Salam...wah maaf kalau saya bnyk salah eja dlm entry saya sebelum ini. Ada beberapa perkara yg penting muncul setelah result exam keluar dan sy perlu mengejar masa sekali lagi.
Semester baru,tahun baru dan subjek baru. Semuanya penting dan perlukan persediaan rapi. Saya bersyukur exam result dlm kategori ok cuma perlukan upgrading utk lebih cemerlang! Yeah!! Berusaha!!
Untuk teman2 blog sekalian,saya mengambil kesempatan utk mengucapkan selamat menyambut Awal Muharam pada 29/12/2008 ini. Utk tahun baru sy pasti ramai yg berazam utk lebih baik dari tahun sebelumnya,dan saya juga mendoakan kejayaan bagi setiap teman yang mengenali sy dan menerima saya seadanya. Terima kasih yang tidak terhingga. Sayang kamu!!
Saya bakal mengakhiri memori kembara sy di bumi kenyalang dengan 2 entry sederhana 5 hari 4 malam di Miri yg terkenal dengan minyak or black gold.
Terima kasih kepada abang saya, Abdul Rahim Abdul Rahman dan kawan sekerjanya untuk urusan tempat tinggal dan pengangkutan. Love ya big brother!!(waaaa....^^sarah minta maaf kat Along kalau selalu kacau Along...hehe...)
7 tahun untuk Mama
Penerbangan jam 7.20 malam tiba lebih awal berbanding yang dirancangkan. Walaupun mengalami turbulance,Alhamdulillah we all safe and sound. Tiba di Miri Airport, Along dah pun tunggu kami.
Perjalanan ke rumah Along agak jauh,memakan masa hampir 40 minit. Kawasan perumahannya terletak dekat Curtin University, dipanggil Senadin. Jauh sikit dari bandar tapi berdekatan dengan tempat kerja. 5 hari kami di Miri bermula.
Utk hari pertama kami sesuaikan diri di rumah sewa Along. Kecil tetapi selesa. Maklumlah rumah orang bujang. Mak Teh yg rajin mengemas. Rumah Along ada setingkat, 3 bilik dan 2 bilik air. Asalnya dihuni 3 orang tapi tinggal Along je memandangkan 2 lagi dah pindah ke KL.
(wah ha ha... kami conquer rumah !!)
Bila tinggal bujang maka barang dapur pun takde.So kena lah shoppingkan? (part ni mmg saya suka...hehe..) Di Miri,pasaraya terkenal ialah Boulevard. Kalau kita ada TESCO atau GIANT yg hypermarket,di sini Boulevard lebih superior. Setelah shopping makanan utk dimasak, kami berjalan2 di sekitar bandar Miri.
Perkara yang paling saya sukai di sini ialah design exterior rumah. Sangat cantik. Dan jika di Shah Alam kita tahu kawasan seksyen 7 dipenuhi banglo-banglo yg didesign cantik,saya akui di Kuching atau Miri banglonya lebih kepada konsep manor.Luas kawasan luar rumah dan juga rumah itu sendiri. It's so magnificient that one of the biggest manor I saw is at Luak Bay own by Shin Yang Corporation owner.(Ala2 istana tepi pantai gitu.)
Please don't get me wrong. Memang sy sgt minat pada ID and boleh dikategorikan kepada OCD(obsessive compulsive disorder).
But then bagi saya besar atau tidak rumah itu it's not important,but how you manage the space.
My favourite is kawasan perumahan semi-D atau teres. The design is so clean cut and space enhancer. Practical. My favourite word.Even library di Miri membuatkan saya jatuh cinta. Spacious and welcoming.
Perjalanan malam di Miri is very not like KL. That's why my brother love it there I guess. You finish work at 4 pm,by 4.30 you already at home. Kalau anda di KL,belum tentu dapat pulang ke rumah dalam masa 30 minit. Traffic jam is seriously time killer.
7 tahun di Miri,pasti ada memori yg tak kurang indahnya. Untuk Mama yang anak sulungnya berada jauh rindu seorg ibu kepada anak tidak dapat saya gambarkan.
Anda yang punya kedua ibubapa,hargai mereka semasa mereka masih ada.
Dalam 7 tahun abang saya di perantauan mencari rezeki(walaupun masih dlm negara),tidak sama hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri!
Berjalan-jalan
Facts:
Muzium Petroleum Miri,Taman Buaya dan Haiwan liar Miri,Pasar Miri,Luak Bay,Restoran Muara,Restoran Madli, Miri Handicraft Center
Fun:
Sate kepak dan (err...) Ayam, Jalan-jalan tepi pantai,makan nasi Lalapan(sedap sangat but not Sarawak dish),various version of mee kolok, bagi makan pada binatang kat Taman Haiwan, cuddling ular (which I sangat takut sbb scale dia sangat sejuk tau... gelinye...). Mama and the rest of cik Kiah memborong ikan terubuk masin dan belacan miri.(belacan bintulu is more superior tp kena cari di bintulu la pula...),Miri's handicraft is not as varies as Kuching but I got a good deal.
Pictures time!!
No comments:
Post a Comment