Friday, September 4, 2009

pencari-pencari jalan kebahagiaan

DEUSTCH

"Anum,group presentation kau cik nadia suruh budak baru tu masuk. Yang omputih tu."
Saya terpempan. Mamat omputih mana??Apasal pulak group saya ni? Bukan patut dgn budak-budak lelakinye group la senang. Apahal masuk group semua perempuan??
Saya tinjau kerusi belakang dewan kuliah.Lalu ternampaklah kelibat yang memang bukan baka orang Malaysia. Tinggi,putih dan muka blur.Aisehman.... presentation ni bukan boleh main-main. Sudahlah sy nampak dia ini blur2 saja bermaksud banyak perkara la yg saya kena explain.
'Adeh...macamana le aku nak speaking ni? Kasik dia faham apa yang kiteorg buat nak buat ni.Keje pulak banyak...'
Maka dengan menebalkan muka tahap tembok besar China,saya approached juga mamat ni dgn niat nak menyelesaikan tugasan dengan baik.
"Err..excuse me,but I was told by the class representative that you are supposed to do presentation with us."
"Oh.. oh ya. how can I help ya?"
"Well,we had our main topic already, it's just we need to make some group discussion and divide the workload" (ececeh...tulis kat sini memanglah lancar,time cakap....hampeh! tapi saya bantai jugak. Janji dia faham dan siapkan kerja.)
"Oh ya by the way, I'm Sarah. And you are?"
" Valentin. From German."
"Ooh... ok. pronounced Valentin right? Not valentine?"(ketika ini kagum krn jauh betul dia ni datang and a bit blush sbb saya gagap ketika cakap bahasa Inggeris.) Kemudian beberapa siri dialog bahasa Inggeris yang pelik dan Auf Widersehen Valentin.
Kira saya hanya nak make sure mamat ni siap kerja dan x menyebabkan presentation group saya hampeh.Cukup baguslah tu saya dah approached dan did my part.
ALKISAH
Minggu sebelum presentation barulah sy contact semula V.(sy pendekkan sendiri nama Valentin pd V sbb susah nk type mesej dan susah nak panggil nama penuh.) Memberi tugasan pd beliau selesai kuliah.

Tidak sy nafikan group kami masih belum dpt diskusi sepenuhnya dengan V utk presentation ini. Malah jumpa pun sekadar hi dan bye. Masing2 pun ada kehidupan masing2.

Namun terjadilah peristiwa yg menyebabkan kami berkumpul secara informal (dgn izin Allah) apabila kami bercadang mahu berbuka puasa di Flaming Steamboat berdekatan Sunway Pyramid. Sy ikut saja plan housemate memandang sy pun sudah lama tak keluar berjalan2.




Janjinya 2 org german tetapi jadi 4 german! Ah sudah!? Mujur Daddy dan Mama beri kebenaran utk tolong hantarkan mereka ke Sunway. Jika tidak tak tahulah macamana sy nak muatkan 6 org dlm kereta kecik saya ni.

Alhamdulillah walaupun mcm2 kekeliruan dan perkara yg memeningkan(biasala kalau dh keluar ramai2 tu.Sometimes ignorance is a bliss...) kami capai juga tujuan berbuka puasa dan berkongsi pengalaman dgn rakan baru german kami.

DIALOG



Usai sesi makan mereka semua pulang memandangkan perjalanan ke puncak alam memenatkan dan sgt bahaya jika gelap. Dan sy juga mahu beransur pulang ke Shah Alam.

"Sarah,could we use your phone? Mine, the battery is dead."

Sementara menunggu V menyelesaikan panggilan telefon sy berbual-bual dgn Timo. Beliau menceritakan ttg perjalanan mereka dari Bangkok,Laos kemudian ke Malaysia. Sy sempat juga berbual dgn Manuel atau Tim. Teman mereka yg paling muda. Manakala Mo pula yg patah tangan menyertai kami setelah Timo dan Manuel pergi merokok di premis luar.


Sesuatu yg perasan mengenai mereka ialah mereka sgt individual malah boleh dikatakan berbudaya Jepun sedikit. Iaitu I don't care much what you're doing as long it had nothing to do with me. Tetapi manners mereka sgt baik malah observation sy yg pendek ini menunjukkan mereka ada subtility,sense of proper and formality. Rigidity dan sedikit protocol membuatkan keadaan sedikit canggung tetapi menimbulkan sense or respect.
Ada juga beberapa dialog yang menyentuh agama,budaya dan kefahaman terhadap kehidupan. Sy sendiri sbnrnya sgt bimbang jika kata-kata sy tidak tepat atau maksud tidak sampai terutama dialog agama.


Komunikasi ialah satu asas kehidupan yg jrg diberi perhatian. Tetapi kuasa komunikasi secara verbal dan non verbal mempunyai kekuatan tersendiri.Sy menyedarinya saat2 dikomen oleh Manuel ttg puasa dan keadaan di Malaysia.

Saya pulang setelah V selesai memanggil teman beliau. Mereka mahu meneruskan explore ke KLCC dan Bintang Walk. Well,mengikut pengamatan saya it means hanging at the bar and booze.

