Aduh sy sendiri rasa x sangka sbb 2 hari sebelum final bermula sy terus di katil x bermaya. Cakap saja ubat apa, dari antibiotik hinggalah ke ubat selsema dan batuk, tak satu pun yg akan membantu saya berjaga malam!(ngantuk mkn bnyk2 ubat tambah2 lagi bdn sakit...)
Pentingnya kesihatan
Akhirnya jadilah saya ke hospital lebih awal dari yg dirancangkan. Dan Alhamdulillah bdn semakin beransur pulih walaupun dlm kadar amat perlahan. Betullah bak kata orang sakit datang macam ribut,pergi macam semut!
Jadi,jaga kesihatan menjelang peperiksaan teman. Saya terima dugaan kali ini dengan menganggap ujian sakit ini sebagai kaffarah-iaitu untuk mengampunkan dosa.
Subhanallah... Allah Maha Penyayang dan Maha Mengasihani. Sakit pun dapat berkat. Malah diampunkan dosa lagi.Begitu kasih Allah pada kita. Begitu pemaaf dan penyayang Allah pada kita.
Tetapi kita sesama manusia?
Saya menerima sebuah panggilan maaf dr seorg teman kuliah tempoh hari. Sy sebenarnya tidak menjangkakan akan terima panggilan itu. Sepanjang semester lepas,banyak perkara berlaku dan saya akui bnyk pengajaran yang saya dapat pelajari. Sukar utk sy ceritakan yg sebenarnya krn sy tahu masing2 punya pendapat dan prinsip sendiri.
Justeru,saya ambil keputusan buang yang keruh ambil yang jernih. Saya pujuk hati dgn mengatakan dunia ini terlalu pendek masanya untuk bermusuhan apatah lagi tidak memaafkan. Tetapi saya juga berjanji pada diri agar perkara yg sama tidak akan berulang lagi dan selagi saya hidup,maruah dan kebahagiaan diri saya akan saya pertahankan mati-matian.
Pengajaran bernilai
Kita boleh memaafkan dan melupakan tetapi untuk kesilapan yang sama MUSTAHIL untuk saya lupakan pengajaran yg bernilai dlm hidup saya.
Usai sesi maaf memaafi,saya tegaskan agar jangan diulang kesalahan lama. Untuk saya maafkan mudah,lupakan mungkin sukar kerana seseorg tidak pernah melupakan bagaiman org tersebut membuatnya rasa.
atau dlm bahasa Inggeris,
One does not easily forget what one make them feel.
P/S:Sejujurnya saya sudah berada dlm fasa melupakan kesalahan dan mengambil pengajaran. (sy betul2 dah lupa salahnya,cuma setelah bercakap baru sedar apa yang pernah berlaku dan perasaan ketika peristiwa itu berlaku muncul tiba-tiba)
Lebih2 lagi sy sgt defensive terhadap kebahagiaan saya. Defensive merupakan sikap yang saya perolehi setelah sy tahu akan kemungkinan sikap seorg manusia kpd kita. Sy sedar setelah bertahun-tahun saya cuba membaiki hubungan dgn seseorg yg sy hormati,ada sesetengah perkara dlm hidup ini tidak berbaloi untuk kita korbankan kebahagiaan kita.
Saya sedar setelah sekian lamanya saya menyalahkan diri kerana saya HANYA MEMILIH UNTUK MENJADI DIRI SAYA YANG SEBENAR,lalu saya mengharapkan kepeduliaan dari org yang tidak akan pernah peduli.
Berapa ramai manusia mengharapkan pengiktirafan dan kasih sayang daripada manusia yang sememangnya tidak akan kisah? Kita meletakkan nilai kebahagiaan kita kepada org lain, lalu menolak nilai diri kita yang sebenar semata-mata mahu diterima atau diiktiraf?
Tidak,saya sudah lama berhenti mengharap akan kebahagiaan dari manusia lain. Saya sedar kebahagiaan perlu datang dari dalam diri kita. Persepsi kita tentang kehidupan bukan persepsi manusia lain.
Kita perlu melihat kehidupan dgn pandangan mata hati kita bukan dgn pandangan mata hati org lain. Itu yang jadinya dek kerana kawan2 aku hisap dadah,maka aku pun kena hisap dadah.
(sahabat yg baik sukar dijumpai,bila dh jumpa,jaga hubungan pula.=))
Raikan dirimu teman
RAIKAN DIRIMU teman... Raikan perbezaan dan keunikan dirimu. MUSTAHIL adanya 2 personaliti yang sama. Serupa ya,sama tidak. Malah bertentangan sekaligus pun ada.
Saya bersyukur kerana kesihatan saya makin pulih dan diberikan erti nilai sebuah kemaafan.
Kemaafan itu perlu berdasarkan keikhlasan,ketelusan dan kesedaran yang tinggi bahawa tidak semua manusia sempurna. Terlalu senang mengucap maaf,maka nilai kemafaan individu tersebut kosong. Terlalu sukar,maka nilai kemaafan itu akan jadi terlalu buruk dek kesombongan dan keegoan.
Lalu berapa nilai kemaafan? Ia bersamaan nilai dengan sebuah kesedaran betapa sayangnya Allah pada manusia,betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya dan betapa Allah telah sedia maklum, manusia ciptaannya tiada yang sempurna.
Jadi teman,
Kemaafan itu terlalu tinggi nilainya,pandai-pandailah kita meminta maaf dan memaafkan!
6 comments:
memaafkan itu indah, pasti lebih indah kalau dapat lupakan kisah disebaliknya dan itu adalah yang paling sukar
gud luck 4 your exam
salam anum...
ni anum ex semashur kan?
remember me?
=)
lama tak dgr kabar..
Anum... maaf Anum.. ana lagi lame x singgah blog kawan2. Ade masalah sket disini.. tetibe kene pindah rumah. Anyway, betul kate Anum. Dalam kesempatan yang same, ana minta maaf ye, walau baru berkawan, andai terkasar bahasa, atau terkata tanpa niat. Rindu Anum!~
anum,
ni naufa la..ingat tak?
ermm..
dulu kan awk slalu marah kte sbb kte slalu nangis mase form 1..hehe
hehe..kte tak marah la..terasa pun tak..rasa nk jumpa balik kwn lama nih..
tc,anum..
tu la..ikmal pun naufa dh lama tak jumpa..lama sgt..ctc number die pon ntah ke mana..syaz lagi la tak tahu nk ctc macamana..
all the best!
Post a Comment