Friday, October 23, 2009

jeda dari sibuk

"Psssttt...anum...anum...meh sini jap."

Tumpuan menyiapkan past year terganggu.

"Awatnye?"




Entah mana muncul 3 botol bedak dari tangan housemate-housemate saya ni pun sy tak tau. Bila masa dibelinya pun sy lagilah tak tahu. Dlm keadaan tinggal seminggu lagi nak exam minda,hati dan seluruh jiwa sy hanya tertumpu pd persediaan peperiksaan dan ketenangan keseluruhan minda.


Tiba-tiba sy teringat. Tarikh kelahiran teman serumah kami hari ini!! hehe...

Selamat Hari Jadi Tira!!!

*lepas tu kami simbah dia dgn air,dan bedak 3 botol. Bayangkan le...




REHAT SEKEJAP

Badan sy penat namun minda sy masih mahu meneruskan pembacaan. Perenggan dan ayat menjadi kacau-bilau bila mata sudah terlalu berat. 2 minggu berturut-turut dgn 3 hari masa dihabiskan di makmal membedah katak,membuat tablet dan eksperimen pharmacognosy yg penuh bahan chemical.



Ditambah dengan lab report yg memerlukan pemahaman konsep dan explaination padat,tepat dan ada logiknya. Test juga datang bertimpa-timpa. 3 test baru saja selesai minggu lepas. Test Jepun yg terakhir ialah listening test yg membabitkan pemahaman dan hafalan 2 buku teks.




Sibuk kan bunyinya? Walhal sy hanya memegang tanggngjawab sbg hamba Allah,anak,pelajar dan diri sendiri. Bagaimana pula yg sudah bertambah peranannya sbg pekerja,isteri,ibu dan menantu?

Selepas peristiwa 'perang bedak' sy sambung selesaikan tugasan dan meneruskan ulangkaji Jepun. Ketegangan akibat stress tadi hilang sebentar. Kadang-kadang kita perlu belajar menyeimbangkan segala elemen dlm kehidupan.




Rehat sekejap... walau remeh ia memainkan peranan penting bagi memastikan kesegaran minda. Sebaik-baiknya solat. Kerana solat juga mampu mengurangkan stress. Jika tidak memadailah dgn aktiviti non-study yg tidak lagha.

Jeda dari sibuk... tampak remeh tapi perlu!

PULANG JUGA

Seharusnya sy mahu saja habiskan masa di kampus dan fakulti tercinta. Namun hati ini berat mahu berjumpa Mama. Kesunyian terasa brgkali... Sy dan adik sering di kampus. Berjuang demi mendpt segulung ijazah sarjana. Dan Along di Miri demi tugaan serta Angah yg masa kerjanya di Cyberjaya mengikut masa UK.

Hanya tinggal Mama dan Daddy di rumah. Sukar sy berkata 'tidak boleh balik sbb sibuk' pd Mama jika beliau menelifon.Rasa bersalah pun ada. Terkenang sy pd iklan yg menunjukkan anak yg tidak mahu menjenguk ibu di kampung... Ya Allah jauhkanlah sy dari menjadi seperti mereka...

PLAY HARD WORK HARDER IBADAH HARDEST


Untuk rakan-rakan kuliah Farmasi UITM Puncak Alam tahun ke-3, sy mahu ucapkan selamat maju jaya dan selamat menempuh final exam. InsyaAllah kita semua akan berjaya di dunia dan akhirat... Semoga kejayaan kita ada berkatnya. Amin...

p/s:Oden!! Bangun study!!hehe....

7 comments:

biskott said...

all the best anum untuk final exam nanti!

hmm sini pun semua orang dah mula membizi stadi.heheh

Ophe said...

selamat menjalani peperiksaan... mudah-mudahan cemerlang seperti diinginkan. aminn..

anumz sarah said...

Salam biskott~~,

Thank you biskott~~ selamat maju jaya juga.^^

anumz sarah said...

salam koishie,

syukran teman. Semoga kamu juga berjaya dunia akhirat. ^^
p/s: dunia di tangan,akhirat di hati.^^

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

anumz..nakal erk...gud luck for ur exam..doa bnyak2

anumz sarah said...

Kak ayong,

hehe...sekali sekale... kite main2 sekejap..hihi..^^ hilang tension skit.. pehtu sambung belajar balik. Berusaha!! ^^

thank you ayong...^^

aizamin said...

kucing tun pun nak studi gak ker anum..?hehe