Friday nights...

JIWA-JIWA

Saya menyedari dan belajar bnyk perkara dengan sesi-sesi dialog kami. Subhanallah ciptaan Allah. Manusia yg berbagai dan fitrah manusia tetap satu. Mencari ketenangan jiwa terutama berkaitan konsep Ketuhanan.

Terlalu bnyk yg saya pelajari dgn sesi observation,dialog dan diskusi. Sy bersyukur dgn pengenalan dan takdir Allah yg Maha Berkuasa. Dia menyedarkan sy dgn pelbagai cara.
InsyaAllah akan sy nukilkan. Tetapi buat masa ini biarlah sy fahami dulu hikmah di sebalik pengenalan ini. Allah mahu sy belajar sesuatu kerana usai perbincangan malam itu,sy dapati betapa tepatnya dan maha hebatnya ketetapan Allah. Betapa nikmatnya dilahirkan dalam Islam dan menjadi Muslim sejati.

Kerana walaupun mereka memiliki teknologi,kehidupan serba canggih,jiwa mereka tetap kosong. Lalu mereka menjadi pencari-pencari kebahagiaan yg lost malah lebih tersesat jauh. Menjadikan arak sbg pelepas stress atau mengisi ruang kosong dan tiada rasa kebahagiaan abadi. Teringat sy pada papan tanda ' HAPPY HOUR' yg mengisi ruang bar-bar di bahagian depan main entrance Sunway Pyramid.

Ironi sungguh. Happy hour dunia tetapi neraka di akhirat. Happy hour yg menjahanamkan. Tetapi kenapa mereka tidak mahu melihat?

12 comments:

Simon Malik said...

simon malik likes this entry ^^

nadzwareina said...

oh, ptutla haritu nmpak akak serius bincang ngn valentin ni kat dk... hehe..

akak bertuah diberi peluang utk berkenalan ngn memahami budaya diorg, stakat ni org blum dpt peluang tu lg. xpela, myb satu hari nnt..

gudluck utk presentation grup akak ye~ =)

anumz sarah said...

Salam simon,

Thank u.^^

anumz sarah said...

salam wawa,

InsyaAllah wawa akan ada peluang itu. Pastikan bila peluang tiba,grab the opportunity and do your best. Kak Num doakan kejayaan semua rakan kuliah dunia dan akhirat. InsyaAllah...

Unknown said...

bertuah anum dpt berkenalan dgn dorang. has yg kat uia ni pun jarang dpt nak bbual dgn foreigner. majoriti suka bgaul dgn cluster dorang je.
emm, orang german mmg agak civilized, negara dorng pun maju dan urban. tapi sebab kemajuan + urbanization ni la yang buat dorang jadi individualistic.
"to get something, we have to sacrifice something."

Ophe said...

teringat tulisan andrea hirata dalam buku edensor...

anumz sarah said...

Saam Has,

Syukran atas komen dan selamat meningkatkan ibadah puasa. Alhamdulillah,x sangka pula ada rezeki dan hikmah. Mula2 tu rasa risau pula sbb kita ni pun bukannya sehebat mereka dlm technology dan ilmu kifayah ni.

Bnyk juga yg anum belajar. InsyaAllah x lama lg anum akan nukilkan dialog inter religion pula. Terima kasih has atas pendapat bernas.^^

anumz sarah said...

Salam jari merah,

Agak lama x memanggil kamu begitu. Selamat meningkatkan ibdah Ramadhan koishie. Andrea Hirata? Penulis Indonesia yg terkenal itu? Terima kasih ata pendpatnya.

p/s: Satu ulasan yg mencetuskan rasa ingin tahu. Aku mesti mencari buku itu...hehe...

Ophe said...

hahaha.. jari merah.. :)

empat buku tulisannya yang indah. yang tajuk endensor itu, turut berkongsi apa yg kamu kongsikan dalam entri ini.. comel. :)

Anonymous said...

nicely done.

booze & beer are kinda like genetically diperturunkan dalam kehidupan mat sallehs, rite?

i still hairan tengok orang islam yang go for the "happy hour" too eventho they know it's haram.

anumz sarah said...

Salam anonymous,

It is true that booze and beer had always been in mat salleh's life.

Malah ada kajian saintifik yg menyatakan bahawa terdapat gene alcohol dlm DNA. Kemungkinan benarnya mungkin 50%-50%.

Dan utk menuding salah kpd mana2 pihak kenapa org Islam still go for booze eventhough mereka tahu haram is unfair.

Kerana sy percaya pd konsep taubat. sesungguhnya tiada manusia yg sempurna. Namun sebaik2nya ambil langkah pencegahan better than merawat.

Sebaik-baiknya Islam itu bukan atas nama saja tetapi diamalkan agar membentuk Muslim sejati.

p/s: syukran atas pendapatnya.^^

Anonymous said...

salam anumz sarah,

I also believe in konsep taubat. Yes, InsyaAllah we all will find our way back.

Some of my not-so-close friends are those who drink all the time. And it's a pity cuz they're really nice people.