Friday, May 21, 2010

Mencari sakinah.

MENCARI SAKINAH
saya adalah hamba-Nya yg lemah lagi kerdil yg sentiasa mengharap & memohon kasih dari-Nya.

pic:Devian art by Yip87.


Dari
Syeikh Ibnu Athoillah,Al-Hikam
"Sebaik-baik saat dalam hidupmu,ialah ketika kamu

menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"

Aku Manusia Lemah
Selalu Terjatuh
Berbeda Aku Dari Mu
Kau Berdiri Teguh
Aku Serba Tiada
Aku Kekurangan
Dan Bila Kau Tiba
Aku Hilang Dari Kewujudan

chorus:
Sempurnanya Sifatmu
Tulusnya Hatimu
Jujurnya Niatmu
Tingginya Kesabaranmu


Lepaskanlah Diriku
Kerna Aku Tak Mampu
Tuk Menanggung
Sebuah Cinta Sempurna
Darimuu
Darimuuu...Oahh...

Bukan Aku Tak Pernah Mengerti Dirimu
Kusanjung Setiap Kata Cinta Kau Berikan Aku
Hilangkan Rasa Itu Akhirkan Semua
Dan Bila Kau Sedar Aku Hilang Dari Kewujudan.. Oooo

ulang chorus.-lirik lagu Cinta Sempurna - Yuna

TIDAK MAMPU
Cinta sempurna antara ratusan lagu yg mengangkat darjat cinta ketuhanan dan termasuk dalam senarai lagu kegemaran.


Usai kertas peperiksaan lalu,fizikal sy gagal menahan kuatnya terjahan serangan penyakit SLE. Sy hampir 'lumpuh' di rumah tanpa sebarang aktiviti kecuali berehat merawat fizikal,emosi dan sekeping daging bernama hati.

'Keseksaan' yg dilalui semester lepas hampir-hampir menumbang jatuh semangatuntuk berjuang agar terus hidup. Sukarnya menjadi seorang yg sempurna anggota tetapi terbaring saja di atas katil lantaran penyakit SLE menyerang tanpa belas kasihan kali ini.

Ada jutaan kebarangkaliaan kenapa ia flare tiba-tiba. Dan punca utama ialah gagal mengawasi kekuatan tubuh dan terlalu ketat berdiet kerana prednisolone yg sudah diambil selama 8 tahun sebanyak 5 mg setiap hari mula menunjukkan kesan pada berat badan.Aduh....

Sukar kerana turut perlu memastikan tiada gejala tulang rapuh dan exercise terbaik ialah berenang. Puncak Alam serba indah permai hanya ada satu kolam basah dan beberapa kolam kering. Berenang dalam mimpilah jawabnya.
pic: still raining by erene,devian art

Seperkara lagi,akibat terlalu menekan diri mengejar matlamat baru sampai terlupa untuk 'be gentle' atau mengasihani fizikal yg ternyata memberi signal mahu berehat. Juga sifat 'obses terhadap matlamat' dan 'mengajar kesempurnaan yg memang tiada' tiba2 bertapak kembali.

Aih... maafkan saya diri. Sy pasti akan menjaga 'kamu' dgn lebih baik lagi. InsyaAllah,InsyaAllah dan InsyaAllah...Ya Allah,mohon agar menemui sakinah dalam mengharungi perjuangan hidup ini. Ameen.
p/s: Buku terbaru kegemaran oleh Marcus Buckingham, Find Your Strongest Life. MESTI BACA!!

4 comments:

aisyah said...

Assalamualaikum hanum maisarah,

"Sebaik-baik saat dalam hidupmu,ialah ketika kamu
menyedari kekurangan diri dan kembali kepada kerendahan dirimu"

Dah lama tak singgah blog awk
Suka!
Tapi kadang2 lupa dan budget busy pula saya

Hanum..
sayang awk
rindu awk
Take care..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

anum..k.yong doakan anum cepat baik..ye...

anumz sarah said...

Waalaikum'salam Aisyah,

Wah... salam org perantauan di bumi Rusia,apa khabar ukhti??

Semoga sihat hendaknya. =) Sy pun jatuh rindu pd awak. Asyik teringat saja bakal doktor ini bila mahu pulang ke tanah air... hehe...

Semoga segalanya berjalan lancar dan grad dgn cemerlangnya..InsyaAllah...

p/s: take care too dear...

anumz sarah said...

Salam kak AYong,

Pertama-tamanys syukran atas doa Kak Yong. Anum semakin pulih sejak masuk bulan June...Alhamdulillah sangat2... Terima kasih kak Yong kerana sudi mendoakan anum ni,w/u kita sekdara berhubung dalam alam maya... Indahnya bersahabat dengan dasar takwa...syukran..