Wednesday, September 15, 2010

HEALING.(hopefully...)

TIDAK MUNGKIN 2 CINTA BERKUMPUL DALAM 1 HATI

Sejak sy pindah ke rumah sewa,privacy saya sedikit terganggu. Termasuk rutin belajar dan performance. Kepenatan badan yg melampau(fatigue) memang sudah sy jangkakan. SLE masih tiada belas kasihan pada saya.
Entah mana silapnya,sy juga tidak tahu. Hinggakan sy tidak mampu berdiri lama terutama waktu petang,setelah sepanjang hari di kuliah. Sepanjang bulan Ramadhan,lemah badan bersangatan. Sy gagahkan juga balik ke rumah kerana hanya rumah sahaja yang mampu menjadi 'wad' saya.

Sy banyak beroperasi di rumah. Mujur dekat,jika tidak sy sendiri check in masuk hospital. Memang sy betul2 rasa tidak sihat.Sukar...adakalanya menangis bersendirian memikirkan andai sy belajar di tempat jauh,pasti sy tidak mampu menamatkan pengajian. Mungkin SLE sy semakin teruk menyerang organ penting.

Saya tidak mahu dialisis!! Apatah lagi kidney transplant.

Kenapa Tuhan bagi saya sakit? Sy yakin Dia tidak akan mengabaikan saya. Saya yakin ada banyak hikmah di sebalik segala peristiwa. Saya tahu kerana saya ini hamba-Nya. Siapa pun saya,saya layak diuji.

peneman setia saya-Oden. =) Sayang,terima kasih kerana selalu membuat saya ketawa dan tersenyum....
p/s: Hey self,listen-Tahukah kamu kenapa sy masih mahu tetap belajar? Kerana sy mahu jadi orang berguna. Mahu jadi manusia yang mampu berdikari dan menyumbang kepada orang lain. Saya sudah berjanji pada diri, selama hayat saya saya tidak akan menyusahkan atau menjadi beban pada orang lain.NOKTAH!

MY LATEST FAVOURITE,HEALING-by SAMI YUSUF.



2 comments:

Ophe said...

anumz,
sungguh, aku sering dan akan terus mendoakan kamu dari jauh..

anumz sarah said...

Salam koishie,

terima kasih sahabat.=) Semoga Allah membalas jasamau...