Tuesday, January 13, 2009

Di sini,di sana dan usaha-Selesai tidak wujud dlm kamus perjuangan...

Stop and smell the flowers.

Hari ini sewajarnya sy berada di fakulti dgn program dan menjadi penyokong setia kpd collegue saya, encik Ahmad Najib untuk pilihanraya kampus 2009.Tetapi usai urusan di fakulti sy sudah tidak betah melangkah masuk semula.




Hari ini sy mahu bersendirian sebentar.Sy sedang dilanda ujian dari Rabb apabila tahap kesihatan semakin deterioting bersama dgn azam dan semangat saya.

Teringat kpd pertemuan dgn seorg sahabat yg diuji kuat oleh ketentuan Tuhan. Sy akui yg kami punya pengalaman dan nightmare yg sama. Kami kehilangan cita-cita yg merupakan cinta sejati sy dan kesihatan sekaligus. Perit ujian ini tetapi tetap tidak terbanding dgn org2 Palestin di Gaza!

Lantas sy ambil keputusan,untuk menenangkan diri dan memeriksa elemen2 dalam diri adakah semua elemen seperti mental,physical,spiritual or emotional saya dipenuhi.

Bahagian mana ya yg memerlukan extra perhatian dari diri?


Ini perjuangan saya hari-hari sebagai pesakit kronik autoimmune SLE dan sebagai pelajar fakulti Farmasi UITM.

Maaf ya teman-teman dan pengunjung blog.Sy menulis tentang diri.

Harus wajar blog saya ini dipenuhi dgn penulisan matang dan menyumbang kepada agama, bangsa dan manusia sejagat. Tetapi kali ini sy ingin meredah dalam diri,menulis ikhlas dr hati dan mencari jawapan kpd setiap persolan kehidupan dalam diri.


membaca




Lunch sederhana bersama teman sekuliah dan pulang ke rumah menatap akhbar yg tersedia di ruang tv. Penulisan oleh Zaini Hassan,dalam ruangan Cuit surat khabar Utusan menarik minat.

Tulisan beliau kali ini bertajuk SIAPA YAHUDI? SIAPA ORANG ISLAM?.


Yang menjadi perhatian dan amazement saya ialah angka statistik yang menjadi inti penulisan seorang penulis bebas yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan,Dr. Farukh Saleem(rujuk http://www.masada2000.org/Powerful-Jews.html).


'Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini, 7 juta di Amerika, 5 juta di Asia, dan 2 juta di Eropah dan 100000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim.(1:100). Namun jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam. Kenapa ini berlaku?'


Dan penulisan beliau yang seterusnya mengupas lebih banyak statistik. Satistik? Yang banyak2 nombor tu ya? Tahukah anda nombor boleh dikatakan salah satu bukti paling konkrit dan penganalisa terbaik dalam setiap kajian. Maka sy kena belajar menyukai nombor.

Dalam artikel beliau seterusnya,

Washington yg merupakan ibu negara Amerika Syarikat mempunyai satu pertubuhan lobi yg amat berkuasa. Ia dikenali sbg Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel(AIPAC) yg berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.

Tahukah lg bahawa William James Sidis dgn IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.

Jadi mengapa mereka terlalu berkuasa?

Jawapanya:Pendidikan,pelajaran, ilmu.


Mengapa Umat Islam terlalu lemah?


Dianggarkan 1476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu billion di Asia,400 juta di Afrika,44 juta di Eropah dan 6 juta di Amerika. Setiap 5 insan manusia ialah Muslim. Setiap seorg Hindu ada 2 org Islam,setiap seorg Buddha ada 2 org Islam dan setiap seorg Yahudi ada beratus org Islam.Mengapa org Islam terlalu lemah?


Ini jawapanya:


Terdapat 57 buah negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti;atau sebuah universiti untuk setiap 3 juta umat Islam.


AS mempunyai 5,758 universiti, India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian' Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia'-dan menakjubkan-tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.


Anda pening? Syukur sy tidak muatkan seluruh artikel krn sy hampir saja ingin menaip keseluruhan artikel lantaran fakta nombor adalah 'kebenaran yg sakit untuk diterima tetapi telan jua.'
Di mana Ibnu Sina kita kini?


