Wednesday, January 7, 2009

Nilai Cinta

Sukar
Sukar saya ingin menatap akhbar hari-hari. Saya di sini, di Malaysia. Bumi yg masih segar,masih cerah.


Dan mereka di sana. Bumi syahid. Kata seorg ustaz di ceramah kelas halaqah kami.













Aduh...gambar-gambar ini... Keluh hati saya. Jika ini anak saya? Jika ini ibu saya?

Saya mengetap bibir. Kejam!!

Sebak menguasai diri,tetapi sy masih di sini. Di sini dengan doa yang tak putus-putus untuk saudara di bumi syahid sana.

Mata menatap lagi gambar-gambar. Syaitankah mereka? Saya beristighfar dalam.

Ya Allah,bantulah hamba-hambaMu.....

Ironinya dunia


"Look outside, F-16 jet fighters are smiling for you, missiles are dancing for you, zannana [ Palestinian name for pilotless drones] are singing for you. I requested them all to wish you a happy new year."


That was the darkly humorous text message Fathi Tobal, a Gaza City resident, received from a friend on his mobile phone today.

source: http://www.imemc.org/


Tatkala meneliti beberapa catitan nota perancangan penting selepas tahun baru tiba-tiba saya jadi teringat pd malam pertemuan dgn beberapa kawan rapat. Juga pada pertemuan dgn seorg collegue yg lebih senior di gerai makan x lama dulu.



"Salah akak ke ?"


Saya senyap,memerhati nasi goreng yang tinggal separuh. Makan malam terhenti hampir 1/2 jam lamanya. Selera sy pudar.

Akhirnya saya letakkan garfu dan sudu di tepi. Memandang insan di hadapan. Memahami masalah dan persoalannya dalam-dalam.

"Salah akak ke,dia tampar akak?" Soalan diulang.

Saya menarik nafas lemah. Masalah 'dunia dua orang'. Berat hati sy mendengarnya.

"Berbaloikah maruah akak diinjak oleh seseorg yg tidak akan mengangkatnya lansung malah akan tetap terus menginjaknya?" soal saya pula.

Insan itu senyap. Sup panas di depannya semakin hilang kepulan wap. Dia tunduk.

Tatkala dunia sedang mengecam kekejaman rejim Israel kepada Palestin,pemuda-pemudi Malaysia sibuk mengecam pasangan masing2.

Malam tahun baru saja,26 orang pasangan ditangkap khalwat di sebuah hotel kotaraya. Malah jalan Ipoh diserbu 'mat rempit' yang menyambut tahun baru dgn menyelit2 di celah2 trafik secara menongkah arus.

Berani betul mereka. Berani yang sia-sia!!

Harga maruah dan cinta

Saya jarang menulis soal cinta kerana maksudnya yang sangat meluas. Bagi saya kekasih yang teragung ialah Allah dan RasulNya. Dan cinta bukan perasaan. Noktah.

(Cukup setakat ini bagi saya. Kerana saya menghormati pendapat orang lain apabila berkisar soal cinta ini. Malah extensive reading hal-hal ini bnyk di buku-buku karangan Ustaz Hasrizal, Stephen R. Covey dan macam-macam lg. 2 buku ini yg recent sy baca jadi sy cadangkn. )

Dan usai saya meneliti plan minggu pengajian, sy terbaca surat kiriman Al Amin Mohamed Sultan,Pengerusi K-Melaka,Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia(Karisma).

'Tidak timbul soal kuat atau lemah kerana kita mempertahankan negara itu atas dasar kewajipan. Sama ada lemah atau kuat kita perlu melawan kerana ia adalah dituntut. Jika hanya batu yang ada,maka wajib melawan menggunakanya.'



Surat ini disiar di surat khabar Utusan yang menolak pendapat agar Hamas berdamai dengan Israel demi rakyat Palestin sendiri.

Hmm... berbaik dgn Israel? Anda sudah membaca kenangan sy bersama collegue saya kan? Begitulah jika ber'baik' dgn Israel. Musuh Tuhan tetap musuh Tuhan.

Ia sama seperti berbaik dgn seseorang yang pernah menampar kita setelah kononnya menyatakan cinta yang mendalam. Hm,ironinya dunia.

Itu belum dikira Obama yang berdiam diri dan menyatakan tidak masuk campur dlm urusan Genting Gaza. Oh ya, Amerika memang begitu. Ingat Bush dan senjata di Iraq? Mana senjata yang berbahaya tu? Jadi apa beza Barrack Obama?

Melihat condition dalaman Malaysia,jika generasi muda masih tenggelam dengan aksi cintan drama Melayu,maka saya minta berhentilah.

Begitu murah harga maruah dan cinta kamu anak-anak muda!

Memperkasa agama dan bangsa


Saya menghormati Professor Zaki kerana kesungguhannya mempertahan anak Melayu dan cinta mendalam terhadap ilmu. Saya tahu dia kecewa, dari gurat wajahnya apabila ada student yg tidak memberi perhatian .

