Friday, October 9, 2009

Kenang-kenangan itu....

KENANGAN

" Eh,hanum!! Ya Allah...lama betul kita tak jumpa. Dah 5 tahun" Ujar Farida.


5 tahun...Saya ulang dlm hati.Tampak begitu lama...
Walhal sy rasa begitu sekejap sekali...

Farida yg saya kenal ketika tingkatan 5 semakin cantik dan matang orgnya. Sesi bersalam dan brtukar cerita bermula. Rakan-rakan sekolah menengah dan beberapa rakan sejak sekolah rendah memenuhi ruang tamu.

Semakin banyak muka yg saya kenal muncul dan berkongsi cerita. Ada yg kelakar dan tidak kurang juga info terbaru. Ada yg sudah bertunng,bakal membuka kafe, juga bakal mengedar kad kahwin!

"Hanum... you haven't change a bit." Komen Eric.

"Really? I guess I have a permanent charm..hehe.." balas saya pula.

Berubah.....



Ya,ia satu perkataan yg sgt powerful. Berubah juga sama dgn berhijrah. Cuma arah tujunya berlainan. Sama ada arah kebaikan atau jauh dalam gaung kesesatan. Dan malam ini beberapa rakan lama menjadi bukti kuasa perubahan.

Dan saya?

Sesungguhnya sy mengharapkan perubahan yg semakin baik dan menuju ke arah keseimbangan dunia dan akhirat. Semoga rakan-rakan juga begitu... Usahlah terlalu 'jauh'....

USAHLAH PERGI TERLALU JAUH....

'Ish...apa kena kancil sebelah saya ni... Org nak reverse kereta dia pergi rapat-rapat plak...'

Gubra saya dibuatnya. Mamat di dlm kereta kancil itu tersengih-sengih memandang saya. Namun sy masih meneruskan pemanduan selesai reverse dari parking space.

'Eh??!!! Apahal kereta kancil ni?'

Kereta kancil tadi mengejar kereta saya rupanya! Takut saya. Apakah sy terlanggar kereta dia atau mamat ni mamat rempit??



HOn! HOn!
Dia membuka tingkap. La..... Ilyas.... Sahabat saya dari kecil lagi....

" Ilyas... sy ingat siapa la tadi... takut jugak. Igt sy tercalar kereta org ke... Salah parking ke...rupanya kau Ilyas... "

Kami berada di kedai mamak seksyen 9. Usai pertemuan 'mengcuakkan' tadi saya dan Ilyas memilih utk minum bersama dan berkongsi cerita. Maklum member lama....


"Ingat tak kita buat majlis khatam quran sama-sama?"


Kami tergelak lagi. Kerana dlm majlis itu kami dirai bagai pasangan qari dan qariah. Siap bergambar sakan dan ada sesi persembahkan bacaan atas pentas.


"Kita innocent kan saat itu?" ujar beliau.

Saya senyap. Melihat2 wajah matang rakan saya. Ilyas yg saya kenal mmg innocent. Dibesarkan dlm keluarga semua adik-beradik lelaki, Ilyas yg sulung mempunyai cerita beliau tersendiri.

Dia sudah berubah....Berubah menjadi lelaki yg hampir sy tidak kenal. Cerita mengenai teman wanita beliau. Cerita ttg kisah menyelamatkan teman wanitanya. Kisah laughing gas. Kisah kelab malam dan dadah... Kisah di restoran hotel Concorde...

Siapa sy utk menilai segala yg beliau buat? Adakah sy sgt sempurna tidak tercela lalu mahu memberi penilaian atas segala perbuatan beliau?

Kerana kisah kita lain-lain. Andai saya berada dlm situasi kamu brgkali saya akan menjadi lebih teruk dari kamu...

"Usahlah pergi jauh sgt Ilyas.... Sukar utk kembali ke pangkal jalan nanti..."

Hanya itu yg mampu sy katakan. Doa sy pd Allah ialah semoga satu hari nanti akan terbuka pintu hatinya dan beliau dpt kehidupan yg lebih baik dan berkat. Satu pertemuan... yg benar2 memberi pengajaran...

SEPANJANG SYAWAL

Selesai beraya di rumah Ika, saya dan Farida bertukar nombor telefon. Juga beberapa rakan lain lagi. Saya ucapkan terima kasih pd Yanie kerana sudi mengajak dan menumpangkan sy pd malam itu.

Saya sbrnya penat amat. Sepanjang pagi sampailah Maghrib sy membantu mama melayan tetamu. Namun ada hikmah rupanya malam ini.

Sepanjang bulan syawal rumah akan dipenuhi saudara mara sebelah Daddy kerana di belah Daddy kami sudah tidak punya datuk atau nenek lagi. Daddylah yg paling sulung dan merupakan org paling tua dalam keluarga beliau.


Maka setiap raya,rumah pasti dipenuhi kunjungan saudara mara. Sungguhpun tahun ini raya pertama di kampung Mama,Pahang tetapi usai seminggu di sana, saudara mara Daddy tetap datang.


Adat menziarah utk mengeratkan hubungan keluarga. Menjernih apa yg keruh. Mengikat apa yg putus. Kerana Daddy seorg yg pentingkan keluarga,maka di hari tuanya kasih sayang dan ikatan kekeluargaan segar dan semakin bertambah.

Daddy yg mengamalkan konsep tiada manusia sempurna. Juga sikap tolak ansur dan hormat-menghormati yg paling sy kagumi.

" Wealth is never a luxury.True wealth doesn't have a price tag. It can only be bought by a good intention in our heart. "

Itu prinsip Daddy. Kerana selama 30 tahun dlm bank, Daddy tidak pernah ajar kemewahan.

Dan sesungguhnya baru kini saya sedar betapa benarnya prinsip daddy. Kasih sayang yg ikhlas tiada tanda harga.... Ia bernilai lebih dari wang yang berkepuk-kepuk!

No comments: