CUTI?
Seminggu ini seperti bukan cuti pun. Sabtu dan ahad dipenuhi undangan kahwin rakan dan aktiviti mengeratkan hubungan. Isnin hingga Jumaat pula diserbu assignment berjela dan literature review research.
Ini pertama kali sy berasa penat ketika bercuti. Terkenang yg sy dan rakan sekuliah menjelajah hospital UKM demi mendapatkan prosedur kajian yang betul. Allah itu Maha Pemurah... Kami dapat bertemu dengan Prof Datin Norella Kong yang merupakan seorg doktor berwibawa dan sentiasa menjalankan kajian mengenai penyakit SLE.
Hamdalah berdengung di ruang hati.Syukran Ya Allah. Bukan mudah dapat bertemu idola bidang pengkajian seperti beliau. Betapa gembiranya hati hanya Allah saja yang tahu. Beliau turut mahu membantu dan memberikan standard protokol research yang perlu dihantar nanti.
Usai pertemuan dgn beliau,datang pula senarai tugas kerja yang baru. Menulis literature review dan proposal research. Dan syukur Alhamdulillah juga sy bertemu tajuk research yang sesuai dan hanya ada satu minggu untuk menyelesaikan protokol sebelum proses permohonan membuat kajian di hospital terpilih dijalankan.
Terbeban juga diri sebenarnya.... Mengenang kudrat pejuang Islam di medan perang dan semangat seorang wanita bernama Sumayyah,sy tidak jadi mengeluh. Ini baru 'perang' pen dan kertas!
Sajak: Puisi juga sudah terukir.
Semalam,
bersendirian mengharungi sepi kota
Sambil terkenang kembali
memori pilihan
Namun,
kenyataanya Adam tetap sunyi tanpa Hawa,
Tergigit hati dengan realiti,
Tersentuh naluri dengan fitrah yg terpenuhi.
Kagum,kaget dan semuanya bercampur baur.
Harus bagaimana diri mencari erti kebahagiaan sejati?
Wajar ditipu diri, atau...
Berani menghadapi pilihan sendiri?
Kelak,
Kelak pasti ditemui ketentuan Dia,
Kerana bukanlah mahu menuntut nafsu semata,
Sudah janji yg segalanya sudah diserah pada Dia,
Puisi juga sudah terukir,
Aku percaya pada Tuhanku yang mencipta langit dan bumi,
Menguasai alam nan semesta,
Telah Dia ciptakan jodoh untukku,
Yg menanti sama seperti aku menanti dia,
Penuh kesucian,keimanan dan ketakwaan,
InsyaAllah,
Dengan Izinnya kami bertemu,
Di bawah naungan redha Nya
Kami bersatu.
hanum maisarah,1.05 pagi,Puncak Alam
6 comments:
semoga saudari anum terus tabah. iA.
anum..ayong ade dgr kt radio...anum punya fakulti ad wat event kt subang parade..btul ker?
salam saudara fareast,
Syukran atas doanya.^^
Salam ayong,
Ya,betul. Kami ada karnival kesihatan di mana perkhidmatan pemeriksaan kesihatan,pameran dan health talk oleh Makna diadakan. Di subang Parade 20 mac. ^^ Jemput datang ya...
p/s:Pemeriksaan kesihatan merangkumi BP,blood sugar test,lung peak flow meter,BMI dan mcm2 lagi. Jemput2 datang.=)
IAllah..cz umah k.yong dkt sgt ngn subang parade
Wah...begitu rupanya. Hehe... ape lagi ayong. sambil jalan2 sambil melawat pameran kami...
Post a Comment