Friday, January 22, 2010

Bukan sekadar dispensing.

PEOPLE DON'T CARE HOW MUCH YOU KNOW

Until they know how much you care.

Sudah 2 hari sy praktikal di Hospital Selayang di Inpatient Department(IPD).Walaupun 2 hari sudah cukup menggambarkan kesibukan yg bakal dihadapi nanti. Namun sy bersyukur kerana banyak ilmu farmasi yg dapat dipraktikkan di sini.

Pertamanya saya sgt gembira dgn prosedur 'Bedside Dispensing' yg membolehkan ahli farmasi klinikal melawat pesakit yang akan discharge dari wad dan melakukan sesi kaunseling ubat-ubatan. Ia satu prosedur yg membolehkan semua perkhidmatan kesihatan menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Ahli Farmasi dgn kaunseling ubat-ubatan,Dietician dgn kaunseling pemakanan dan Doktor yg merupakan Diagnose Maestro.Begitulah kira-kiranya pd pengamatan kerdil sy sepanjang 2 hari praktikal di Hospital Selayang. InsyaAllah sy akan bertugas pula di bahagian paling penting Farmasi iaitu Stor ubat-ubatan.

STOR ITU NADI JABATAN FARMASI

Nama saja stor tetapi ketahuilah jika tiada tempat bernama stor ubat-ubatan pasti kesemua aktiviti hospital itu lumpuh. Seperti peti ais yg mampu menyimpan pelbagai bahan masakan seperti itulah pentingnya stor ubat-ubatan kepada Jabatan Farmasi.

Tampak mudah dan kecil saja namanya tetapi di sinilah ubat CDR(cytotoxic drug) yg penting utk cancer treatment,Insulin pesakit Diabetes dan segala produk ubat-ubatan yg didapti di tgn pesakit hospital tersimpan. Itu belum lagi Dangerous Drug stor yg menyimpan dadah merbahaya dan sering disalah guna seperti morfin.

Ia menguji betapa bertanggungjwabnya ahli farmasi terhadap barang yg diterima,disimpan dan dibekalkan ke seluruh hospital. 3 perkara penting ujar Profesor Mansor,pensyarah Klinikal Farmasi kami;

Safe,Efficient dan Quality.

ALTER EGO

Namun ada satu perkara yg ingin sy tekankan di sini.Bagi sesiapa yg ingin mendalami bidang kesihatan sy ucapkan semoga berjaya dgn cemerlang dan dapat memberi khidmat terbaik demi Redha Allah.

Tetapi jika wang dan gelaran yang anda kejar,maka sy anjurkan agar menilai semula di mana letaknya integriti dan tujuan hidup diri.

Kerana di hospital ini terutama hospital kerajaan workload nya sgt banyak dan kdg2 menduga.Pesakit dari pelbagai bangsa,agama dan sejuta satu ragam manusia. Sedikit kesilapan dan alpa memberi impak yg besar kepada perkhidmatan kesihatan.Malah kaunseling pesakit ini bukannya seperti kaunseling orang sihat.

Kita perlu sudah sedia maklum yg pesakit terdiri dari pelbagai umur. Mak cik,pak cik,adik, bayi,ibu dan segala jenis manusia yg boleh didapati dlm semua peringkat umur. Kemampuan mereka memahami penjelasan kaunseling kita. Jika yg berumur ada yg tidak berapa dengar malah ada juga yg sukar faham.Kadang-kadang ada yg membantah,berdegil mahu dgn herba atau sekadar senyap sunyi tanpa sebarang kata.
Itulah hakikatnya. Hospital bagai sebuah lagi 'Universiti Kehidupan' yang bakal mengajar segala perkara yg tiada dlm buku teks sains perubatan mahupun index MIMS farmasi.Di sinilah perlunya SABAR & EMPATI DLM MEMBERI PERKHIDMATAN.

Belum dikira akan keperluan fitrah diri.Kesibukan yg melampau boleh saja menelan personaliti diri lalu tenggelam tanpa keseimbangan dalam diri.Berjaya dlm kerjaya tidak semestinya boleh berjaya membina keluarga bahagia. Pokoknya setiap cabaran ada penyelesaiannya.

Pernah sy terbaca dlm manjalah Nur yg mewanwancara seorg ahli Farmasi yg bertugas di pusat kesihatan Islam. Beliau berkata Mahu,Tahu dan Mampu.

Adakah anda benar-benar MAHU berkhidmat dalam bidang kesihatan?
Adakah anda benar-benar TAHU apa yg anda lakukan?
Adakah anda benar-benar MAMPU melakukannya?

Tepuk Dada,Tanyalah Hati.

2 comments:

fareast said...

nampak berat tugas yang bakal menanti Anum, apapun semoga Anum dapat menjalankan tugas dengan sebaiknya. Terutama dalam niat untuk mencari Redha Allah.

All the best...

anumz sarah said...

Salam fareast,

Terima kasih. ^^ Semoga anda juga berjaya dunia dan akhirat. amin.^^