Questionnaire merupakan alat research yg paling sukar sebenarnya. Kerana ia bukan kerja makmal yang penuh dgn kuasa memanipulasi.
Membuat soalan yg mampu membuktikan hipotesis anda benar atau salah amat sukar kerana soalan ialah manifestasi kepada statistik atau 'ukuran' ekspresi manusia. Qualitative dan Quantitative.Maka sy berusaha sedaya upaya mendapatkan Validated Questionnaires dari Jurnal Kajian yang telah diterbitkan.
Dan kekurangan kajian saya perlu diteliti satu persatu agar saya 'berpijak di tanah'dalam membuktikan sesuatu hipotesis.
Ya,optimis yang research sy mampu membawa kebaikan dan membuktikan hipotesis saya itu benar. Namun realistik dalam pembuktian yang soalan research saya tidak mampu membuktikan segalanya dgn tepat.
Benarlah Allah itu Maha Besar dan Maha Kaya,sepandai mana manusia itu,seorg hamba tetap tertakluk di bawah Kebesaran KekuasaanNya.Subhanallah...Subhanallah...Allahuakbar!
SUDAH JANJI PADA DIRI
Apabila diskusi mengenai Pharmaceutical Care,perkara yg paling dititik beratkan ialah kesahihan dan ketepatan maklumat dan diskusi saya.
Mencebur bidang khidmat kesihatan mempunyai cabaran tersendiri. Berganding bahu dengan doktor,nurse,dietician,ahli farmasi lain serta berjumpa pesakit memberi dimensi perkhidmatan kesihatan yang berbeza.
Setiap kata ialah penanda aras ilmu anda. Setiap patah perkataan itu melambangkan betapa seriusnya anda terhadap kerjaya anda. Malah kata-kata itu lambang peribadi yang kritikal dalam bidang kerjaya.
Maka,sy tidak mahu sebarang kata keluar dari dari ini. Segalanya mesti PASTI. Paling tidak pun jika tidak tahu seeloknya bertanya pd yang tahu. Mesti TAHU,MAHU dan MAMPU.
Justeru janji saya pada diri,tidak mahu menjadi sperti tin yang bising tetapi kosong ilmunya,ataupun ubi yang diam berisi tidak tahu menyampai ilmu apatah lagi mengaplikasinya.
Di hospital ini sy belajar utk 'mentadbir' diri. Di sini tiada cikgu atau sesiapa pun yg menegur mahupun membetulkan diri. Pandai-pandailah membawa diri. Menjaga diri agar kerja telus dan sedar yang Dia memerhati. Betapa dewasa ini dipenuhi tanggungjawab yg mencabar dalam dan luar diri.
DALAM SIBUK ITU SEKEPING HATI INI MERINDUMU
Setiap hari Isnin hingga Jumaat semester 6 dipenuhi jadual kelas menggila dan pergi jam 8 pagi balik jam 8 malam pula. Macam bekerja cuma tidak dapat gaji.
Dapat assignment,dapat discussion,case study dan comment pensyarah. Penat? Sy tidak mahu menggunakan perkataan itu. Kerana sy rasa agak bahagia dgn kesibukan ini.Kesibukan yang bermakna dan terurus berbeza dari kesibukan yang dibuat-buat atau haru biru.
Mengurus kesibukan membuat diri berasa penting sementelah setiap kerja yg dilakukan pasti Allah menghitung kebajikannya. Sy bahagia. Cuma sy mahu lebih gembira melakukan kerja secara profesional dan mencapai keseimbangan dunia aikhirat.
Tidak mahu terlalu mengejar dunia yg serba mengasyikkan lalu tenggelam dgn 'kebahagian urusan dunia'yg tidak pasti balasan Akhiratnya apa.Apabila sy dispens ubat sy tahu Allah memerhatikan sy meletakkan ubat dlm bin pesakit dan pesakit mendpt ubat dan dos yg betul. Redha Allah dan hikmahnya ada.
Namun sy tak nafikan kdg2 sy sibuk terlupa Allah yg sentiasa ada utk sy. Kerana sy rindukan juga saat-saat bahagia ketika sy dapat bersama Dia dlm sujud malam atau awal pagi yg bening. Masa saya dan Dia yg begitu pincang membuat kekosongan hinggap dan melalaikan.
Saya rindu pd ketenangan dlm sujud dan ruku' itu. Aih..... tugas tetap tugas. Solat tetap solat. Khusyuk pula? Istiqamah? Kemanisan beribadah? Begitulah dewasa ini. Sy mencari keseimbangan baru dlm tugasan yg semakin mencabar dan menekan dari pelbagai arah,
p/s:Temukanlah aku dgn redhaMu dlm setiap saat hidupku... Ya Allah....Bantulah hambaMu.....
3 comments:
semoga kita dlm redhanya Anum...hidupni kalao tanpa Allah..siapalah..kt..kt x kan puas..
semoga kt sntisa dlm rahmatnya...
Salam ayong,
Syukran atas doanya. Maaf sudah lama anum x berkunjung ke blog sendiri.Masa sgt mahal skrg dgn research dan hospital trainingnya...Alhamdulillah,sudah habis rotation department dan bakal selesaikan project site pula. Terima kash sgt2 atas doanya ayong.
sama2 anumz..ayong pon..taun ni jadualnye agak padat...dar pagi sampi malam..hurmm..x pela ..mcm ayong Allah kurniakan rezeki..untuk ayong mcm ni..huhuh syukur..
Post a Comment