Saya pernah melawat galeri seni USM kerana diajak teman utk menonton sebuah karya filem pelajar bertajuk 'amir amira'. Usai filem tersebut saya melawat sekita galeri seni USM. Saya sukakan atmosphere di situ. Tenang dan penuh nilai seni kesederhanaan. Bukan kepelikan janggal yang diwar-war seni lalu mencemar asas kesenian sebenar iaitu Allah sebagai Pemilik dan Pencipta Agung.
Lalu saya berhenti lama di sebuah artikel milik seorang ternama rakyat Malaysia. Saya mengagumi pengalaman dan peribadi beliau. Dalam saya terus membaca akhirnya saya ketemu perenggan yang hampir penutup.
Beliau ditanya oleh seorang rakan akademik dan perniagaannya yg berbangsa Jepun.
"Saya tidak faham,bagaimana orang yang sofistikated dan hebat macam kamu ialah seorang Muslim?"
Dan apabila saya membaca jawapan beliau,beliau menyatakan yang jawapan yang diberi tidak memuaskan hati rakan Jepunnya malah beliau pula yang tidak puas hati terhadap jawapan sendiri!
Soalan mudah,jawapan susah
Itu memori saya 3 tahun lalu. Sepanjang 3 tahun itu saya menanyakan jawapan apa yang paling sesuai untuk soalan seperti itu? Apa yang sepatutnya dijawab? Saya tertanya-tanya apakah jawapan yang akan saya beri jika ditanya sedemikian rupa?
Dalam pada itu saya berjinak-jinak dengan tulisan Dr. Aidh Abdullah Qarni dan mula menyedari unsur Islam dalam kehidupan. Ya,saya akui saya muslim tapi apakah Muslim yang sebenarnya? Cara makan,minum,tidur dan segalanya.
Apakah perlu seperti Taliban yang sgt ekstremis? Atau seperti Arab yg punya wahabi? Bagaimana nak hidup seharian menjadi Muslim?
Lalu keluarlah imej di kepala seperti serban putih,atas sejadah saja dan perempuan bertudung labuh. Cetek sgt ilmu sy ketika itu. Habis bagaimana nak moden? Kan teknologi dan ilmu pun penting. What about science?
Dan pasti juga saya tidak lupa kepada buku karya Dan Brown yang bertajuk 'Angels and Demon'. Ia mengupas sebuah isu kedudukan agama dan sains di mata masyarakat dengan cara yang informal. Sains dan agama. Mampukah kedua-duanya diganding?
Malah saya selalu diceritakan ibu tentang kezaliman Kamal Ataturk yang mendakwa modenisasi di Turki tetapi sebaliknya muncul pula sekularisme yang meremehkan agama dalam kehidupan.
Tidak! Saya bukan berdakwah atau preaching. Tetapi saya yang bertanya. Saya yang mahukan jawapan.Bukan mudah kerana saya akui sy sgt lemah dan jauh dari kesempurnaan walaupun bergelar seorang Muslim!
Malah kali ini saya menulis kerana ingin berkongsi pengalaman yg sy pernah juga berada di puncak kecelaruan identiti seorang muslim.
Saya juga akui saya dibesarkan dgn dua pengaruh yang sangat berbeza. Ayah seorang berpendidikan Inggeris,lain dgn latarbelakang mama yang dididik agama oleh arwah Atuk. Kami adik beradik punya pandangan berbeza tentang kehidupan beragama.
Jadilah kami yang menyaksikan perbezaan antara dua keluarga besar nun di pihak Ayah dan pihak Ibu. Malah saya pernah dihina kononya baik sangat pakai tudung tatkala umur 12 tahun! waktu itu sy tidak faham kenapa dan apa yg berlaku. Jahilkan saya pd diri?
Syahadah
Namun segalanya terjawab ketika saya semakin dewasa. Memahami ragam manusia. Jika Nabi Yusuf hampir saja dibunuh abang-abangnya apatah lagi kita manusia yang punyai sejuta satu perasaan.
Jadi teringat saya pada program kegemaran kami sekeluarga iaitu Syahadah di TV1 setiap 6.30 petang. Paparan menarik sekitar Sarajevo dan Bosnia Herzegovina menambah minat kami semua. Ternyata sejarah pembersihan kaum oleh pihak Serb telah luput dan dilupakan.
Yang paling saya tidak lupa ialah interview yang dijalankan di sebuah masjid di Bosnia.
Golongan tua menyatakan sejak perang usai dan kebebasan agama dikembalikan tiada lagi golongan muda yang bertanya kenapa perlu sembahyang. Memang sukar apabila di negara tanah tumpah darah tiada kebebasan beragama.
Lain pula di Malaysia,kebebasan agama dipraktikkan. tetapi ada golongan yang tidak puas hati. Jangan sampai tragedi Kamal Ataturk dan Bosnia menimpa negara sendiri. Tugas mempertahankan tempat Ibadah dan kelansungan ibadah itu wajib.
Aduh...saya sukar mahu mengupas isu ini kerana saya cuma tidak mahu kebebasan pergi dan akhirnya agama Islam ditindas. Itu saja. Sungguh ini bukan politik!
Sekularisme
Semakin dewasa saya sedar dgn bantuan ayah dan ibu serta sahabat-sahabat sejati. Yang menegur saya dan mengingatkan tanpa henti. Muncul kesedaran dalam masyarakat zaman kini yang memahami sekularisme hanya menghancurkan kehidupan.
Tanpa agama,sebuah kehidupan hanya layak digelar tin kosong. Inilah akibat sekularisme.
Apabila agama dipisahkan dari kehidupan,jadilah saya terpinga-pinga mencari jawapan.
Alhamdulillah,Mujur sangat saya ketemu jawapan dan tidak sesat dalam pencarian.
Kini saya kena ingatkan diri saya sentiasa supaya jgn lalai dan sentiasa tahu asas kehidupan ialah agama.
Benar kata pujangga,meraih kejayaan mudah,menjaganya merupakan cabaran yang payah.Sama seperti ilmu.
Mengingat kata-kata sahabiah saya yg aktif dgn dakwah di India dan UK.
Jaga hati dan jaga Iman!
1 comment:
owh..suka entry ini..berisi dan berilmu..keep on blogging.
Post a Comment