Saturday, April 3, 2010

Si kura-kura filem.

SYURGA CINTA,KCB,AYAT2 CINTA,NUR KASIH?

Sepanjang perjalanan pergi balik dari Puncak Alam ke Batu Pahat,untuk menghadiri majlis kahwin rakan kuliah Ika,kami asyik menonton filem sahaja.Bermula dgn Jin Notti,Lembing Awang Pulang ke Dayang, Pisau Cukur, Rendang Tok Wan, Adnan Semp-it,Syurga Cinta dan berakhir dgn Papadom.

Saya jelaskan di sini. Saya tidak suka menonton di panggung malah SANGAT JARANG menonton filem di bilik mahupun rumah. Bukan kaki filem!Dan perjalanan yg bermula 8.45 pagi dan pulang jam 11 malam itu dipenuhi 'movies' yg menjadi pilihan rakan-rakan dalam bas. Sy ikut saja majoriti.

Yang menariknya ini pertama kali saya menonton Syurga Cinta. Tak sangka best juga ceritanya. Malah saya suka pada penampilan Heliza sebagai cikgu Syuhadah yang bergaya dan sesuai dgn syariat Islam.

Tertawan betul pada fesyen tudung dan baju dalam cerita tersebut.Selalunya asyik membelek Majalah Nur utk mencari tudung dan fesyen busana Muslimah terbaru. Kata Mama: kalau dah perempuan tu, perempuan jugalah....mesti nak melawa!*uuu...malu ni....^_^...

Lakonan beliau juga bagus dan jalan ceritanya boleh tahan. Jalan cerita cliche?Ya. Namun memuaskan hati.=)

KCB 1 & KCB 2 YANG BEST!


Saya gembira kerana dlm sibuk sempat juga saya tonton movies KCB 1 dan KCB 2. ^^ Bagi yang memiliki buku KCB 1 dan KCB 2,ketahuilah filemnya juga berbaloi utk ditonton.(Penulisnya juga turut menunjukkan bakat lakonan,Pak Abib sebagai Ustaz Mujab.=))

Tidak seperti AAC dulu,dimana bukunya bagus malah tersusun rapi maksud cinta sebenar yg disampaikan,tetapi movienya gagal mengangkat kehebatan maksud cinta tulisan Kang Abib itu.

Filem yg gagal menyampaikan maksud naskhah yg bagus mematikan mood menonton. KCB 1 dan KCB 2 ternyata berbeza. Bagi saya, seorg yg biasa-biasa,bukan pengkritik filem negara malah kerdil pengetahuan seni apatah lagi baru bertatih-tatih menyelam ilmu agama, ia filem yang cukup hebat. Subhanallah...

LEMBAP

Dan rakan-rakan sudah maklum sy seorg yg slow dalam mengetahui filem/drama terbaru. Dan sy hanya akan tonton setelah semua org habis tonton dan sudah pun review beratus-ratus kali dgn bercerita atau komen di depan saya.

Aduh... memang sy ini lembap sikit dlm bidang ni....Mungkin sy patut alert sikit,memandangkan Nur Kasih drama yg mendapat liputan luas itu hanya dapat saya tonton satu episod sahaja. Hampeh!

p/s: Selamat Pengantin Baru Ika.=)

7 comments:

biskott said...

lembing awang pulang ke dayang mengecewakan. dahlah pakai bunga plastik.lepas tu plot cerita lain daripada yang orang pernah dengar. huhu.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam anumm...wah..bestnye jalan...anum nak tau k.yong ni adalah peminat filem...ekekeke.especialy filem melayu..tiga2 citer tu k.yong dh tgok dah..;P..huhuh nur kasih k.yong x pernah miss tu..huhuh dasyatkan..

anumz sarah said...

salam biskott,

Waktu citer LAPKD, anum terlelap sat... Sbnrnya anum x tau cerita sbnr LAPKD,yg ada dlm movie tu je yg anum tau... haha..nampak sgt tak tau lagenda/mitos negara sendiri.
Tapi...jujurnya boleh tahan juga... Tapi masih perlukan baaaanyak pembaikan.

p/s: cube citer sikit mitos LAPKD. Yg tau cuma cerita lembing Awang tembus 99 org ja...

anumz sarah said...

Salam ayong,

Agak pening jugak la kak layan sampai 7 movie dlm bas.Slalunya anum tido aja,kali ni lelap sekejap ada la. Pinar2 jugakla mata menonton dalam bas.

Tak pernah miss drama Nur Kasih? Wow! Hehe... xpe kak,w/u anum tgk satu siri je dh terasa best dah... Alangkah bestnye kalau dia jual DVD juga...boleh buat collection.=)

fareast said...

wah banyak movie yang best, kalau ada lagi share la ye.

anumz sarah said...

Salam akh fareast,

Alhamdulillah..tertunai juga permintaan akh ari tu utk anum senaraikan list movie. Hehe...list biasa2 nih...InsyaAllah ada rezeki anum tambah movie2 lain.

p/s: Slumdog millionaire-simply superb!

biskott said...

hmm yg org pernah dgr, yup lembing tu kena 99 orang. org pertama kena bachok, lepas itu dia cabut and try nak tikam awang dgn lembing tu, tapi kena tetamu lain, pastu dicabut mangsa kedua, dibaling terkena orang lain. sampai 99 orang. orang last yg kena: ayah dayang.pastu dayang yang ambik n simpan lembing tu dan rasanya dia tak kahwin sampai bila2. awang pulak larikan diri.

hmm ingatkan dapatla tengok mcm mana 99 orang tu kena bunuh dalam muvi, tapi kecewa. yg ada, cuma lawan2 dengan lanun je.

tapi, suka farid kamil dlm muvi ni. dia menghayati watak dia.

*rasa nak buat list movie jugaklah. haritu buat gak marathon hehe.