasulullah. Kerinduan pada Allah yang mana ku terlalu rendah darjatku sebagai hamba yang selalu berdosa. Izinkan aku berzikir dgn nama cinta pada karangan blogku kali ini,berkongsi kasih,berkongsi rindu.


Hari panas ketika itu,mentari mempunyai kisahnya sendiri,
Dan langit masih penuh rahsia.

Hari panas ketika itu, Alam mempunyai ceritanya sendiri
Dan gurun masih penuh rahsia.


Nabi meminta benjana air dan diusap wajahnya,
Berkata tenang datangnya ajal dan rela.
Di pangkuan isteri kepalanya,
Berkata ia sukar diterka,


Dan tengah Rabiulawal tahun 11 Hijrah, Nabi yang mulia menghembus nafas akhirnya.


Hari panas ketika itu,mentari mempunyai kisahnya sendiri, Dan langit masih penuh rahsia.


Hari panas ketika itu,

Aduh Nabi sudah tiada.


Saudaraku,aku biarkan kalian menghayati bait-bait Puisi Sajak Al-Amin karangan A. Samad Said. Katakan padaku kalian,apakah kau tidak rindu?


P/S:Novel beliau berinspirasikan Tanah Suci Makkah dan Madinah kerana novel ini usai setelah usai juga Haji beliau.Tajuknya Cinta Madinah. Begitu sederhana,begitu indah. Jika dibaca karangan beliau kita kan menangis kerana cintanya wtak Syeikh Hasyim pada baginda Rasulullah. Tema cintanya juga menyeluruh,meliputi cinta tanah air,sgt sesuai dibaca ketika tanah air kita sedang bergolak.


Alhamdulillah…

Syukran kerana hari pertama bulan puasa dapat dilalui dgn sempurna. Rasa kasih dan syukur yg tidak terhingga. Betapa kegembiraan tidak bergantung kpd bnyknya lauk,mahalnya kuih atau rasa tamak yg keterlaluan. Hidangan rumahku sederhana teman. Tiada yg mahal2 malah cukup sekadar mengisi perut yg sememangnya memerlukan rehat setelah hampir setahun bekerja mencerna makanan.

Ramadhan…Ramadhan ialah bulan yang paling disukai kerana fadhilatnya begitu banyak tak terkira. Dari segi kesihatan,kekuatan ilmiah dan rohaniah,begitu mantap pengisiannya. Perlukah aku keluarkan hadis himpunan Bukhari dari Baginda Rasul tercinta? Kerana pastinya aku tak menang tangan menaip hadis2 indah ini untuk memenuhi kecintaan Ramadhan.

Ramadhan yang mulia,Ramadhan yang pengasih penuh keampunan.Tanda kasih sayang Tuhan kpd manusia. Hati sebak menyambut kedatangannya,seperti kekasih yang sudah lama menhilang lalu muncul,menyuburkan cinta yang lalu. Rindu… Sgt rindu. Jika boleh didakap, takkan dilepaskan dakapan itu.Saat kalimah2 Allah dilaung penuh ketenangan,nikmat apa lagi yang lebih hebat dari ini? Cinta Ramadhan,cinta bepanjangan.