Monday, August 10, 2009

TRAUMA & KECEMASAN

DEMAM
Batuk,flu dan demam.


Mulanya menelan saja antibiotik dan bena expectorant dari pusat kesihatan. Tetapi demam x kebah. Tengah malam saya terbangun dgn badan yang suhu tinggi menggila walau sudah menelan ubat mengikut masa.

Akhirnya saya mengalah dan telefon mama di tengah malam dari Puncak Alam agar mengambil saya keesokkan harinya. Pelan utk menghabiskan hujung minggu di kampus tidak menjadi. Sabtu pagi saya pulang dengan kepala yg berat,suhu badan yg makin meningkat dan batuk-batuk.


" Sarah nak jumpa doktor Noraini ke nak pergi hospital PPUM?" Tanya mama.

Di rumah walaupun sudah mengambil ubat dan berehat di katil bilik mama,demam masih x kebah. Saat-saat begini adalah ujian paling berat buat pesakit SLE macam saya.

Demam biasa bagi orang lain ialah demam yang luarbiasa bagi saya.Badan bagai bengkak-bengkak dengan suhu yang mencecah 39 darjah celcius. Demam panas bukan boleh dibuat main. Yang paling saya takuti jika flare SLE terjadi dan akibatnya ialah muntah,demam yang sukar kebah dan mudahnya terjadi jangkitan flu H1N1.

"PPUM ma." Balas saya yang sedang menahan sakit kepala dan menggigil badan. Sakit. Sangat sakit.

EMERGENCY

Bertolak ke emergency wad buat kali ke-3 dalam sejarah medical saya. Saya sudah mengalami peristiwa ini entah ke berapa kali. Sudah lali.
Namun,kali ini lain pula keadaanya. selalunya wad emergency atau wad trauma dan kecemasan akan dipenuhi kes kemalangan, heart attack atau sewaktu dengannya. Itupun tak ramai. Tetapi kali ini akibat wabak H1N1 , ramai orang dibuatnya.



"Kak,kalau akak nak buat rawatan kita terima kak. Tapi jangan marahlah ya kak. Pendaftaran saja kena tunggu 2 jam." jelas nurse yang bertopeng kemas siap memakai apron plastik memberitahu Mama. Saya menahan loya dan demam yang masih menular. Menunggu pendaftaran 2 jam ditambah 2 jam lagi utk berjumpa doktor.
Bayangkan 4 jam dengan suhu 39.1 darjah celcius,kepala berat dan batuk-batuk. Saya tidak tahu kekuatan apa yang menemani saya utk bertahan selama itu. Mama dan daddy memakaikan topeng,mengurut badan saya dan memastikan saya mengambil sedikit makanan walau loya amat rasanya.


Sungguh,kdg2 saya persoalkan diri berapa lama lagi sanggup saya tahan sakit begini? Jika pesakit kanser yg mengalami chemotherapy itu boleh bertahan kesan chemo sepatutnya saya pasti boleh kuat bertahan. Ya,kadang2 menceritakan itu kelihatan mudah dan merasai kesakitan itu,hanya yang menanggungnya saja tahu.


PENUH




Jam 7 malam hingga 3 pagi. Yup,itu masa yang mama,daddy dan saya spend di hospital. Batuk kedengaran sana-sini. Ramai org bertopeng demi mengelak H1N1. (well,although a pretty late effort,at least...)

Di tepi2 ruang menunggu ada yg sudah duduk mencangkung dan jgn terkejut jika ada yg bentang kain tidur di lantai.

Hospital ialah sebahagian hidup saya, universiti kehidupan saya dan saluran menyedarkan saya. Namun jika diteliti ilmu yg diperoleh masih cetek. Kecil berbanding yg sudah bekerja di hospital yang mencecah 30 tahun.

Selalu sy pujuk hati, memberitahu diri Allah mahu saya ingatkan Dia sentiasa. Sakit itu adanya kaffarah dan hikmah. Allah really give us what we need not what we want. Pernah cousin sy beritahu;

"Jangan sampai Allah tidak mahu dengar suara dan doa kita. Lalu Dia makbulkan apa saja dan rezeki itu tiada hikmah. Istidraj jadinya.."

HAMPIR

"Kita cek darah,urine dan x ray sekali." Jelas doktor itu setelah giliran saya tiba.
"Ha? X ray lama doktor. Tak sanggup rasanya tunggu.." balas saya lemah. Jujur sy katakan sy x sanggup menahan kesan demam panas. Ia menelan energi dan membuat kita rasa lemah dan boleh jatuh bila2 masa.

"saya bimbang SLE awak flare. Tambah2 skrg H1N1. awak vulnerable. Sekejap ja. Lagipun alang2 dah sampai sini. cek sekali k?"

Saya angguk. Dan melangkah longlai keluar dgn borang x ray. Sampai di tempat xray,saya terjelepuk jatuh di lantai. Gelap.


Sungguh tak larat. Kesian mama mencari kerusi roda dan usai xray saya menelan panadol demi mengurangkan suhu. Air milo panas saya teguk perlahan-lahan. Selawat shifaa' menemani urutan mama. Urat-urat tangan tua dia rasa menenangkan dalam saat-saat menduga kekuatan iman dan kesihatan saya.


