Thursday, January 8, 2009

Realiti sebuah agama dan bangsa

Anda memandu kereta?

Ya,saya juga pemandu seperti anda. Pasti anda serba maklum dgn undang-undang jalan raya. Anda pasti tidak suka disaman atau dikatakan pemandu tidak berhemah.

Tetapi.... kenapa ada kemalangan jalan raya?

'Walaupun kita tidak langgar orang tidak semestinya orang tidak langgar kita'

Pernah dengar ayat ini? Inilah realiti kehidupan.


Tidak selesa
Sejujurnya sy tidak selesa utk berkisar ttg hal2 hampir politik tetapi pagi ini sy dikejutkan dgn sebuah gambar dari Genting Gaza.




Gambar seorang perempuan Palestin sedang memarahi askar Israel. Dia begitu marah sekali. Sudah tidak peduli dgn sekeliling terus saja menghambur rasa marah kpd askar-askar Israel.

Berdiri memegang bendera Palestin di tengah-tengah suasana perang.



Tetapi dengan apa dia melawan?
Sudahlah Hamas dan Hizbullah bergolak. Palestin sendiri tidak punya kekuatan untuk memberi kekuatan pd rakyatnya. Hancurnya sesuatu bangsa atau agama krn hancurnya tunjang utama kekuatan bersatu-padu.

Tiada rasa hormat,tiada rasa empati,masing-masing dgn ego sendiri. Nah,peluang untuk musuh terbuka luas. Meminta bantuan org luar? Ya tetapi sampai bila? Asyik bertongkat dan berada dalam zon selesa?Selama mana pun orang nk bantu kita?


Kita yang mesti bantu diri sendiri.


Israel yg kejam!:
Israelis look out towards the northern Gaza Strip from a hill near the southern town of Sderot during an air strike January 1, 2009. Israel killed a senior Hamas leader in an air attack on his home on Thursday, striking its first deadly blow against the top ranks of the Islamist group in a Gaza offensive that has claimed more than 400 Palestinian lives. REUTERS/Nikola Solic





Ambil iktibar-bertindak sebelum terlambat!!


Situasi di Genting Gaza sudah sampai peringkat pembunuhan ala Nazi. surat khabar melaporkan berita yg tidak pernah habis kekejaman malah sangat melampau. Gambar berdarah setiap hari.



Tetapi kita di sini. Saudara kita di sana. Apa yang mesti kita lakukan?


Dari blog Saifulislam.com, bertajuk Palestin Memanggil Kamu Pulang kepada Islam, khutbah Jumaat oleh Ustaz Hasrizal membuat pembaca berfikir dalam dan panjang,Malah disertakan langkah-langkah relevan untuk kita berjuang di sini.

Yang paling sy fikirkan ialah apabila diceritakan tentang patung seorang Pahlawan versus seekor burung.Konsep Realiti dan Ilusi. Muslim Ilusi versus Yahudi Realiti. Konsep yg mantap dan membuatkan kita bangun dr tidur bermimpi.

Luangkan masamu teman-teman,membaca bahan bacaan menyedarkan. Kerana penulisan dr seorang Muslim sejati mampu membantu kita menyedari realiti. Islam tidak syumul. Sempatkanlah diri anda melawat blog ini.

Palestinian relatives of 4-year-old Lama Hamdan mourn near her body during her funeral in the town of Beit Hanoun in the northern Gaza Strip December 30, 2008. Israel on Tuesday rejected any truce with Hamas Islamists in the Gaza Strip before cross-border rocket fire ceased and said its air strikes, the fiercest in decades, heralded "long weeks of military action". In Beit Hanoun, two sisters, one of them Lama Hamdan, were killed in an air raid as they were taking out the trash near their home, medical workers said. REUTERS/Mohammed Salem (GAZA)



Kesedaran untuk mempertahan dan memperkasa
Mengenang kepada negara Malaysia yang sy sayangi,sy tidak mahu ia menjadi bahan pertaruhan lalu akhirnya hilang rasa aman untuk beribadah. Tidak mahu hilang kebebasan bertudung atau mendirikan solat seperti apa yg berlaku di Bosnia,Turki dan kini Palestin.


Malah sy pernah menonton Travel Channel apabila Ian Wright bertanya kepada seorng ilmuwan wanita Islam Turki, kenapa ada yang pakai tudung dan tidak pakai tudung?
'Oh sudah tidak relevan undang-undang itu zaman sekarang ni.' Tiada penjelasan lanjut.

Jawapan wanita itu mengejutkan saya. Pemakaian tudung perlu ikhlas dr hati dgn kesedaran tinggi.Yg menjadi isu di sini ialah sikap reluctant wanita itu mempertahankan Islam sendiri.

Bagaimana kita hendak berjuang mempertahankan agama dan bangsa sedangkan kita sendiri tidak mempertahankan pegangan agama dalam diri?

Perjuangan Muslim Realiti

Realitinya teman-teman,kita Muslim yg tidak mampu menegakkan agama sendiri. Kagum dgn cara hidup Barat,kagum dgn pemikiran mereka dan seterusnya menyokong bulat-bulat ekonomi mereka.


Sekarang 'kekaguman' kita yang menyebabkan agama dan nilai murni bangsa mati.









GAZA CITY, GAZA STRIP - JANUARY 01: A wounded Palestinian child screams as she arrives at the Al-Shifa hospital after an Israeli air strike January 1, 2009 in Gaza City, the Gaza Strip. Israeli aircraft continued attacks in the Gaza Strip on New Year's Day and Israel's Foreign Minister Tzipi Livni reportedly said Israel will access military operations on a daily basis to determine when to cease operations in Gaza. (Photo by Fadi Adwan/Getty Images)



Sementelah Palestin bermandi darah,kita mesti menghulurkan bantuan. Mesti berjuang. Mengambil berat.

Pada masa yang sama jangan lupa kita ada negara dan agama untuk dipertahan dan diperkasa.Kerana untuk membantu orang lain,kita mesti kuat dahulu. Kita mesti membantu diri kita dan saudara-saudara kita.




Mourners pray beside bodies of Palestinians, killed at a U.N. school, during their funeral in Jabalya in the northern Gaza Strip January 7, 2009. Israel and Hamas said they were temporarily holding their fire in the Gaza Strip on Wednesday to ease the flow of humanitarian aid and both sides said they were studying an Egyptian proposal for a ceasefire. International pressure on Israel to halt its 12-day-old assault mounted after tank shells killed 42 Palestinians at a U.N. school in the coastal enclave. REUTERS/Mohammed Salem (GAZA)



Kisah tukar bahasa di papan tanda. Kisah azan dikatakan mengganggu. Kisah perpecahan pemimpin sbb masing2 pun nak berkuasa.

Jika hal-hal yg tampak kecil mulanya tidak dicegah bakal menjadi besar dan mampu menghancurkan agama dan bangsa sendiri. Seperti api yg kecil menjadi kawan dan bila besar... membakar kita rentung pula!


Untuk melawan kita mesti lebih baik dari itu. Perkukuhkan agama dan bangsa. Perkasakan pegangan agama,nilai-nilai murni interaksi antarabangsa dan kukuhkan ilmu. Inside out approach.


Kita mesti kukuh berprinsip,jika tidak maksudkan tidak. Mesti ada concious mind ttg persekitaran. OWN YOUR RESPECT.


Kenapa nak dikaitkan pula Palestin dan Malaysia? Kerana yg merana ialah agama dan bangsa kita jua. Jangan dibutakan mata hati apabila menghadapi realiti.

Pertahankanlah ego dan nafikanlah ketidakpeduliaan anda,tetapi ketahuilah tidak akan ada yg baik dari 'perjuangan ilusi'.


Belajar dari peristiwa ini teman2... Negara kita Malaysia inilah tanahnya. Sekeping ini yang terletak di antara Sempadan Thailand dan Singapura. Inilah tanahnya dan kitalah tuannya. Kita berhak menetapkan dan mempertahan tempat ibadah kita.

Betul...kita perlu demokrasi. Kita perlu bertoleransi.
Persoalan di sini, KITA yg mahu, MEREKA?



Bukankah sudah diberitahu?
Berhati-hati di jalan raya,kerana orang tidak semestinya tidak langgar kita!!


Ignorance is no more a bliss. Jom Peduli!!:

Malaysian Medical Relief Society (Reg. No. 1155)(Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia)Level 2, Podium Block, Kompleks Dayabumi, Jalan Sultan Hishamuddin, 50050 Kuala Lumpur.Tel : 603 - 2273 3999 Fax : 603 - 2272 3812 Email : info@mercy.org.myThis e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view itWebsite : http://www.mercy.org.my/

1 comment:

anjut said...

salam...gambar2 tu...macam mana hati nih tak terusik?macaman tak geram?Allah sahaja yg boeh membalas...