Tuesday, September 22, 2009

Rahsia Hati

TERIMA KASIH AMALINA

Allah menemukan kita 2 insan yang jauh namun punya pengalaman yg hampir sama. Alhamdulillah... Kamu insan baik yg sudi membaca,sudi berkawan dgn saya dan sudi memahami jiwa.



Tetapi saya ini kdg2 terlalu keras hati. Sukar cair kerana dugaan hidup yg kadang2 melenyapkan semua rasa cinta saya.Terlalu praktikal dan hampir menidakkan betapa Dia itu pengatur dan Maha memberi kasih sayang.


Maafkan saya kerana terlalu rigid dan praktikal.Sy takut mengharap. Kerana sy kenal dan tahu kecewa teramat sgt itu bagaimana. Brgkali cinta sy mmg hanya pada cita-cita. Tetapi cita-cita juga pernah mengecewakan. Lalu sy belajar betapa peritnya terluka walhal cita-cita tidak berkata apa2 pun malah ia hanya sebuah pengharapan tinggi pd diri sendiri lalu dikecewakan oleh diri sendiri dan dugaan sakit ini.

Jadi maafkan sy teman yg bernama Amalina. Kamu seorg yg benar-benr baik hati sudi membaca malah mengirim emel beberapa kali. Jasa kamu,pendapat kamu,saya semat dalam-dalam pada hati. Kerana sejujurnya setelah kecewa,saya belajar bercinta dengan sepenuh hati.


Saya mencintai Pemilik cita-cita. Dia yg mencipta saya,kamu dan 'dia'. Terima kasih. Terima kasih Amalina.


MENYEDARKAN

" Nanti mana tahu...Anum pula yg bagi kad pada akak."


Ujar kak Izzati pd saya,setelah selesai menguji keanjalan kulit. Makmal Mr Tommy berjeda. Sy membuka semula lipatan lengan baju dan membetul duduk. Kak Izzati senyum sambil membetulkan mesin khas mengukur keanjalan kulit utk eksperimen Mr. Tommy. Kuku jarinya manis berhias inai. Beliau baru selesai majlis akad seminggu lepas. Masih berona merah pipi sambil mengusik diri yg masih mentah ini. Seri pengantin baru...


"Erm... kak... anum pergi dulu ye..anum ada keje skit.." Sy mengelak. Segera,jika tidak makin menjadi-jadi usikan si pengantin baru dan pembantu makmal lain.


"Eh? ke mana budak ni... org usik dia... dia lari pulak...hehe..." Saya senyum sekadar saja. Mengangkat beg dan berlalu.

Sejujurnya entah apa reaksi sebetulnya sy tidak tahu. Hendak menyatakan pendapat,apa pendapat yg sesuai dlm situasi spt itu?Hidup sy complicated. Penuh dugaan dan kdg2 sy sendiri tak terjangkakan.

Rutin hospital,kadang2 masuk wad kecemasan,sebulan atau 3 bulan di hospital,sering fatigue,migraine dan muntah2. Adakah ini yg bakal sy ceritakan pd bakal mentua? Entahlah... dlm bulan puasa ini saja sy sudah 2 kali migraine dan hampir saja pengsan. Dan itu hanya beberapa babak dalam siri 'bad days' saya. Episod trauma dan kecemasan yg panjang. Sy sendiri tidak tahu penghujung cerita.






Dan selalunya Dia saja yg ada dlm setiap babak trauma.Dia yg memberi sakit dan memberi kesihatan. Dia yg sentiasa ada dlm hembusan nafas panjang dan pendek. Noktah.

MASIH

'anum dah ok?'

Mesej telefon bimbit dari seorg rakan kuliah masuk. Saya baru sja hilang migraine setelah menelan panadol 2 biji dan masih menguatkan diri utk memandu kereta dari Puncak Alam ke Shah Alam.

Rasa nak tumbang tengah jalan pun ada. Tapi mengenangkan tanggungjawab iaitu sampai dgn selamat dan janji menghantar kawan2 ke stesen keretapi sy tidak jadi sakit. Kuasa minda mmg kuat malah mampu membantu dlm mana2 situasi yg menduga.

'Alhamdulillah. Dah ok sikit... Perkara biasa... one of my bad days...Terima kasih ya Naoh. I appreciate it.'

Message sent.
Rakan2 yg baik dan mengambil berat. Terima kasih. Maafkanlah sya andai kdg2 sy gagal menjadi rakan yg baik pd kamu. Maafkanlah sy atas kekurangan yg ada. Sy sesungguhnya sgt jauh dari kesempurnaan. Dan sy bersyukur pada Tuhan kerana menemukan sy dgn kamu. Yg menerima saya yg penuh kekurangan. Terima kasih,teman.

2 comments:

Ophe said...

Tuhan lebih tahu apa yang terbaik untuk kita... justeru, usah gusar dengan ketentuannya dan takdirnya.

anum said...

*........

p/s:Terima kasih.