Saturday, January 17, 2009

Menjenguk Cinta

menjenguk cinta

Dalam pada sibuk meneliti nota kuliah hari-hari,saya berjanji pd diri akan menulis sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Dan yg paling sy suka ialah janji pd diri utk lebih menyeimbangi masa agar semua asas diri tidak terabai. Ini kerana sy lupa untuk 'merai' diri semester lepas lalu sy kecundang ke arah stress.

Kali ini saya akan menjenguk cinta saya selalu. Oh buku... andai sy pandai mengungkap puisi bak Hassan Al-Bana pasti sy mampu meletakkan kata-kata yg tepat dgn keadaan. Tetapi sy masih kurang dari Imam itu. Sgt kurang yg pastinya.

Seperti penulis Beatrix Potter,
'There is something delicious about writing the first few lines of a story. You can never guess where it takes you...'

Dan sy untuk buku,
'There is something beautiful about reading and understanding,reading a good book is as though having a great time with your good friend.'

Salahudin Ayubi dan Aku Terima Nikahnya

Tempat yg paling dibanggakan dunia,
adalah yg mempunyai penerangan,
dan sebaik-baik teman duduk sepanjang masa
adalah buku

-Dr 'Aidh Abdullah Al-Qarni

Sejujurnya sy sedang dilanda 'tsunami' nota dan tuntutan test surfactant selasa ni. Asalnya hendak keluar mencari hadiah untk MPG(mlm pra graduan) farmasi tapi sy terlencong ke kedai buku kecil di PKNS. Mcm mana boleh terlepas ke sini pula?



Sy sudah tahu akan wujudnya buku ATN sejak lama,cuma sy menafikan sekejap niat sy utk membaca buku ini. Kecenderungan sy lebih kpd siri adventure atau sejarah. Sy memerhati lama dalam gerai buku serba sederhana.



'Macam kenal je buku biru muda ni...Macam..ha'ah ye la...Buku Aku Terima Nikahnya dr Ustaz Hasrizal. Er...dh tiba masa ke saya membacanya? Hmm....

Sy mencapai buku biru muda. Entah kuasa apa yg membuat saya mengambil dan membacanya. Sy bukan anti-cinta, tapi diri sy merasa cukup dgn apa yg Allah kurniakan sekarang.
Alhamdulillah segala segi sy cukup. Keluarga,keperluan diri dan tujuan hidup.


Membuka buku biru muda itu dan membaca sehelai dua muka. Sy tersenyum krn isi penulisannya bagai dlm blog di Saifulislam.com. Sy sedar yg sy akan memerlukannya 'nanti'.


Hati masih merasa tidak puas. Seolah-olah pertemuan ini tidak cukup. Mata melilau-lilau mencari buku manakah yg sedang memanggil-manggil.

Sy pernah mendgr di radio IKIM ttg pnterjemahan Catatan Ibnu Battuta. Dan sy sudah betul kepingin membca isi catatan Pengembara Agung Islam, Ibnu Battuta. (Marco polo? Dia tidak mengakui kebesaran Tuhan,malas nak baca...)

Dan co-translatornya ialah seorg yg sgt sukakan buku dan pernah berkata," Jika anda rajin membaca,apabila anda memasuki sebuah gedung buku terasa seperti ada buku-buku yg memanggil anda."

Sy 'terpanggil' oleh sebuah buku yg berada betul-betul di kiri saya,di atas kotak. Sy tenung buku itu. 'Anta memanggil?'

Lantas sy tunduk mencapai,tertera tajuk 'SALAHUDIN AYUBI'.

Sy tahu nama ini tetapi tidak mengenalinya. Buku itu betul-betuk tinggal satu. Bagai sudah 'jodoh' sy letakkan atas meja bayaran.Tetapi sy ambil semula dan menelitinya kembali.

Jelas tertera:

SALAHUDIN AYUBI
Penakluk Jerusalem

"Sesiapa yang menguasai Palestin,dia menguasai dunia"
Salahudin bin Ayubi


Dan sy melangkah keluar,berasa puas dgn 'pertemuan' hari ini.

Bakal

Sy sebenarnya ingin menulis tentang Santai Seni,satu program kesenian anjuran Fakulti Farmasi sy. (yeah,farmasi rock!!). Malam yg gemilang dgn kebudayaan gamelan,nasyid, nyanyian rakyat dan seni tari.


Seni bagai satu cabang dlm diri yg sukar dipisahkan. Hampir bagai irama dan lagu. Namun sy tak ketemui kekuatan di sebalik kesedihan yg melanda saudara di Palestin sana.

Mana mungkin sy menulis dgn rasa gembira dan tenang jika sy tidak INGAT pd mereka. Sy mahu terus INGAT.

InsyaAllah jika sy ketemui kekuatan bakal sy ceritakan betapa seni penting dan bagaimana Al-Farabi mencipta 'al-kanon' iaitu asal-usul piano hari ini dan menulis 'Kitab al-musiqa al -kabir'(The great book of Music)'.

Sebelum itu, saya mahu mengenali SALAHUDIN AYUBI,penakluk Jerusalem!!

p/s: Sekolah UN di Palestin dibom lagi oleh Yahudi Laknat. Sedang memikirkan slogan kempen ' I DON'T LIKE McDONALDS'. Ok ke?Baru2 ini mama dpt tahu dr E-News,Mc Donalds dan Bedtime Story cerita Adam Sandler jelas menyatakan yg dia akan menggunakan hasil keuntungan cerita utk derma pd Israel. Mesti boikot ni. Sy tak mahu dikatakan "Oh,kamulah yg 'membantu membunuh' Palestin..."

4 comments:

Erwina Nursyaheera Sulaiman said...

Nak pinjam buku Salahuddin al Ayubi nanti!~ CoppppPp!~

anumz sarah said...

Hehe,sila2. Anum akan reserved kan.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

hmm..kt suka jgk bc buku DR Aidh Abdullah Al Qarni..kt ad buku dia yang pasal wanita tu..teruskan menulis ya..anumz

Ibnurashidi said...

salam..ziarah pertama kali..

Saya cukup meminati perihal sejarah..terumatanya sejarah Islam. Saya juga masih belum mendapatkan pengembaraan itu..tetapi Insya'Allah jika pulang ke tanah air nanti pasti akan memiliki pengembara Al-Batutah..


p/s : Jika tuan blog sudi..silakanlah ke blog saya..mungkin ada idea bernas boleh di salurkan..mahu exchange link?atau follow saja.