Seperti manusia yg lainnya saya diuji dgn beberapa dugaan yang maha mencabar kesabaran yg cuba dipertahankan. Kali ini ia melerai benteng daya ketahanan. Sungguh merasa tidak cukup kuat menghadap ujian bertimpa-timpa.
Akibatnya emosi sangat terganggu dan mampu memberi kesan pada tumpuan persediaan menghadapi peperiksaan. Ujian pengajian kali ini menyebabkan sy membuat keputusan drastik untuk pulang ke rumah dan mengasingkan diri sebentar.
Kadang-kadang jalan terbaik untuk menghadapi ujian ialah beruzlah atau mengasingkan diri. Syukur pd Allah kerana mengurniakan rakan-rakan dan ahli rumah yang memahami. Mereka menyokong saya malah turut memberikan kata-kata sokongan dan pujukan supaya bersabar.
Semoga Allah memberkati kalian, ladies of A2402 house. Kamu adalah rakan-rakan yg terbaik kurniaan Tuhan yg mewarnai kanvas hidup saya. Dan sangat tidak adil jika saya meminta lebih dari sepatutnya daripada yg sudah sedia ada.
Barangkali ini ujian yg memerlukan sy seorang diri menghadapinya. Dan barangkali ia juga sebagai latihan persediaan untuk menghadapi ujian kehidupan yg serba mencabar di kemudian hari.
OPTIMIS,REALIS- JANGAN BERPUTUS ASA DGN RAHMAT TUHAN
Melihat air separuh terisi memang mudah dengan kata-kata. Untuk mengaplikasinya dalam kehidupan itu yang memerlukan konsisten kekuatan iman.
Memujuk diri dengan menilai semula kesilapan,kelemahan dan mencari ruang perubahan. Itu strategi saya sekarang. Malah sy cuba mengaplikasi suatu yang saya pelajari daripada membaca buku The Secret dan menonton videonya.
Ia bertajuk; THE GRATITUDE ROCK
The gratitude rock mengisahkan seorg lelaki yg mengutip sebiji batu dan sentiasa membawanya ke mana sahaja di dalam poketnya. Beliau berazam setiap kali beliau menyentuh atau melihat batu itu beliau akan memikirkan apa sahaja perkara untuk disyukuri.
Jadi beliau memanggil batu tersebut sebagai the gratitude rock. Pada suati hari batu itu terjatuh di hadapan seorg kenalan beliau dari Afrika yang mempunyai anak yang sakit. Lalu kenalan tersebit mengaplikasikan The Gratitude Rock dan selepas 3 bulan anaknya kembali sihat dan beliau turut berkongsi pengalaman itu dgn org ramai di Afrika.
Saya terlupa untuk melihat gelas separuh terisi.Melihat sisi kehidupan dgn penuh makna kesyukuran. Ujian kali ini mengajar diri utk menghargai.Dalam keaadaan yg menduga sebenarnya wujudnya peluang dan hikmahnya tersendiri.
Subhanallah... Orang Islam itu dalam apa jua keadaan ia tetap terbaik. Sabar disertai usaha dan harapan itu lebih bermakna jika hanya sabar tetapi terus meratapi nasib diri.
REWRITING MY SCRIPT
Buku ialah penghibur kala sunyi,sedih dan gembira. Malah Al-Quran itu juga shifa-ubat utk kegelisahan,ketegangan dan kekecewaan.
Jika tiada tenang,tidak dapatlah otak berfikir untuk mencari penyelesaiannya. Itu prinsip baru saya. Diuji,menerima dan menumpukan perhatian pada jalan penyelesaian yang terbaik.
Masalah atau sy suka pada perkataan cabaran, tetap akan ada. Dan ia akan terus berada di situ tidak kiralah anda menangis,meratap,meraung mahupun minum utk melupakannya. Itu 'bunga-bunga kehidupan' bak shoutout seorg rakan kuliah di facebook dulu.
Terpulang kepada seseorg itu melihat cabaran hidupnya. Mahu terus menumpu pd masalah atau penyelesaiannya?
surah Al-Insyirah |
1. Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (Wahai Muhammad serta mengisinya Dengan iman dan hidayah petunjuk) ?
2. dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -
3. Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan Dalam melaksanakannya)?
4. dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?
5. oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,
6. (sekali lagi ditegaskan): Bahawa Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.
7. kemudian apabila Engkau telah selesai (daripada sesuatu amal Soleh), maka bersungguh-sungguhlah Engkau berusaha (mengerjakan amal soleh Yang lain),
8. dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah Engkau memohon (Apa Yang Engkau gemar dan ingini).
p/s: Doa ketabahan,kekuatan dan rahmat Tuhan buat adik safwan husaini, seorang blogger yang baru dikenali agar sabar,redha dan dilimpah hikmah dalam menghadap ketentuan Tuhan yg Maha Mengetahui.Amin....
2 comments:
salam anum..knp ya..kt seakan mgalami rasa yg sama..hmm minggu ni akk pun rasa pelbagai masalah yg berkunjung tibamemrlukan kekuatan hati yang kuat..lantas akk mngambil kesempatan untuk pergi bercuti..
Salam kak,
Semoga percutian akak menemukan ketenangna yg dicari dan penyelesain yg sesuai. Anum masih tercari2 tenang dan hanya doa sja yg mampu mengubat kesedihan....
Post a Comment