Thursday, October 30, 2008

Berkongsi Kejayaan...

TIT!
Message dari hp saya berbunyi. Malam ini tinggal 2 hari sebelum final. Saya tersedar dari fokus papan monitor laptop kesayangan. Otak sy ligat...maklum,sejak akhir2 ni blog sy dipenuhi kata2 yg melankolik.


Knp melankolik? Sy yang memilih utk melayan perasaan. Semenjak masuk semester ke-3 Fakulti Farmasi,sy dipenuhi jadual padat dan mula memberi ruang pd diri utk mengenali dalam teman2.Teman di universiti agak berbeda dgn teman2 sekolah. Kita punya karakter tersendiri,kesukaan dan prinsip yg unik khas utk diri sendiri.



(convo same2 mesti best!!)
(UiTM puncak Alam...uuu...next year dah pindah...)

Berakhir sudah zaman kecelaruan identiti,era remaja yang penuh dgn keanak-anakan dan realiti merupakan wira sejati yang bakal ditempuhi(ini saya ambil dari tulisan Dr. Irfan,presiden Persatuan Alumni Doktor USM,PADU).





Kekalutan identiti disedarkan dgn KITA ADALAH APA YANG KITA PILIH. ketahui teman, dunia tidak terbahagi kpd jahat atau baik.


Dunia dipenuhi oleh manusia2 yang memilih,krn kejahatan dan kebaikan ada dlm diri setiap insan. Lantas hanya tinggal memilih. Berpandukan apa pilihan kita? Di sini dtgnya PERANAN DIDIKAN AGAMA yang kukuh.
Mengambil hp dan menjawab message. Dari adik angkat sy rupanya(lbh tepat dia abg angkat krn dia lg tua) Sya mula berdiskusi secara ringkas ttg tekanan exam. Tekanan mesti ada cuma sejauh mana kita benarkan ia pengaruhi kita. Lalu nada melankolik saya ada dlm message2 diskusi. Sy katakan sy gusar dan bimbang. Lantas dibalas dgn kata2 semangat dan ajakan motivasi.

Inilah gunanya TEMAN. Dia/mereka tidak semestinya mempunyai jwpn yang tepat atau sentiasa berada di sisi. Sebaliknya seorg teman berusaha membantu dgn cara yang termampu dan segalanya berakhir dgn keputusan pemilik badan.




Lalu saya simpulkan yang di Universiti tujuan berteman mesti ikhlas dan tiada agenda tersembunyi. Kita boleh memilih teman yang baik tetapi PERTAMA-TAMANYA ADAKAH KITA SUDAH MENJADI TEMAN YANG BAIK ATAU TIDAK?


Saya juga akui tiada siapa yang sesempurna baginda Nabi. Dari hadis sahih, Baginda pernah berpesan agar mengerjakan kebaikan yang menghampiri kesempurnaan,lantas sama halnya dgn berkawan.

Sempurnakanlah niat anda untuk bersahabat,bertemu atas redhaNya dan berpisah atas redhaNya.



Dalam hal meniti kejayaan pula,memang senang utk study sorang2 dan berjaya juga seorang2. Tetapi yang terbaik dan sukar ialah membawa org lain berjaya bersama kita. (ini idea yang sy sgt sokong dan sy contohi dari laman web saifulislam.com).
Ya mungkin dgn kwn2 sekuliah atau sekelas agak janggal utk merasa nikmat membawa kejayaan bersama2 tetapi bagaimana pula halnya apabila melibatkan keluarga kita?


Contoh,sy punya adik perempuan yg bakal SPM. Dia meminta sy mengajar Sejarah sdgkn sy juga dibebani persediaan final. Boleh sj sy ketepikan permintaan dia.Tetapi sy juga mahu dia berjaya. Kejayaan itu lebih manis jika dikongsi bersama. Lalu alternative apakah yg terbaik? Ya mari menuju kejayaan. Bersama2.


Sy akui bukan mudah apabila melihat org lain meraih kejayaan dan kita terus ditinggalkan. Lebih2 lg org itu pernah meminta ajaran kita.



Tetapi teman,yg penting berkat kejayaan itu. Adakah berkat itu sedikit atau banyak? Kerana bg Allah s.w.t. org yang berjaya ialah orang yang paling mengingati mati. Bukan bnyknya sijil atau penghargaan dr anak murid sebaliknya konsep kelestarian ilmu. Ilmu yang bermanfaat akan menjadi bekalan untuk kita selepas mati.


Saya menutup diskusi message sy dgn kata2 semangat utk 'adik' angkat sy.Lalu sy kembali menghadap laptop menutup artikel dari laman web saifulislam.com dan bersiap utk tidur.


