Monday, December 29, 2008

Mengucapkan selamat tinggal-Last Memoir


Bagaimana kau mengucapkan selamat tinggal?

Pada tahun yg lalu,
Tempat yg ditinggalkan,
Seorang teman yg dirindui,
Cinta yg sudah tidak lg menemani,

Bagaimana kau mengucapkan selamat tinggal?

Pada kenangan pahit yg ingin saja dilupakan,
Pada sebuah memori yg terlalu indah hingga terbawa mimpi,
Masa yg tidak mungkin berulang sungguhpun peristiwa merentap hati,
Dan pada Diri yg ingin dibaiki walau sering saja diingati,

Jadi,
Bagaimana kau ingin mengucapkan selamat tinggal?

Sedangkan kata-kata tidak mencukupi,
Mimpi bagaikan impian yang tidak sudah2 berhenti,
Cinta hakiki itu terlalu kuat susah kulupai,
Bukankah Allah itu Penolong dan Pelindung yang sejati?

Biarkan saja Masa itu berlalu,
Diri yg perlu maju jangan toleh lagi ke belakangmu,
Untuk apa kau mengingati masa lalu?
Ucapkan selamat tinggalmu dengan azam baru,
Selitkan jua doa-doa menyejuk ruang salju hatimu,

Bukankah,
Demi Masa manusia itu sentiasa dalam kerugian,
Kecuali yang beringat dan beramal soleh?

Salam dan selawat ke atasmu,
Kekasih Ilahi

Selamat Tinggal Waktu!

nukilan: Hanum Maisarah,11.59malam,29/12/2008

Sudah lama saya tidak berpuisi.Maklum kesibukan mengurus yg kurang efektif menjadi rembatan. Yup,saya sudah mengucapkan selamat tinggal. Anda bila lagi?

Mungkin terkejut kerana sy mengajak anda mengucapkan selamat tinggal pula. Suka hati la bila anda nak ucapkan selamat tinggalkan? Suka hati jugakla macamana nak ucapkan pun.
Jadi,dengan suka hatinya saya menulis untuk mengucapkan selamat tinggal pada segala yang lalu dan berkongsi dengan anda. Kan sy dah kata,suka hati saya le... hehe...

Mengutip pengajaran dan pengalaman

Ini memori terakhir saya di Miri. Sy ada banyak memori yg indah2 dan tidak kurang juga memberi pengajaran yg sgt bermanfaat walau ketika saat sy mengalaminya,sedihnya cukup mencabar iman yg bagai kulit bawang.

Untuk teman2 yg saya kenali sepanjang kembara di bumi kenyalang,sy mengucapkan rasa terima kasih tak terhingga dan bersyukur yang teramat sangat untuk pengalaman ini.

Untuk teman2 yg saya kenali sekarang,dulu dan bakal dikenali, selamat berkenalan. Usah takut menjadi diri anda atau menyuarakan pendapat,asalkan bermanfaat.

Amalkan 'think win/win' dan 'seek first to understand then to be understood' bila berkomunikasi. (dari 7 habits of highly effective people,Stephen R. Covey). InsyaAllah segala salah faham akan bertemu penyelesaian yg lebih effective dan memenuhi kepentingan kedua-dua pihak.


Untuk ini sy mengisi ruang entry selamat tinggal dengan gambar kenangan saya.

A picture worth a thousands words!!

1 comment:

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam ...anum..sory lama ziarah blog anum..sedap puisi tu wt sendiri ke..sedih...bestnye dpt pg MIRI...