Friday, April 16, 2010

FLY-Part of growing up.

RUTIN YG 'MEMBUNUH'
Tidak disangka rutin yg bertujuan utk menfokus kepada pengajian akhirnya 'membunuh' jiwa. Sengaja memilih utk tidak balik setiap minggu seperti sem lepas kerana menyangka dapat fokus lebih dan score lebih(kononnya) jika berada di puncak alam nan permai itu.
Brgkali suasananya terlalu permai? Atau sy yg salah langkah lupa menyeimbangkan tuntutan diri utk beriadah dan berehat juga?

Saya akui sy agak menekan keupayaan diri memberi yg terbaik utk research, presentation, menyiapkan asignment,study utk test dan focus dalam membina sebuah karier. Masa yg terlalu padat dgn mula mengenali dunia pekerjaan mengundang stress yg kuat amat. Akhirnya sy jadi menyampah pada research sendiri akibat tekanan supervisor yang terlalu tidak realis dlm memberi panduan research.

"Sy mahu awak cari sendiri dulu..."katanya.

Ya, sy tidak kisah jika saya hanya menumpu pada research sahaja. Sya punya tuntutan 5 subjek lain!! Kelas jam 8 pagi hingga 8 malam. 2 hari dalam seminggu menumpu pada praktikal hospital. Ditambah mini project ala research di hospital lagi.

Maklum sy undergraduate.Fokusnya pd tuntutan subjek peperiksaan yg menjadi syarat utama mendapat ijazah. Noktah!

Lalu terkumpulnya suasana negative yg menyebabkan diri sendiri hampir tekorban. Antara menghormati pensyarah untuk subjek nan satu itu atau mementingkan diri untuk fokus pada keseluruhan pengajian yang menjadi tuntutan pengijazahan saya?

BUKAN HATI KERING

Dalam nahas kapal terbang, kita dinasihatkan menyarungkan alat bantu pernafasan kepada diri sendiri kemudian baru membantu orang lain utk menyarungkan alat pernafasan tersebut.

Pokoknya diri sendiri mesti benar-benar sudah mantap baru dapat membantu org lain. Semester ini mengajar sy untuk benar-benar menjadi seorg pelajar yg mantap, realistik dalam optimis dan mementingkan diri sendiri bukanlah satu perkara yg salah.
Ia penting utk survival dalam dunia yg serba mencabar. Bagaimana untuk membahagiakan org lain jika diri sendiri tidak bahagia?

Tidak sy tidak mahu menjadi lilin yg membakar diri menerangi org lain lalu habisnya lilin itu tidak adalah cahaya lagi.Lilin bukan opsyen utk menjadi hebat dalam memberi.

Selagi hayat dikandung badan,berbekalkan kudrat yg masih kuat sy mahu menjadi cahaya itu sendiri. Menerangi diri dan org lain dgn ilmu berguna. Disertai akhlak yg memenuhi tuntutan agama.

Akhirnya sy buat keputusan, pulang memuhasabah diri. Menilai semula di mana letaknya fokus sebenar, tujuan usaha dan tujuan bercita-cita.

Semoga Allah memberikan bantuan-Nya. Amin.


p/s: realistik yg optimis=It's achievable.

6 comments:

Anonymous said...

ive done my research by myself jugak. so i knoe how hard it is. So, gud luck to you.. cube la jadi lilin yang boleh menerangi sume orang.. hehe

nadzwareina said...

sabar ye kak, nasib baik research dh setel.. tgl project site je.. bolehla tumpu utk final skrg..

all the best 4 final ye. gudluck~ :-)

anumz sarah said...

Salam kak,

Thank you for the comment. I really appreciated it. InsyaAllah, sdg cuba jadi lilin yg tak cair...=)

anumz sarah said...

Salam wawa,

Thank you wa. Itupun masih ade jugak yg nak kena betul.Nope,I made decision to focus on finals. Well you got to do what yo got to do to survive. Happily.

p/s:Goodluck to you too dear.=)

fareast said...

banyak dugaan ya saudari anum, apapun yang terbaik.

All the best untuk exam.

anumz sarah said...

Salam fareast,

Syukran akh.=)