Email dari kenalan dibaca. Alhamdulillah,nasihat beliau akan sy simpan dan sampaikn.
Dipertemukan dgn pelbagai ragam manusia di dunia maya mahupun dunia sebenar membuatkan sy berhati-hati akan soal persahabatan. Alhamdulillah, setakat ini sy cuba menjadi sahabat yg baik w/u siapa sgtlah sy ini.
Sdg berusaha membaiki hati dan akal. Ingatan tulus kiriman beliau yg sy ambil terus dari email.
Sahabat ialah yg mengingatkan tatkala aku lupa.
PLAY HARD,WORK HARDER and IBADAH HARDEST.
I have never been the believer of natural talent only. Dan yg paling sy tak pernah percaya ialah tanpa usaha anda boleh berjaya membuatkan org itu layak digelar hebat.
(Mari kita sama-sama menjelaskan dan mendgr penjelasan. Always first seek to understand then to be understood.)
Dalam dunia akademik,sukan,keagamaan,pergaulan,kekeluargaan dan apa2 jenis cabang yg membentuk kehidupan jika anda tidak mencapai balance dlm semua hal ini,anda belum hebat.
Sy menghormati seorg ibu yg mengimbangi kerjaya dan tetap berjaya membesarkan anak-anak dengan didikan sempurna dr segi agama dan akademiknya serta dapat menghormati suami. Tidak kisahlah ibu itu surirumah,tukang sapu mahupun dekan fakulti di Universiti.
Sy menghormati seorg professor yg berjaya dalam researchnya,suami yg bertanggungjawab, mengiringi hokum fiqh Islam dalam lecture medicalnya dan tahu anaknya sedang berada di mana,dgn siapa sedang buat apa.
Ini contoh segelintir baru. Yg benar2 mengisi erti kejayaan yg diberkati.Yg mengikhlaskan hati meneguk setitis ilmu dr lautan Ilahi.Makin berisi makin tunduk bak padi.
Maka,jika anda sudah pun menemui keseimbangan, BERSYUKURLAH bhw Allah MENGIZINKAN anda dengan kejayaan dgn penuh keberkatan.
JIKA PANDAI MACAMANA PUN.....
Gathering family mmg acara rasmi setiap tahun.Dan pasti ada anak-anak sepupu sy yang boleh dikategorikan dalam superman,power rangers,upin ipin dan hagemaru.
Jika seorg mengejar,yg sorang lg memanjat darab dgn 5 yg berebut mainan hanya ada satu tu, boleh jadi anda bakal menyaksikan ’drama airmata’ apabila maknya atau paknya mula campur tangan. Keluarga besar kami sudah masak bila sesi pengajaran bermula.
Namun,kami faham. Untuk mendidik anak menjadi manusia bertanggungjawab,tahu hukum hakam,hormat org tua dan benar-benar berjaya memerlukan ’drama air mata’ yg mencabar institusi keibubapaan.
Zaman semakin mencabar. Anak-anak semakin mudah mendpt ’didikan’/pengaruh dari pelbagai punca. Kami yg sedang meniti kedewasaan melihat dan belajar betapa sekularisme, kehidupan tidak berpaksikan agama boleh menghancurkan institusi kekeluargaan.
Sy yg menghidang makanan,dirapati anak sepupu yg baru usai drama air mata. Masih tergiang-ngiang nasihat mamanya baru sebentar tadi.
'Aduhai sayang,jika kamu bijak pandai macamana pun, jika 'kurang ajar' tidak ke mana...'
Itu baru ibu bapa. Dengan Tuhan?
(maaf sy terpaksa kasar sedikit dgn penulisan kali ini. Mohon maaf sangat jika ada pembaca yg kurang senang dgn perkataan di atas.)IRINGAN DUNIA DGN AKHIRAT
Semalam majlis diadakan utk keluarga dn teman rapat saya. Terima kasih kpd keluarga,kak Ira dan Cik Seli, Izyani, Apiez,Adi dan Iman. Insan-insan yg membantu dr persiapan.Terima kasih juga kpd semua yg sudi hadir,Syidie dan Pai yg terkejut dgn kek hari lahir mereka.(idea yani)
Dan Alhamdulillah,majlis lancar dgn izin Allah.
Yg paling sy hargai ialah doa yg dibacakan oleh teman sebelum kek dipotong. Untk seluruh muslimin dan muslimat kami mohon kesejahteraan mereka.
Untuk saudara kami di Gaza Palestin kami pohonkan perlindungan dan pertolongan Allah agar sentiasa selamat dan diberi kekuatan.
Doa serta puji-pujian kepada Allah mengiringi majlis ukhwah. Kami juga mahu INGAT pd saudara seagama yg diuji maha hebat di sana. Biar terisi majlis kecil kami yg tak seberapa ini.
