Thursday, February 18, 2010

Mencari cinta Masjid Biru.

Firman dalam surah Al-Baqarah,ayat 45;

“Dan mintalah pertolongan(kepada Allah)dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”

BLUE MOSQUE


Blue Mosque. Itu yg dikatakan dia kepada saya. Kelibatnya memang pantas mengambil gambar masjid biru tesergam indah di Bandaraya Shah Alam ini.

Langkah kaki terasa sekejap apabila berjalan bersama membincangkan tentang pengalaman, pegangan dan pendapat masing-masing. Saya mengakui dgn jujurnya sya masih sangat berusaha memegang utuh prinsip Islam Ad-din.

Maka segala dlm hidup ini mesti berpaksikan Islam. Segala yg ada dalam Quran dan Sunnah. Sedangkan dia berpandukan berpandu setengah kitab bible dan setengah lagi segala apa yang hatinya mahu. Pendek kata ikut saja apa yg dianggap betul oleh hati dan akalnya.


Lantas saya dpt merasakan betapa bertuahnya org Islam yg bertunjangkan akidah sebenar dan AlQuran sbg kitab yang pasti,terpelihara lagi suci. Namun ingin saja sy terangkan yang saya juga masih mencari,tidak terkecuali dari kesilapan sebagai manusia cuai lagi lemah,tetap juga ada senarai dosa.


Bercakap dengan V membuka minda dan hati betapa saya ini masih memerlukan usaha terus menerus mendalami agama Islam itu sendiri. Sya tidak sempurna. Malah saya bagai menjalani peperiksaan kekuatan pegangan akidah apabila berdiskusi dengan kenalan German sy ini.

Taman di sekitar masjid biru Shah Alam meneman segala hujah kami. Al-Quran,Sunnah,perang Salib dan tunjang kepercayaan.Semuanya mewarnai perjalanan petang kami.

KICK OUT

“I’ve been kick out from this mosque.” Ujarnya lagi. Tetapi dia masih mahu datang di perkarangan masjid besar Shah Alam,mahu mengambil gambarnya dan mahu menikmati keindahanya.

Kasihan pula saya mendengarnya. Memang benar,polisi masjid di Malaysia tidak mesra. Tetapi siapalah saya utk mempertikaikannya. Di luar Negara terdapat sesi lawatan yang dibenarkan malah ditetapkan masa yang sesuai utk non-muslim ini melihat bagaimana ibadah solat dijalankan.

Malaysia masih dibelenggu stigma masyarakat. Mudah sangat melenting bila dikritik atau diajukan soalan. Kritikan bagi orang Melayu ialah sesuatu yang tidak baik dan seperti ‘ menjaga tepi kain orang.’

Kemudian bermulalah episod ” Bangsa Melayu tidak maju.Kenapa? Bangsa Melayu berada di takuk lama. Dan juga segala tajuk yang mempersoal mengapa,mengapa,mengapa dan mengapa lagi bangsa kita tidak berubah?

Kritikan bermaksud kita diperhatikan,dan org yang mengkritik itu tahu kita berpotensi dan mahu kita menuju ke arah potensi yang dilihatnya.

Saya tidak pasti pula dari mana asalnya kata-kata ini,tetapi saya pernah membacanya dalam artikel di sebuah surat khabar.Namun,pertikaian bangsa tidak sehebat pertikaian agama. Agama yang menyatukan bangsa. Pendek kata perjuangan agama itu tetap yang pertama kemudian barulah seterusnya.

SEKITARNYA

Satu keluarga melintas kami dengan pakaian sukan. Lengkap si kecil dengan kasut sukannya,tudung kecil yang comel bersama ayah dan ibu tercinta. Pemandangan mendamaikan di taman ini. Malah digalakkan lagi.

Juga si ayah membetul raket sambil diperhati isteri sebelum bermain badminton dengan anak-anak mereka.Melalui sebuah padang besar berdekatan muzium Shah Alam dan perpustakaan yang pernah mewarnai memori saya.