Doa sy andai sy ditakdirkan 'pergi' malam ini, moga ilmu yang dikongsi memberi bekalan berpanjangan ketika saya sudah tiada di dunia ini. Amin...

Tuesday, October 28, 2008

belajar melepaskan rindu pergi...

Saya pulang dari perantauan 2 tahun lalu. Setelah saya membuat keputusan yang agak memeritkan jiwa saya sendiri. Hidup saya tidak seindah yang saya rancangkan. Allah sentiasa mempunyai ketentuan yang memenuhi keperluan saya. Dia sentiasa memberi apa yang saya perlukan.



Saya agak sukar untuk menulis kisah hidup saya. Setelah di'tag' dan secara serius menilai diri,saya sedar saya benar2 telah berubah. Dan mengharap untuk kembali ke masa silam adalah perkara yang paling gila. Tapi saya tidak mengharap akan masa lalu... saya cuma mahukan masa sekarang yang baik agar masa depan saya lebih baik...




Sejak pulang,saya dapati saya mendapat segala yang saya inginkan,tetapi saya masih tak gembira. Saya kehilangan sesuatu yang lebih penting. Jiwa saya. Jiwa saya yang sentiasa bebas,bebas membuat keputusan,bebas belajar dan bebas mengejar impian.

(di USM ada katil saya dipenuhi kertas dan teddy bear jiran bilik saya setiap malam. Di UITM sy duduk di rumah..well...)



Di rumah saya cuba menjadi anak yang baik,walau adakalanya saya sendiri memendam rasa. Cuba menggembirakan org2 yang saya sayang,tanpa menggembirakan hati saya. Terasa begitu sukar sekali menelan air liur dan hidup dgn tenang. Saya sedar,saya sudah jauh dari cita2 saya,dari diri saya yang sebenar. Saya tidak lagi berimpian besar,jiwa saya murung krn di'kurung' dalam sangkar emas rumah.

Tidak,ibu bapa saya sgt baik. Mereka tahu saya sakit dan sgt memerlukan perhatian. Mereka mahukan yang terbaik.Cuma....saya ini. Saya yang meniti usia 21 tahun,mengidamkan pengalaman hidup yang mematangkan.InsyaAllah saya mahu merantau lagi setelah saya sakit teruk 2 tahun lalu. Sgt sukar keputusan kali ini. Kerana mama tidak mahu saya pergi krn sy anak yang paling dia tahu amat sakit dan ayah pula dari dulu sebelum saya kena SLE memang sgt protective,dan sementelah saya sakit,dia lebih protective.

(snoppy graduate,impian kecil saya ketika di USM. Sekarang di UITM pula...Aja!!!)


Malah ada masa sgt keterlaluan. Saya sgt lemas. Dan saya juga rasa berdosa yang amat sangat. Dosa kerana saya menilai kasih sayang mereka keterlaluan sdgkan mereka hanya mahukan yang terbaik. Aduh....saya mengeluh dalam hati. Sukarnya cinta dan cita2.

Bukan mudah saya ingin meluahkan semua ini. Saya kuatkan hati,muka saya senyumkan dan masih sempat mengusik teman dgn jenaka kecil yang tak seberapa.Saya meneruskan kehidupan,walau hati saya sgt berat. Saya mengulang baca buku La Tahzan dan cuba mendalami intinya dengan lebih baik kali ini.



(di China,sy gila pack bags and fly away!)


Teman,
Ingatkan saya pada kekuatan diri. Ingatkan saya dengan kata-kata janji Rabb pd manusia yang sabar dgn dugaanNya. Pesankan saya dengan pesanan orang soleh agar jiwa saya bertambah tenang. Izinkan saya melepaskan rindu ini pergi...

Wednesday, October 22, 2008

Ada apa dengan...?

Saya dikejutkan dgn tag dari seorg teman. Tersenyum kecil saya sebentar apabila membaca blog dari seorg teman ini.

Dari rules tag ini sy perlu menceritakan 7 perkara mengenai diri saya. Hm... diri saya? Sy penulis kecil ini sentiasa menilik buku-buku penulis besar agar bicara blog saya tidak simpang jauh maksudnya. Kali ini saya perlu menilik diri saya pula...

(termenung seketika kerana menilai diri amat penting bagi saya.Justeru saya memang paling kurang sempurna dan sgt memerlukan pengampunanNya.)