Tidak sanggup andai majlis ini tidak diiringi keredhaan Tuhan. Biarpun kecil, andai tiada mawaddah biarlah tidak berlansung. Biar tiada lagu2 sumbang atau bicara kosong.
Kita muslim. Islam menggalakkan ukhwah.Dan keberkatan itu dicari walau di mana. Islam tidak syumul. Kita punya cara tersendiri melaksanakan majlis,malah lebih bermakna dgn adanya redha Allah. (pic: Kek hampir hancur..maklum semua lapar...)
Dlm suatu kelas halaqah Ustaz Darsuki beliau memberikan nasihat yg pernah diberikan oleh gurunya yang buta bernama Syeikh Ali di Al-Azhar suatu ketika dahulu.
'Jika kamu mengejar dunia kamu akan termengah-mengah.Jika kamu mengejar akhirat dunia akan tunduk kepadamu’.
MENEGUR DIRI
”Seeloknya kamu hantar makanan yg nk digoreng itu awal-awal ya Sarah” tegur Kak Ira pd sy.
Sy diam mengangguk. Mengakui akan kelemahan diri kerana tidak awal mengambil mknn sejuk beku itu dari teman yg ingin sponsor sebelum majlis. Sudahnya lambat terhidang. Mujur menu lain sudah siap. Kak Ira,bibik sy bijak mengatur majlis. Sy menuntut ilmu dr beliau dlm hal2 domestik ni.
Teguran amat bermakna buat saya. Kritikan,teguran,nasihat dari keluarga,guru2, pensyarah dan teman sy semat dalam hati. Jgn silap dibuat dua kali.
Pujian melemahkan diri. Kita mudah ditelan bangga,rasa cukup yg melampau hingga terus lupa diri. Surah pertama Al-Alaq dari ayat 6-19. Menceritakan manusia menjadi jahat karena merasa cukup.(dr Al-Quran dan terjemahnya)
Benarlah,mesti tahu menegur diri. Kelak ‘ditegur’ di akhirat kan sudah terlambat?
P/S: Khas utk wina,sy selitkan extra gambar. Kami menunggu enti,Mai dan sahabat yg lain utk pulang agar ada majlis yg lebih diredhai lagi...Amin.
4 comments:
Assalamualaikum anum~
sonotnye ana tgk~
ni yg rase nk pulang nih!
doakan ana dan sahabat2 ana disini..doakan ana lulus dgn cemerlang..btol, tiada kejayaan tanpa usaha tetapi usaha sekuat mana pon tanpa keredhaan Allah itu tidak memberi makna apa2..sesungguhnya..ilmu itu smua datang daripadaNya..sbb itu D.U.I.T itu perlu sentiasa ada
[D-DOA, u-usaha, I-ikhtiar, T-tawakal]
miss u~
cik maisarah
[yg tgh sibuk revise tp sempat lagi baca blog org ngeh2]
Salam kembali Mai,
ALhamdulillah...majlis sempoi sesgt tp lancar.Selalu menanti entry baru di blog. Wina juga busy tahap max.
Kdg2 tension tu yg nak juga melilau walau nota terbentang luas dpn mata. (memahami^^...) InsyaAllah bila tiba masa, diizinkan Allah,dilapangkan rezeki kita akan gather lagi. Khas utk sahabat2 yg sdg berjuang di medan 'pen dan kertas' jauh dr halaman.
p/s: miss u toooo.....
Salam alaik..
La, ana lupe tinggalkan comment upenye. (Hehe, tgh mantop siapkan essay nak submit next Monday). Uuu, pasrah tgk gambar kan Maisarah? Kite takde.. UuU. ^_^. Hihi. Tapi Alhamdulillah. Looking at those faces, MasyaAllah, rindu ana. Tp xnampak gamba Anum, Yanie, Apiez, Pai ngan Syidi sangat. Huhu. Slalu wajib kiteorg ade gambar kroni kiteorg je. Hehe. Terharu lg ana tengok, sbb kawan2 lame dtg, shbt baik ana dulu, mcm Fik, Farid, Rizal pon ade, ade Asyraf ke? Pastu Dhayna, Min, Aneeza, Ika, Karina. Ya Allah. Kot2 dieorg x igt ana kot. (Huhuhu). Tp xpe, Allah sentiasa ada. Panjang umur, bertapak lagi kami di Malaysia. Keep up the spirit Anum. Alhamdulillah.
Salam wina,
xpe2. Sgt faham. Kita punya misi dan visi hidup masing2. Ada masa, murah rezeki InsyaAllah dpt berjumpa.
Semoga dilapangkan masa dan rezeki kita... amin
Post a Comment