Sunday, October 18, 2009

Bicara Cinta dan Tawakal...

UKHWAH

Ketika ini Mama sedang melayan tetamu yg juga merupakan rakan beliau ketika Haji di Makkah dulu. Hubungan persahabatan yg terjalin di sana,berubah erat di Malaysia menjadi hubungan keluarga.Rupa-rupanya anak kawan mama berkahwin dgn kenalan keluarga di Alor Gajah Melaka.

Satu hikmah persahabatan. Betapa Allah itu Maha Besar dan Mengetahui maka kita sentiasa berada di bawah ketentuannya.




Suara gembira kedengaran di tingkat bawah. Usai menghidang makan dan menggoreng makaroni sy berundur ke atas utk mengemas bg2 utk pulang ke kampus. Hari sabtu dan Ahad merupakan kesinambungan kesibukan minggu lepas.

Sangka saya mahu 'melekat' sj di rumah. Malas mahu keluar. Namun pertemuan tidak dirancang dan kunjungan ke rumah sahabat pula berlaku. Juga beberapa laman blog yg agak lama tidak dpt sy kunjung kerana internet Puncak Alam yg 'sepantas kura-kura berlumba dgn siput'.




Sayu... blog Nolly diupdate dgn flare SLE yg menyerang CNS. Sy terpempan. Mengutuk diri kenapa lalai tidak bertanya khabar. Maafkan saya teman... Doa sy pd Dia agar menganugerahkan kamu dgn ketabahan sperti rasul-rasul Ulul Azmi. Doa sy pd Dia agar menemani kamu dan menyembuhkan kamu seperti sedia kala.

Sy rakan jauh kamu malah dari alam maya ini hanya mampu berdoa agar kamu sembuh sperti sediakala.Blog kamu yg terisi dgn keceriaan dan kesedihan itu amatlah sy damba dan sanjung . Kerana di disitulah ketabahan dan kekuatan kamu menulis hari-hari perjuangan kamu sbg pesakit SLE.Moga-moga Allah memakbulkan doa sy ini...amin...

CINTA DAN TAWAKAL

Pagi. Sy menyorot anak mata mencari surat khabar di halaman rumah. Ah sudah ada di atas meja rupanya...

Membaca tulisan Dr. Ridhuan Tee Abdullah dan penulis ruangan pendapat adalah kegemaran saya. Hari ini ada penulisan dari Dr. MAZA. Bertajuk Cinta dan Tawakal.

Alangkah indahnya penulisan beliau. Mahu saja sy turut serta bersama penulis ke Kota Makkah. Mama yg sering bercerita ttg Madinah dan Makkah. Menyatakan rindu yg tidak putus-putus. Mutiara di mata bertakung. Cinta Mama pd bumi Anbiya mengatasi segala lawatan Mama ke luar negara. Tidak seperti Bali atau Hadyai. Tidak menyentuh jiwa seperti lawatan lainnya.

Sy mendengar. Kagum,cemburu dan rindu walau tidak pernah bertemu.

Artikel Cinta dan Tawakal Dr. MAZA mengusik kalbu. Bertamu di bumi Dia hanya yg org2 yang terpilih sahaja. Sungguh-sungguh sy mahu turut serta. Ya Allah,layakkan sy bertamu di tanah terpilih Mu?

DI MANA MUSLIM SEJATI YANG REALITI?

" I had a friend from Iran who had made his Girlfriend pregnant. She forced him to marry her. Now,he's in a deep trouble."

Cerita V pada saya.

"Is He a Muslim?" tanya sy pula.



Suasana di restoran Hakim menjengah diri. Valentin dan saya minum petang usai menyelesaikan fotokopi nota Biotech di seksyen 2. Sy mahu pulang secepat mungkin. Dia pula mahu belanja sy makan.

Aduh... sy sbnrny bnyk kerja lg ni. Namun demi menghormati permintaan beliau saya turutkan. Hanya jus carrot yg sy minta. Membasah tekak dan menolak menu kedai Mamak. Sy bosan dgn menu Mamak kerana Daddy peminat setia mamak selalu membeli breakfast roti canai utk dibawa pulang ke rumah. Akhirnya sy beralih meminati kopitiam pula.

"Yup. He's a muslim." Sy mengerut kening. Dia meneruskan makan tghari beliau dgn mencubit roti canai pisang di hadapan saya.Namun ada sedikit kesinisan dlm nada beliau.

"He said that the girl throw herself to him. She make him do it."

Panas sy mendgr cerita V. Jika tak diingat menahan amarah itu pesan Baginda,pasti sy sudah mengutuk rakannya ketika itu juga.

"Men... doesn't matter whatever races or religion they are.All the same... I've read a book call a Thousand Splendid Sun by Khaled Hosseini. There's a statement 'like a compass needle that points north, a man accusing finger always find a women.'" komen saya.


Sebelum ke Hakim kami sudah berbincang lama di library UITM Shah Alam. Tentang tunjang perbezaan agama iaitu asas kepercayaan.Namun sukar sy mempertahankan Islam kerana kebanykan rakan beliau yng Muslim tidak mengamalkan cara hidup Islam.



Muslim yg minum arak. Muslim yg 'bersama' tanpa ikatan pernikahan. Muslim yg berpasangan sama jenis. Muslim yg ke kelab malam,berdansa tanpa segan silu mengalahkan non-muslim.