Pasti hatinya merintih kerana bangsanya tidak kenal erti sebenar Perjuangan. Saya mengakui saya tidak terkecuali tergelincir kadang2 dan menyebabkan beliau kecewa. Saya benar2 menyesal.

Saya juga akui mempunyai perjuangan personal menstabilkan penyakit SLE dan emotional quotient saya.Alhamdulillah perjuangan saya berbalas semester 4 ni. Cuma saya perlu memperkasa diri agar 'kebal' dan 'tahan lasak' dengan dugaan hidup.

Dari buku 7 habits sy memahami pentingnya Private Victory sebelum memperoleh Public Victory. Ia membuka minda saya agar meneliti kehidupan tanpa quick fix.( InsyaAllah sy mahu menulis lebih mendalam ttg quick fix vs real problem)

Apabila memilih quick fix kita tidak dpt melihat permasalahan yg sebenar. Dengan mengenali masalah baru kita dapat mencari penyelesaiannya. Sama seperti penyakit, diagnose yang tepat membantu mencari dos dan ubat yg tepat.

Begitulah kehidupan.Kita mesti menjadi the fittest to survive. Bukan dgn menjadi pembuli terbesar seperti Amerika atau Yahudi. Tetapi the fittest dalam ilmu 'mempertahankan diri'.

Untuk hidup kita mesti tahu ilmu kehidupan!

Maka itulah gunanya ilmu agama,soft skill dan akademik. Agar diri kita tidak dipermainkan 'orang lain'. (Saya pernah membaca tulisan HM Tuah dalam majalah mingguan wanita. Ilmu survival ini crucial. Bagaimana untuk hidup hebat tanpa memijak individu lain)

The golden rule of life? (Dari buku 'Dewey' by Vicki Myron. )

'Find your place. Be happy of what you have. Treat everyone well. Live a good life. It isn't about material things,it's about love. And you can never anticipate love'

Maafkan saya teman,

Saya harus berhenti menulis dulu. Untuk Palestin saya kirimkan doa perlindungan dari Yang Maha Penolong dan Pelindung.

Untuk teman-teman yg sedang mencari nilai cinta,saya doakn kalian menemui nilai kasih sayang yang sebenar. Tinggikan nilai cintamu!!

7 comments:

ensyuhadah said...

Salam alaik...

Benar kate Anum. Mantap penulisan Anum kali ni, rugi benar kalau ana tak komen walaupun esok ade exam. Hehe. Sedih kan Anum. As I watch gamba kawan2 kat Malaysia yg meraikan 'Tahun Baru' yang org kafir cipta ni, dieorg x igt pon yg Awal Muharram baru je berlalu, and saudara seaqidah kite kat Palestin, bermandi darah.

I don't know what to say. Sedih. Tp Anum, lets keep on writing, and praying, and menegur. InsyaAllah kan. Anum, Anum ade dgr khabar Nisa'?

anumz sarah said...

Salam sejahtera juga wina,

Saudara seagama kita ditindas sampai mcm tu sekali. Tiap2 hari kat surat khabar ada saja kanak2 mati. Tak tahu nk kata apa wina... Kita,rakyat Malaysia Alhamdulillah selamat sejahtera. Tapi masih lg ada yg tak puas hati. Rasa bersyukur x ada...aduhai...

Mengenai Nisa,dia baru selesai biopsi di Hosp. Ampang Puteri. Setakat ni anum tak tahu nephritis Lupus dia peringkat berapa. InsyaAllah akan ketemu di rumahnya hari Jumaat ini. Doakan kesihatan dia ya wina? Salam perjuangan dari bumi Malaysia untuk wina.

Doa kesejahteraan dan kelancaran menjawab exam untuk wina.

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

salam anum..semnagt juang kamu..begutu tggi..bagus itu yang kt mhukan sbgai mujahidah..moga aku juga akn terus seprti kamu..sntiasa bersemngat

maisarah mohd isa said...

salam anum..i love ur words~
betul, sedih with wut happening in Malaysia..terleka dengan kedamaian malaysia..buka mata saudara2 ku~

anumz sarah said...

Salam Mai,

Menulis ini saja yg anum mampu. Tiap-tiap hari bca dan dgr berita yg sgt tidak menyenangkan ttg keadaan di genting gaza. Terbaru ialah pembunuhan ala nazi di mana org palestin dikumpul dlm rumah berama-ramai dan di bom sekaligus. Jika hari2 melihat,mendgr dan membaca, jadi sgt sedih dn tak tahan kdg2. Nak berjuang,ini saja yg anum mampu. Semoga kita sama2 mendoakan semoga Allah membantu saudara di Palestin sana...

Anem Arnamee said...

Salam ziarah.

Teruskan perjuangan di medan penulisan ini,ya..=)

p/s;sad.sad.sad.angry.huhu

anumz sarah said...

Salam mardhatillah

Syukran ya enti. Mari sama2 kita berjuang. Kejayaan sbnr ialah apbla kita mampu membawa org lain berjaya bersama2 kita.

Salam armee-jemput dtg ke blog kecil sy ini. Benar,kejam sungguh Israel itu.