Wednesday, November 19, 2008

Untuk yang tersayang,Mama...

Adik bergegas untuk exam spm subjek agama. Saya bersiap siaga dgn daddy ke hospital. Masing-masing dgn agenda, bersiap krn waktu keluarnya pagi nan sibuk. Along di offshore,nun di telaga minyak Miri kerana tugas untuk Petronas Carigali. Kakak bakal pulang jam 5 pagi atau 3 pagi mengikut jam UK bertugas di HSBC Cyberjaya.Kerjaya menyerakkan waktu keluarga.




Ada apa dengan hari ini?


Hari ini 19 November. Hari ini hari Rabu. Setiap hari pun ada tarikh,ada waktu dan manusia melaluinya seperti selalu. Tetapi siapa manusia-manusia berkerjaya dan sentiasa sibuk itu? Yang dipanggil Tuan,Pegawai,Jurutera, cikgu,murid berjaya dan mahasiswa tonggak negara?



Siapa,apa, kenapa dan peduli apa???!! Hidup masing-masinglah. Aku punya hidup,aku punya kerjaya dan aku punya kejayaanlah!
ish...ish...ish...

Teringat

Saya terhenti apabila kaki menjejak di hospital pagi tadi. Ketika daddy turunkan saya di pintu hospital dan sepanjang perjalanan ke sana,saya terasa diri saya melayang kosong. Ketidakpeduliaan saya kerana agenda diri menyentap hati.

Kerana ketidakpeduliaan saya adalah untuk yang paling peduli sekali iaitu Mama! Allah...

Saya mengutuk diri. Jahilnya saya sebagai anak lupa pada tangggungjawab.

'Argh...takkan hari jadi baru nak ingat. Kan tiap2 hari kena ingat? ' suara kecil memarahi diri.

Mama,ummi,mummy atau emak. Apa panggilan pun tetapi dialah ratu hati setiap insan bergelar anak. Saya ingin sekali menulis tentang Mama. Sungguh bukan kami lupa,jam besar ruang tamu besar gaban terang benderang dgn tarikh 19 November 2008. Kami sudah ingatkan masing2 dgn tarikh insan tersayang kami sekeluarga.Bila tiba masanya pula,realiti hidup masing2 menjengah. Kesibukan urusan,kerja dan keadaan memaksa masing2 dgn agenda.

Namun,Mama tidak marah. Mama tidak merajuk. Mama...

Insan yang kami panggil Mama kini sudah 55 tahun. Dgn senyuman dan usikan manja dia pada kami, dgn garangnya yang menakutkan jika homework atau keputusan exam tidak memuaskan, dgn ketegasan terhdap erti kebahagiaan. Mama yang saya kenal ialah Mama yang survivor,tidak mahu diri cetek tanpa ilmu dunia apatah lagi agama. Mama yang saya kenal sangat pentingkan ilmu dan jauh sekali luxury kebendaan dunia. Mama saya yang sgt protective dan paling tulus dlm doanya pada Ilahi.


Dan ketidakpeduliaan seorg anak segera dimaafkan tanpa sayarat. Jika dalam entry saya sebelum ini sy menulis tentang kemaafan,maka ketahuilah bagi saya Allah dan rasulnya, ibu dan ayah adalah senarai terhebat dalam memaafkan!! Ibu mana tidak sayangkan anak? Ibu mana yang tidak maafkan anak walaupun yang tidak peduli atau telah lupa itu adalah yang dikandung 9 bulan dengan kash dan sayang tanpa syarat?




Untuk entry kali ini,fikirkanlah...
Kerana tidak guna saya menulis panjang,berjela dgn makna dan bukti menggunung jika anda membaca tetapi tidak berfikir.
You can bring the horse to the river,but you can never make it drink.


Cepat!!

Saya bergegas ke kaunter pendaftaran dan cepat2 mengambil nombor. Cepat!!! Getus hati saya.
Cepat!!!

Handphone dikeluarkan,nombor rumah didail pantas...
"Assalamualaikum Ma. Ya sarah ni. Ma, Selamat Hari Jadi."

No comments: