Saturday, August 29, 2009

Rutin-rutin Ramadhan.

BERBEZA

Berpuasa di Puncak banyak bezanya. Saya kembali terjun ke rutin lama sekolah berasrama penuh dan matriks dahulu.It's odd. Bulan puasa kali ini tahap keterujaan tidak seperti sewaktu kecil dahulu.

Saya lebih sibuk menguruskan harian malah boleh dikatakan jadual semakin padat. Pengajian yang semakin intense. Termasuk rutin-rutin ibadah di bulan Ramadhan yang sayang jika tidak ditunaikan.Hendak membuka buku bukan teks pun saya risau memandangkan test datang bertubi-tubi.

Persiapan raya memang tahap sempoi kerana dalam keadaan saya sekarang ini hanya top priority saja di kepala. Menstabilkan pengajian dan kesihatan paling utamanya.


SEBELUM MATI

Terima kasih di atas kesudiaan para pembaca blog yang singgah membaca. Memberi kata-kata semangat malah ada yg sudi meninggalkan komen.

Saya penulis blog kerdil terharu. Malah memohon maaf andai frekuensi mengupdate entry blog berkurang kerana kesibukan-kesibukan tadi.Namun saya bersyukur atas kesibukan ini. Masa dihabiskan dgn perkara bermanfaat. Bukan disia-siakan.

Masa lapang sebelum sempit.Hidup sebelum mati. Ia suatu pegangan yang menyedarkan. Kadang-kadang saya lupa. Maka adanya pegangan mengingatkan membuatkan diri kembali ke tujuan sebenar.

Kenang-kenang semula apalah hidup ini tanpa urusan dan kesibukan? Kerana ketika mati nanti bakal dipersoal apa yang dilakukan dengan anugerah masa oleh Pencipta? Tidurkah saya,bermainkah saya,solatkan saya semuanya bakal dipersoalkan.

Semoga saya berjaya menemui keseimbangan dalam kehidupan. Melakukan segala perkara dengan bersungguh-sungguh sebelum mata tertutup rapat.Ketika itu,pastinya sudah terlambat.

RAMADHAN INI

Dipenuhi perancangan oleh fakulti malah presentation biotech pula. Sepanjang hari sama ada di fakulti atau di bilik. menyelesaikan tugasan,menghabiskan bacaan,menyiapkan slide presentation dan assignment serta persediaan test-test.



Malam menghamba diri pada Dia. Jika penat tidak keterlaluan InsyaAllah selesai rutin ibadahnya. Dan cuba sempatkan juga taawudz Kalamullah walau sekadar 2 muka. Istiqamah pokoknya.


Mohon benar agar Dia beri kekuatan dan kesihatan yang baik sepanjang bulan mulia. Lagipun malas mahu ganti banyak hari. Lain suasana dan rasa jika berpuasa di bulan Ramadhan dengan bulan lainnya. Lebih syahdu brgkali atau memang kelainan bulan mulia ini ternyata berbeza dgn bulan lainnya. Entahlah sy bukanlah pakar.


Ramadhan kali ini penuh ujian-ujian. Sama ada yang memerlukan catatan kertas atau catatan Raqib dan A'tid.

Juga peristiwa di sekeliling. Negera yang bergolak. Hukuman rotan dilambatkan. Sambutan kemerdekaan. H1N1. Semuanya mengundang rasa tidak tenang.



SEPANJANG TAHUN ADALAH RACUN DAN RAMADHAN ITU PENAWARNYA.



p/s: Tahniah teledrama Cinta Sempurna. Juga Happy 52nd Merdeka Malaysia. Semoga Allah memberikan keamanan kpd negaraku. amin...



2 comments:

fareast said...

Selamat menyambut Ramadhan

anumz sarah said...

Selamat menyambut Ramadhan juga. ^^