Ada apa dengan saya?
Ringkasnya...(sbb nak 7 je kan? jadi saya simpulkan terus je ya?)
Sederhana,suka bersendirian dgn buku,suka dgn ketenangan,gemar merantau mengutip ilmu dan pengalaman,gila buku,suka berbicara ttg kehidupan dan
akhir sekali hamba Allah yang paling memerlukan pertolonganNya.
Jadi ada apa dengan saya?
(selamat menghadapi peperiksaan buat semua teman uitm dan salam ziarah buat pembaca blog kecil saya!)

Tuesday, October 7, 2008

untuk bertemu dan berpisah...


Saya amat suka pd pementasan,teater dan tarian tradisi. Cukup untuk katakan yang ia adalah sekadar minat warisan. Kemuncak kesukaan saya apabila PGL dan teater P. Ramlee mewarnai dunia teater. Selain pementasan-pementasan kecil seperti Aladdin,Malim Kundang dan sewaktu denganya saya mengagumi kecintaan warisan anak bangsa. Saya jatuh cinta untuk kesekian kalinya dengan dunia pementasan teater.

Acap kali saya memutar-mutar ingatan saya terhadap babak di mana P. Ramlee berpisah dgn kekasih pertamanya, Azizah. Dan babak itu menjadi kesukaan saya kerana adanya realiti yang tidak kurang hebatnya.

"Kenapa aku mesti pergi Azizah?"

"Kau mesti pergi Ramlee. Cita-citamu,Takdirmu di Singapura."

Senyap.

"Kita ditakdirkan untuk bertemu dan berpisah Ramlee"


Lalu Ramlee pergi mengejar cita-cita membawa cintanya kepada Azizah sebagai semangat. Saya jadi sgt rindu pada babak tersebut. Dan lagu Engkau Laksana Bulan menjadi bukti.

Entah kenapa saya suka pada realitinya dan kurang dgn bait2 lagunya. Ya,sekadar hiburan yang punya mesej. Namun saya jadi terkesan dan menghayatinya dgn lebih jauh.


Tetapi saya akui dengan sejujurnya, larangan dan suruhan Tuhan kabur di dalam dunia hiburan ini. Itu memang saya akui.


Dan saya diberi Tuhan untuk mengenali 'dunia' ini di mana gemerlapan cahaya kamera merosakkan peribadi dan cerita sensasi sebati dengan perjalanan karier. Teman2 di sekeliling mengatakan tuahnya saya berada di pentas of "attention".

Ingin saja saya jerit yang saya amat berlainan lansung!! Saya hanya di pinggiran dunia 'sensasi' ini dan saya mengambil iktibar kerana saya tahu bukan ini yang saya mahu. Di dunia ini kawan boleh jadi lawan dan sebaliknya.



Namun saya bersyukur kerana Allah mahu mengajar saya tentang karenah manusia. Allah mahu saya belajar dan menguji keimanan senipis kulit bawang. Saya jadi semakin tahu akan realiti sebenar kehidupan.

Saya cemburu pula pada golongan ilmuwan yang tersembunyi dan secara ikhlas menyebarkan ilmu. Saya jadi cemburu pula pada anak-anak yang dididik supaya besederhana dan dunia ini tidak bukan hanyalah mainan semata-mata. Tiada yang kekal. Ketahuilah teman,bahawa kata-kata orang alim itu lebih besar harganya dari dunia 'sensasi bukan-bukan ini'.

Kali ini saya menulis setelah penat cuba mengelak dari menerima hakikat yang saya sedang dan sudah pun berada dalam dunia yang 'berlainan'. Dunia naif saya ialah ketika kecil,belajar utk dptkan tiket ke universiti,kemudian di universiti belajar utk tiket pekerjaan dan akhirnya keluarga yang sederhana saja. Tetapi tidak terfikir akan ditempias oleh wadah2 yang luar jangkaan akhirnya menyebabkan saya menilai semula diri yang jauh dari kecintaan sebenar saya.



Benarkah? Saya ditakdirkan untuk bertemu dan berpisah dengan cinta saya? Cita-cita saya yang saya anggap cinta abadi dahulu ditelan realiti kehidupan. Atau ujian Allah kerana kita merancang Tuhan yang menentukan?



Saya amat memahami perasaan kehilangan sesuatu yang paling dicintai dan disayangi. Saya memahami kesedihan itu kerana saya kehilangan cita-cita saya yg merupakan cinta abadi saya. Tetapi saya juga tahu yang Allah merupakan pemilik segala cinta. Saya serahkan segala-galanya pada Allah.Saya berdoa semoga akan ada cinta cita-cita yang lebih baik dan diberkati diganti oleh Pemilik Segalanya.


Semoga saya semakin mendekati Pemilik Nyawa saya. Pemilik kpd segala cita-cita!