Sunday, November 23, 2008

Perempuan yang dihormati

“Kau mahu jadi kaya?”

Saya terdiam seketika. Soalan ini saya dapat sementelah selesai berjalan2 di Gardens berhampiran Mid Valley.

Saya memandang sahabat baik saya. Saya tidak menjawab sebaliknya terdiam dan berfikir sejenak. Sejujurnya saya memang tidak mahu respons ya atau tidak. Malah saya sebenarnya agak memahami dan amat faham kenapa soalan itu ditanya.

Saya bernafas dalam. Soalan ini amat sukar.Sangat sukar sebenarnya kerana ia melibatkan soal iman,soal ketakwaan dan soal timbangan akhirat.

Waktu saya di zaman kanak2 saya berkawan dgn semua org. Anak pemilik kilang,anak penjual sate dan sesiapa sahaja saya mesra. Saya akui sifat mesra mmg kekuatan dan kelemahan saya bergantung kpd cara saya menggunakannya. Hidup saya juga serba serbi sederhana. Kemewahan bukan kelaziman. Kesusahan itu satu pengajaran utk melahirkan kesyukuran.

Malah waktu itu tiada perbezaan darjat,tiada tikam belakang atau apa sahaja definisi ‘musuh dlm selimut’. Persahabatan dibina dgn niat keikhlasan,tanpa tujuan tertentu atau mahu mengambil kesempatan.

Memetik kata2 mendiang Steve Irwin,

“You tell me that crocodile is scary? Don’t know about that. All I know when you get too close they just want to eat you. Unlike human they pretend to be your friend”


Setelah meningkat dewasa dan mengenal kelas-kelas manusia,saya jadi sgt berfikir. Malah kalau diikutkan ingin saja saya menyamar seperti Khalifah Umar agar mengenali rakan2 saya sendiri.

Manusia… Selagi mulut mampu bicara,selagi itu ada saja kata tidak kira baik atau yang tidak baik.

Dan sabda Rasulullah s.a.w.

“Iman seseorg hamba Allah tidak akan lurus sebelum hatinya lurus,dan hatinya tidak akan lurus sebelum lidahnya lurus.”
Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad.



Utk sebuah jawapan.


Soalan diulang. Saya tersedar dari fikiran panjang yang jauh.

Saya tersenyum. Kali ini giliran saya bertanya.

”Kenapa nak jadi kaya? Untuk apa?”

Dia tersengih lalu menceritakan kehebatan yg bergelar kaya. Saya mendengar.Dan fikiran saya larut lagi.

Ya,sama seperti pengalaman saya bekerja di sebuah syarikat perlancongan di Damansara. Ada seorg kenalan menceritakan pengalamannya.Anggap saja namanya Remi. Ayahnya merupakan peguam yang memiliki syarikat. Dia dibuang dari Universiti krn bergaduh lalu turut dimarah ayahnya yg mahukan dia mengambil alih syarikat. Ketika kami dalam perjalanan pulang,kami bercerita ttg hidup masing2.

Ketika inilah saya tahu apa erti kekayaan bagi org mcm Remi. Dari kecil tidak pernah susah maka erti syukur tiada,malah apa saja tidak kena dlm hidupnya. Hingga apabila dia mahu sambung pengajian dia terpaksa bekerja lantaran ayahnya tidak lagi membiayai pengajian setelah dibuang Universiti.

Cinta Dunia

Erti kekayaan bagi Remi ialah penghormatan. Anda akan dihormati bila anda kaya. Anda akan dihormati bila anda banyak duit,ada pengaruh, berkereta besar dan rumah agam bak istana.

Saya mendengar. Saya mendengar dgn penuh ketakutan. Tiada Tuhan di situ. Tiada dermawan di situ. Tiada keberkatan di situ. Saya jadi semacam takut dgn perkataan ’kaya’.

Apa saja cara boleh buat duit, kata si Remi. Pernah dibelanja client di sebuah bar dan ada juga cerita habuan di rumah pelacur setelah client setuju utk melabur.

Saya diam seribu bahasa.Menarik nafas tidak percaya mendengar sebuah cerita dari seorang yang ingin bergelar kaya.Saya tunduk tatkala Remi di hadapan saya tersengih dgn ceritanya yang seribu liku.

Saya angkat kepala dan katakan apa yang mampu seorg manusia biasa spt saya katakan.

”Usahlah pergi jauh sgt dlm mengejar kebendaan. Semoga anda punya cara utk kembali ke pangkal jalan”

Jika anda bagaimana? Mahu nasihatkan dia? Saya boleh saja ceramah atau bagi kata2 nasihat. Tapi pernahkah anda curahkan air pada daun keladi? Kerana keadaan Remi adalah seperti itu. Seperti Tsalabah yang sudah mabuk dgn harta. Seperti org bercinta mabuk kepayang dgn wang dan pangkat semata.

Teringat saya pd kata2 Ustaz Darsuki ketika kelas Halaqah LaTahzan yang lalu,

“Ana punya seorang guru yang buta bernama Sheikh Ali. Pesannya pada ana,
Jangan kejar dunia kerana kamu akan termengah2. Ttp jika kamu kejar Akhirat,dunia akan menyembah kamu”

Saya tidak mahu sehina itu agar bergelar si kaya!


Dijunjung di langit

Lama kami senyap. Sepanjang senyap itu saya berfikir utk memberi jawapan final kpd sahabat saya ini.

Perlahan saya menjawab:

”Jika kekayaan membuat saya semakin lupa pada Tuhan,maka saya tidak mahu jadi kaya. Saya mahu jadi perempuan yang dihormati krn akhlak dan agamanya. Spt Aisyah atau Khadijah. Kau tahukan bagaimana Khadijah mengorbankan hartanya untuk Islam. Kau juga arif tentang Siti Aisyah yang wafat tanpa sebarang dirham pun dalam rumahnya yang tidak lansung seperti istana. Jadi persoalan sebenar ialah bukan kekayaan,tetapi mengurus kekayaan. Cukuplah saya dihormati kerana akhlak dan bukan duit semata.”

Sahabat saya tersenyum lebar. Kami berpandangan sesama sendiri di sudut ruang rehat tengah The Gardens. Sahabat saya akur dgn jawapan saya.
Dia juga tahu betapa lamanya saya duduk berfikir untuk sebuah jawapan itu. Hampir 1 jam sebenarnya kami berbincang tentang erti kekayaan!

Dalam perbincangan kami ttg isu kekayaan saya temui erti penghormatan. Ia lebih mahal dari sebarang permata atau istana. Saya menarik nafas lega kerana akhirnya saya temui sebuah jawapan dari satu soalan yang tampak mudah.

Sebuah jawapan yang saya tahu tidak akan dijunjung di bumi,tetapi biarlah dijunjung di langit...

1 comment:

ladygirl said...

salam hanum.
i found ur blog!
one nice entry here.
keep it up girl =)

-awanis-