Dan kerana keadaan kesihatan saya yg sekejap ok sekejap tak ok ini sukar membuatkan org faham. Malah pernah sy suarakan pd Along ketidakadilan layanan rakan sekuliah pd saya. Mereka hanya nampak ketika saya sihat bukan sakit. Lalu keluarlah komen yg sgt menusuk hati kadang2 menimbulkan juga api amarah saya.

" Forget them. They are not the one who give birth to you or care for you when you are sick. Mum and Dad are. We care for you. Lantak diorang la apa dia nak kata. The most important thing is YOU. Your health and study come first. Tiada siapa yang akan kasihan kita kecuali kita sendiri."


Kata-kata Along saya pegang kuat-kuat dalam hati. Memang benar. Kawan ketawa ramai,kawan menangis?

CHALLENGING

Suda 2 hari demam kebah namun sy masih wheezing. Diphenyhydramine menggantikan bena. Mujur kali ini bukan demam ketika final seperti semester 3 dulu.

Malah sejak saya tebalkan muka tidak dtg aktiviti fakulti atau pekakkan telinga ketika lancar saja kata-kata 'manis' sekuliah hati sy tenang. Cuma kdg2 saya kesal bila sy tidak dpt tahan diri jika berang tiba-tiba.
Saya perempuan berpendapat dan dididik untuk memberi pendapat. Ego lelaki memang sy tak nafikan malah ada 2 lelaki yang paling saya hormat iaitu abang dan ayah saya. Selain daripada itu,hukum hormat saya jatuh pada hormatnya saya kepada kawan. Lelaki atau perempuan. Sama.

Dulu sy pernah menonton sebuah filem. Pelakonnya berkata; 'Kill or be kill." Well,I just want to live.

p/s: Istigfar dan selawat ialah ubat terbaik mereda kemarahan. Semoga saya masih mampu bertahan dalam keadaan kesihatan menduga sgt ini. amin...

12 comments:

rosmawar said...

salam pkenalan..sarah,akak juga pesakit sle..i know how u feel..kluar msk wad perkara biasa..cekal hati,tabahkan diri..take care..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

anum..kt kn kuat smgt melawan penyakitni..jgn cepat mengalah..mmgla..ckp mcm senang kan..tp kt yg mghadapinya..teruja ayong dgr crita anum..kuat ye anum..ayong skrg pn x brapa sht..angin dlm bdn.myebabkan semput dan hypo..kurg glucos...harap dpt sht secepat mgkin..nak puasa..

aZilsah said...

tabahkan diri ok? has tharu baca entry ni, banyak dugaan orang lain mcm anum ni bole buat pengajaran. btw, xpayah la kesah apa org nak kata. atleast anum ada family yg sllu tlng anum.
:)

biskott said...

anum, be strong always.

biarlah orang nak kata apa..diorang tak tahu dan tak rasa apa yang anum rasa..

take care ya.

{ uMy } said...

go go anum!
hwaiting~

NOLLYMOLLY said...

Hi anum,

Yes, we are very vulnerable to disease like h1n1. Noly ada kawan yg +ve h1n1 sbb dia ada asthma, 2 minggu dalam isolation ward. Time2 mcm ni better jgn keluar rumah or pergi tpt yg ramai orang. Just rilex kat rumah je ok?

Noly kalau keluar pun, kalau ada orang batuk or selsema and tak pakai mask rasa macam nak bg penampar je. Tak respect orang lain langsung.

There are things that we have to sacrifice when we have SLE. Don't take it as a burden, take it as a challenge ok?

anumz sarah said...

Salam semua rakan-rakan bloggers,

Terima kasih atas sokongan dan kata-kata yang menyenangkan hati. Anum bersyukur dipertemukan dgn org yang baik-baik2 macam rakan-rakan bloggers.

Mohon maaf atas entry yg sedikit sarat.Alhamdulillah saya sudah sihat sekarang. Cuma batuk-batuk saja. Terima kasih ats sudi berkunjung,membaca dan memberi pendapat di blog srba kerdil saya. Mohon minta maaf sekali lagi jika ada pincangnya tulisan atau tersilap mana-mana.

Doa-doa kesejahteraan beserta balasan yang baik Anum pohon utk kalian semua. Semoga Allah membalas jasa dan ingatan kalian.

Sekali lagi,terima kasih.

Koishie said...

Lama aku tidak singgah membaca entry kamu di sini. Hari ini aku membaca yang sarat2 dari kamu. Terkejut. Yang mampu aku kirimkan, doa ikhlas buat kamu. Yang datangnya dari hati yang ikhlas juga. Aminn..

Faridrashidi.Com said...

Moga anda terus tabah dengan ujian melanda. Saya pula jadi bimbang nak pulang ke Malaysia. Haishh..

anumz sarah said...

Salam koishie,terima kasih atas doamu. Alhamdulillah semakin ok kini. harap2nya terus sihat saja.

p/s: Doa kesejeahteraan dan perlindungan utk kamu juga. amin...

anumz sarah said...

salam ustaz farid,

Kini H1N1 dikatakan sudah tahap tenat. Yang duduk di malaysia tak gerak ke mana-mana ni pun semakin tinggi jangkitan dan angka kematian. Doa semoga dijauhkan dan selamat. Anum pun semakin takut nak keluar rumah skrg ni...

aizamin said...

anum...do not bother what others might or have said about you..they are not YOU and they dont know you..whats important are what those people close to your heart knows and tells you about you..