Wednesday, February 10, 2010

Lupakan aku Februari!

PINJAMKAN CINTA

Memaksa diri dalam penat melampau untuk memuhasabah diri. Setiap saat yg ada bagai emas tak ternilai,kerana sudah maklum akan jadual padat esoknya.Begitulah rutin kini. 5 hari setiap minggu yang sarat.

Walau penat tak terlarat,sempatkan juga bacaan Al-Quran atau solat sunat 2 rakaat. Kata Mama, Allah itu tetap pertama dalam segala hal pun. Memujuk dengan cerita sabar hasil kelas tazkirahnya di Pusat Islam Shah Alam.

Mengganti gelisah dgn tenang. Pinjamkan tenang dan cintaMu ya Rabb. Yang telah aku hilangkan dengan urusan duniawi yg remeh dan melalaikan. Pinjamkan semula kemanisan sujud dan ruku’ dalam solat 5 waktu yg terkdg aku terkejar-kejar mengerjakannya.


Pinjamkan cintaMu itu agar ruang hatiku tidak dipenuhi cinta yang lainnya.

Febuari,

Janji bertemu di ruang KLIA yang tidak bertamu,

Segala tentang kita Dia saja yg lebih tahu,

Aku,kamu hanyalah sebuah omongan tatkala senja,

Biarkan saja malam datang pada kita.

Lupakan aku Februari!

Lupakan kisah khayalan,segala dongengan.

Kerana aku punya sebuah cinta pasti.

Antara Dia dan aku,

tidak pernah ada kamu.


Beritakan angin, tegaknya pohon zaitun di tanah gersang Anbia,

begitulah tegaknya sebuah cinta hamba.

Akhirnya tetap pada yang Maha Pencipta.

Lahir dan matinya.

Usah bertanya lagi.

Lupakan aku,Februari!

FEBRUARI YANG BERKUNJUNG

Maafkan saya rakan bloggers. Sy tahu blog agak bersawang. Namun sy tak nafikan dengan 2 hari seminggu bilik kosong tepat jam 7 pagi hingga 7 ptg nanti,proposal research yg perlu disempurnakan,kelas 9 jam berderet ditambah mengurus keperluan diri sehari-hari menyebabkan sy perlu amat pada PRIORITISING.

Syukur, pening migrain yg hinggap hanya kadang kala saja. Itupun akibat tension dan fizikal badan yg diuji sakit. Apabila dibanding ujian saudara seagama di Palestin,mereka pasti tersengih menyindir. Apalah sangat diri yg diuji x seberapa tetapi menggelabahnya bukan main

“Apa sgtlah ujianmu berbanding kami yg berperang hampir setiap hari. Mahu keluar rumah utk belajar pun belum tentu selamat sampai ke sekolah andai ada peluru Yahudi laknat menembusi dada kami.”

Itulah kebarangkalian jwpn mereka pd ujian sy yg kecil lg kerdil.Ketika itu juga, sy akan malu sendiri. Malu pada Dia yg masih Maha pengasih setiap saat setiap hari.Kerdil mengenang diri yg kdg2 hilang sabar diuji masalah remeh .Andainya mampu,pasti sy tekan butang ' pause' pada segala kecelaruan emosi tatkala diuji bermcm2 ragam manusia dan kejadian.

Perancangan yg tak menjadi,karenah rakan sekerja ditambah beban kerja yg berderet datang bagai gerabak keretapi yg tiada penghujung.Lepas satu pergi,satu lagi muncul.

Semester 6 ini menguji kekuatan mental,jiwa dan fizikal. Jujur sy katakan andai tiada Dia,entah bagaimanalah mahu meningkat sabar kepada redha.Subhanallah..subhanallah...subhanallah...

Februari ini, planner saya sudah dipenuhi dengan pelbagai pen bewarna. InsyaAllah... ya InsyaAllah akan sy selesaikan segala kerja dgn sempurna. Mohon izin dariNya.amin.

p/s: baru dapat cuti seminggu. ^^

2 comments:

aisyah said...

Salam hanum...

lama dah saya tak jenguk blog awk..
rindu...~

Hanum, ujian yg besar utk org yg berjiwa besar inshaAllah.. semoga tabah.. ^__^ hanum mmg sentiasa optimis dari sekolah rendah lagi kan... hehe

"Memujuk dengan cerita sabar hasil kelas tazkirahnya di Pusat Islam Shah Alam."

... pusat islam?
yg kat taman kesenian islam tu ke hanum? mak saya pun ada attend kelas kat situ dulu.. ntah2 diorg ada jumpa..

kirim salam kat cikgu fatimah.. (lama tak jumpa cikgu2)

anumz sarah said...

Salam Aisyah,

Saya selalu teringatkan awak sejak akhir2 ni. Tak sangka pula rupanya ingatan sy bersambut.=) Syukran...Ya,pusat Islam di sebelah masjid besar Shah Alam tu.

Mak Aisyah pun ke kelas situ ya? Hehe...terasa kecil benar dunia.. InsyaAllah akan anum bgtau Mama dan sampaikan salam Aisyah. ^^

p/s: Saya rindu awak juga dan bimbingan kamu itu...