Friday, October 16, 2009

MENCURI RUANG BICARA

INTROVERT PLUS EXTROVERT


Berjalan seorg diri di Puncak mengasyikkan. Usai test Jepun yg menandakan tamatnya minggu paling sibuk semester 5 dan bermulanya minggu persediaan peperiksaan menyebabkan sy memerlukan sedikit masa bersendirian.

Masa bersendirian yg beharga. Kadang-kadang kita terlalu sibuk mengurus dunia sehingga terlupa mengisi urusan akhirat.Juga adanya perancangan-perancangan yg padat amat. Mengejar itu dan mengejar ini. Mujur ada solat yg menyedarkan. 5 waktu yg cukup bermakna sekali.

Kunci-kunci ketenangan ini... andai tiada gusar sungguh hati. Lalai sungguh diri.

Senyap menguasai diri seketika. Melambatkan frekuensi pemikiran yg penuh sepanjang minggu ini. Juga beberapa peristiwa yg mengusik arus kesibukan hari-hari. Panggilan dr seorg kenalan blog. Jemputan2 makan dan beberapa perkara tertunggak. Menghitung2 hari persediaan final...

KISAH PUNCAK

Penat singgah beberapa kali. Juga extreme fatigue yg mengundang demam. Perlahan sy menekup muka usai solat... penatnya... sudah hampir 5 hari sy lewat tidur dan sukar melelapkan mata.

Badan sudahlah penat. Mata pula sukar tidur. Hari ini di exam bertulis final Jepun sy mengalami runny nose... Dugaan pengajian brgkali.

Internet di puncak? Hampeh saja sy membeli bit defender utk 'for internet security' jika internet pun takde! Hampeh sekali lagi!!
Oh,semoga tabah menghadapi segala dugaan pengajian...amin...

KENANG-KENANGAN 2
" Anum!! best soto rumah anum!!" komen teman serumah saya di puncak alam.



Saya senyum. Memberi makan kpd rakan2 adalah satu acara kegemaran saya. Kerana ikhlas menyediakan hidangan yg sedap adalah satu kenikmatan ibadah jika niatnya betul.

Rumah keluarga saya sederhana. Hanya apa yg ada cuma. Dan Allah memberi kelebihan dgn 'air tangan' khas ahli keluarga saya. Sepupu sya yg terkenal dgn satenya,Kak Ira( sy tidak suka memanggil beliau maid..kerana saya menganggap beliau ialah keluarga.) yg pakar memasak bakso dan soto serta 'tgn menjadi' adik dan kakak.

Cuma sy masih tak sempat mencuba pencuci mulut puding karamel dan cheesecake blueberry. Lagipun masa sgtlah genting. Majlis ini khasnya utk office mate kakak tetapi bila mendgr mama memesan sate sbnyk 1000 cucuk,terus kwn adik dan saya masuk senarai tetamu.



Oh penat melayan tetamu... namun puasnya hati cuma Allah yg tahu...Mohon maaf pd tetamu jika ada salah dan silap...Terima kasih sudi menghadirkan diri ke majlis... syukran...


p/s: Maaf ya rakan2 bloggers. Frekuensi mengupdate semakin berkurang krn sibuk dgn final exam. TERIMA KASIH kerana sud singgah dan memberi kata2 semangat. Juga pada yg bertanya khabar di ruangan chat. Semoga Allah membalas jasa dan ingatan kamu dgn keberkatan berukhwah! amin...

2 comments:

fareast said...

Wah seronoknya raya, apapun selamat menyambut peperiksaan akhir.

Ganbatte Kudasai.

anumz sarah said...

arigatou gozaimasu fais san. semoga anda juga maju jaya di Jepun sana.^^