Kesimpulannya:

Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan dan gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.

(sumber dr artikel Cuit,tulisan Zaini Hassan)

Utusan 14 Januari 2009


mencari jawapan dan masa depan

Sudah 19 hari Israel 'menggila' di tanah Darul Syahid. Sudah 19 hari sy menatap kebodohan alasan Israel seperti di pos rakan blog Naufa,ilham al-adwa(bertajuk the face of terrorist) yg dikatakan mempertahankan diri.

Dan hari ini di depan muka akhbar,terang-terang tajuk 'Bush ikut telunjuk saya';pengakuan Ehud Olmert(PM Israel) yg meminta Bush agar tidak menyokong gencatan senjata di Gaza.


Dan bancian yg 89.3% yg menyatakan TIDAK yakin akan resolusi PBB untk gencatan senjata di Gaza.(bancian online oleh 6,429 respondent)

Perlukan sy mengulas 'kemelampauan' Israel? Mata,telinga,akal dan hati anda berfungsi? Jadi gunakan.

Membaca penulisan,berfikir dan meletakkan akhbar yg sudah hampir lunyai di meja kopi.

Adakah saya sedang ketandusan ilmu dan sujud di malam hari?

Di sini,di sana dan perjuangan

Perjuangan terbahagi kepada beberapa peringkat. Persoalannya ialah kesanggupan meneruskan perjuangan. Kerana setiap physical action mesti bermula dgn pemikiran dan paradigma yg betul.
Nyata spiritual sy memerlukan perhatian. Melelapkan mata sebentar. Kepenatan dalaman mencari jawapan menjengah diri yg physically challenge.

"Allahuakbar! Allahuakbar!"

Azan Zuhur yg dirindui. Tidak mahu sy ia hilang dek kealpaan kita tidak mengambil iktibar dalam menghadapi nasib umat Islam masa kini.

Jangan sampai kita pula menagih kerinduan dgn mendengar azan cuma di laptop atau melalui radio khas transmit masjid ke rumah seperti umat Islam di Britain atau Amerika.

Ingin sy kongsi mengenai sesuatu yg sy baca di sebuah majalah tak lama dulu,

'We shouldn't look at a promotion or a new house or most importantly a partner as a prize we have won and entitled to forever.We should look at these things for what they are-extensions of ourselves and a reflection of how hard we're prepared to work.'

Termasuklah perjuangan kita. Memulakan suatu perjuangan atau azam,mudah. Consistency atau ketetapan perjuangan itu yg membezakan kejayaan sebenar seorg individu.

2 hari lepas sy baru saja mencampakkan moisturiser Loreal sy dlm tong sampah. Semalam mengajak adik yg sukakan McD ke gerai buah local membeli jus utk hilangkan dahaga.

Hari ini? Saya ingin menguatkan penguasaan ilmu dan mengingatkan diri ujian saya di sini jauh berbanding Gaza sana.Sungguh perjuangan hidup tidak akan selesai kecuali diundang mati!

Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada kehidupan sesuatu kaum, sehinggalah mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka” [al-Ra'd 13: 11]

p/s:
'Hijab from the prohibited land'-panggilan ustaz Hasrizal terhdp tudung Turki. Tahukah anda Turki pengeksport tudung terbesar dunia tetapi di sana org memakai tudung ditekan oleh pemimpin sendiri?? Jom Jihad Ekonomi!!-dari http://saifulislam.com/

1 comment:

fareast said...

Sebelum ni ana cuma singgah sahaja dan x baca tulisan enti btl2 ok je kan kalau gne bahasa ni ana, enti? Pengisian yang agak menyentuh hati jugak, pendapat ana, sebab umat Islam mundur adalah ilmu. Ilmu terbahagi kepada 2 iaitu fardhu ain dan fardhu kifayah umpama zikir dan fikir dalam buku Dilema Melayu Islam Kurang Fikir atau Kurang Zikir ustaz Pahrol. Enti cuba la baca bila ada kelapangan. Buku yang menarik bagi ana. Apapun teruskan perjuangan enti berjihad dalam medium blog. Bila enti keluarkan entri best ana komen lagi. Salam.