Di situ ada seribu satu kenangan di mana sy selalu menyertai pertandingan melukis dan mewarna. Juga pertandingan membaca peringkat sekolah.Kenangan manis di perustakaan ini jarang sy kongsikan bersama kerana ia sgt manis bagi saya. Maklum nanti dikatakan masuk bakul angkat sendiri pula.

Justeru sy diamkan saja,menelan memori itu lalu mendengar hujah V tentang pengalamannya di Filipina. Mentafsir jiwa kenalan Negara yg terkenal berteknologi tinggi ini.

“In Philiphines the girls there usually tried hard to marry Mat Salleh so they can send a lot of money to their family. I ask them that what about if they don’t love their husband. They answer that we can learn to love. I meant…they just do whatever it takes to get their goal regardless whether is the right way or not”

MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA

Matlamat tidak menghalalkan cara,itu prinsip Islam. Dan kenalan saya ini seperti kebingungan mencari maksud dalam pengalaman barunya di Filipina. Kasihan juga apabila melihat seorang manusia seperti dia kebingungan mencari jawapan pasti dalam kehidupan.


Sekali lagi saya bersyukur kerana dilahirkan dalam keluarga Islam yang mendalami agama Islam. Betapa pentingnya kesedaran beragama dan mengaplikasinya dalam kehidupan. Saya tersenyum dan dia lebih bingung.

Ketenangan taman masjid biru menemani kami sepanjang petang yang tenang. Allahuakbar,sy zikir dalam hati.


Lalu saya terangkan dengan daya yang ada tentang bagaimana Islam melihat cita-cita dan bagaimana Islam mengiktiraf hanya cara yang betul dan sesuai dengan ajaran Islam saja dibenarkan. Tidak pernah ajaran Islam itu melarang umatnya menjadi kaya ataupun meraih kejayaan dunia. Malah digalakkan mencari ilmu hingga peringkat tertinggi lagi.

BERANI KAYA,BERANI TAKWA!

Cuma seperti tajuk sebuah buku yang saya jumpa kala saya menunggu giliran di hospital; Berani Kaya Berani Takwa,begitulah Allah mahu hambaNya menyeimbangkan dunia dan akhirat.

Akarnya tetap mencari redha Allah dengan belajar bersungguh dan mengerjakan solat 5 waktu bersungguh-sungguh juga. Tunjangnya boleh kaya dan masih menunaikan zakat,menderma dengan ikhlas dan tetap dalam ajaran agama-Nya.

Dia menggeleng kepala. Betapa dia melihat Islam itu susah kerana banyak betul undang-undang atau rule. Sedangkan saya berasa bahagia dalam segala rule yg ditetapkan oleh Allah. Itulah bezanya definisi kebahagiaan kami.

Lalu sy tenangkan hati dengan kalam Allah yang menyatakan

Surah Al-An'am,ayat 125-126

Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.(125)

Dan inilah jalan Tuhanmu (ugama Islam) yang betul lurus. Sesungguhnya Kami telah menjelaskan ayat-ayat keterangan (Kami) satu persatu, bagi kaum yang mahu beringat - insaf.
(126)

Bukankah hati-hati itu milik Dia?


Tahukah kamu bukanlah yang menyelamatkan kamu itu dari api neraka dan memasukkan kamu itu dalam syurga bukanlah kerana amal kamu. Tetapi kerana Dia mengkehendakinya.

Saya hanyalah hamba-Nya yang diselamatkan oleh Dia dan juga sedang berusaha menjadi hambaNya yg terbaik dengan menerangkan serta mempertahankan agama Islam tercinta.

Segalanya pun terserah pada Yang Maha Memiliki.Pencarian cinta sejati saya tetap berada dalam ruku’dan sujud pada Dia. Semoga Allah mengekalkan cinta dalam ruku’dan sujud itu. Amin.

No comments: