Saya pulang dari perantauan 2 tahun lalu. Setelah saya membuat keputusan yang agak memeritkan jiwa saya sendiri. Hidup saya tidak seindah yang saya rancangkan. Allah sentiasa mempunyai ketentuan yang memenuhi keperluan saya. Dia sentiasa memberi apa yang saya perlukan.
Saya agak sukar untuk menulis kisah hidup saya. Setelah di'tag' dan secara serius menilai diri,saya sedar saya benar2 telah berubah. Dan mengharap untuk kembali ke masa silam adalah perkara yang paling gila. Tapi saya tidak mengharap akan masa lalu... saya cuma mahukan masa sekarang yang baik agar masa depan saya lebih baik...
Sejak pulang,saya dapati saya mendapat segala yang saya inginkan,tetapi saya masih tak gembira. Saya kehilangan sesuatu yang lebih penting. Jiwa saya. Jiwa saya yang sentiasa bebas,bebas membuat keputusan,bebas belajar dan bebas mengejar impian.
Di rumah saya cuba menjadi anak yang baik,walau adakalanya saya sendiri memendam rasa. Cuba menggembirakan org2 yang saya sayang,tanpa menggembirakan hati saya. Terasa begitu sukar sekali menelan air liur dan hidup dgn tenang. Saya sedar,saya sudah jauh dari cita2 saya,dari diri saya yang sebenar. Saya tidak lagi berimpian besar,jiwa saya murung krn di'kurung' dalam sangkar emas rumah.
Tidak,ibu bapa saya sgt baik. Mereka tahu saya sakit dan sgt memerlukan perhatian. Mereka mahukan yang terbaik.Cuma....saya ini. Saya yang meniti usia 21 tahun,mengidamkan pengalaman hidup yang mematangkan.InsyaAllah saya mahu merantau lagi setelah saya sakit teruk 2 tahun lalu. Sgt sukar keputusan kali ini. Kerana mama tidak mahu saya pergi krn sy anak yang paling dia tahu amat sakit dan ayah pula dari dulu sebelum saya kena SLE memang sgt protective,dan sementelah saya sakit,dia lebih protective.
(snoppy graduate,impian kecil saya ketika di USM. Sekarang di UITM pula...Aja!!!)
Malah ada masa sgt keterlaluan. Saya sgt lemas. Dan saya juga rasa berdosa yang amat sangat. Dosa kerana saya menilai kasih sayang mereka keterlaluan sdgkan mereka hanya mahukan yang terbaik. Aduh....saya mengeluh dalam hati. Sukarnya cinta dan cita2.
Bukan mudah saya ingin meluahkan semua ini. Saya kuatkan hati,muka saya senyumkan dan masih sempat mengusik teman dgn jenaka kecil yang tak seberapa.Saya meneruskan kehidupan,walau hati saya sgt berat. Saya mengulang baca buku La Tahzan dan cuba mendalami intinya dengan lebih baik kali ini.
(di China,sy gila pack bags and fly away!)
Teman,
Ingatkan saya pada kekuatan diri. Ingatkan saya dengan kata-kata janji Rabb pd manusia yang sabar dgn dugaanNya. Pesankan saya dengan pesanan orang soleh agar jiwa saya bertambah tenang. Izinkan saya melepaskan rindu ini pergi...
No comments:
Post a Comment