"Yup I'm Muslim."
Balas seorg teman yg Along pernah bertemu ketika lawatan beliau ke Eropah dulu. Gadis itu manis berbangsa Turki campuran. Along menikmati minuman latte dgn beliau di kafe Brussel.

"Oh ya,My Father is in Australia. He owned a vineyard." Sambungnya lagi.
Tergamam sebentar abg saya. Muslim apa yg mempunyai ladang anggur membuat arak?

Inilah beban saya apabila berbincang agama dgn V. Sy perlu menjelaskan kenapa 'muslim-muslim' ini,perbuatan mereka tidak lansung menggambarkan pegangan agama Islam. Baru sy sedar betapa besarnya tugas dakwah akibat wujudnya 'muslim-muslim' sekular ini.

CERITA CINTA GERMAN


Mengaku beragama tetapi tidak mengamalkan agama. Perbincangan kami kemudiannya berkisar kpd istilah couple dan cinta. Lemas sy dgn soalan cinta oleh V kerana beliau amat menyokong 'tinggal bersama' atas alasan mahu mengenali hati budi. Saya menarik nafas berat kerana dalam dunia saya tiada istilah couple islamic.

Hanya ada adab-adab taaruf dan cara mencari isteri/suami soleh/solehah. Sucinya hubungan lelaki dan perempuan dianggap pelik oleh V kerana alasan mencari mencari keserasian. Lalu membawa kepada komen sy terhadap kish cinta versi German.

"In German if we want the girl,eventhough the girl already had boyfriend we will fight to get the girl." Dia menghabiskan minuman teh ais limau dgn senyuman konon charming.


"Really? How uncivilised! " spontan sy memberi komen.

Tergamam beliau. Sy memandang dgn bersahaja.

"Well,if you really love someone then you want them to be happy even it mean he /she is with someone else. Love also mean letting go. But then if you and her are meant to be together I believe there's a better way to get your love ones. More honourable way. " explain sy pula.

Tak sangka ada jugak cerita hindustan di negara maju macam German.... Jika hidup bukan bertunjangkan agama.... lagaknya macam haiwan pun ada...

MAHU FOKUS


"I have to go V. " Segera sy mengangkat beg. Mahu segera pergi dari berbincang soal cinta pelik dan bangang ini. Malah sy mahu segera pergi kerana ada assignment. Sy sudah berjanji pd diri Sabtu ini mesti selesai segalanya.Usai menghantar beliau saya segera pulang.

Perbincangan yg ironi! komen sy dalam hati.

Beberapa hari lalu, seorg rakan blog menelifon. Beliau seorg yg sgt dihormati malah menjaga budi pekerti. Dan beliau pernah menceritakan betapa ramai rakan lelaki beliau yg begitu pemalu berkawan dgn perempuan sehingga sukar mencari pasangan.

Fitrah manusia mahu berpasangan. Lelaki mestilah tertarik dgn perempuan. Cuma cara mengendalikan opposite attraction itu berbeza. Mahu cara berhikmah atau lanyak saja?
Teringat saya pada tulisan Faisal Tehrani.
Surat Sebelas,Surat-surat Perempuan Johor.

Sudah tiba masanya kita timbulkan kebenaran sejarah. Kebenaran sejarah yg dibenam penjajah. Kita mesti menggunakan taktik Barat ini utk memperlihatkan kabangkutan mereka sendiri.

Ini pernah diisyaratkan oleh Dr. Mustafa Sibaei satu masa dahulu bahawa akan tiba satu masa anak cucu kita menggunakan miqyas atau ukuran Barat utk melihat kelemahan dan mengkritik mereka pula.


Taktik Barat ialah menafikan kehebatan Islam dan mengangkat kehebatan mereka. Taktik kita sekarang ialah mengangkat kehebatan kita dan dan menolak kehebatan mereka.

Kita menolak mereka kerana kehebatan mereka tidak sesuai dgn nilai-nilai Timur dn tidak cocok dgn akidah Islam.


Juga pd surat-surat ini.

warkah sepuluh,Ungku Hamidah.

”Adapun pada mereka itu (barat)perempuan semuanya sama di kamar tidur.Semua untuk dihayak semata.Hairan sungguh kita melihat ramai benar yang mahu jadi seperti Barat itu.Yang ternampak oleh kita bangang dan bodoh saja.Baru mengenal peradaban sudah sibuk pula mahu mengajar-ajar kita.”

warkah lapan Ungku Hamidah;

”Sikit-sikit Islam sudah diletak ke tepi,nanti jatuh tebing terus tak berjumpa lagi,hanyut entah ke mana”


Andainya anda bertanya kenapa susahkan diri berdiskusi dgn V ttg agama,sy ucapkan jujur pd anda, Ia satu perbincangan yg cukup bermakna. Sy temui setiap kebenaran dalam soalan dan cemuhan sinis V. Pencarian yg menguatkan lagi betapa agama Islam itu agama yg benar. Rugilah mereka yg tidak beramal apatah lagi mengakuinya....

4 comments:

Ophe said...

tumpang tertarik dengan perbincangan kamu dan sahabt itu..

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

erm..sgt menarik perbincangan anum..lama x dengar khbar..haritu ayong ad tgok sehati berdansa tau..ad spsg suami isteri ni diorg jd wakil untuk persatuan penyakit SLE.kira duit yg kt vote diorg tu disumbgkan pada persatuan SLE..

anumz sarah said...

Salam koishie,

Syukran. Semoga ada manfaatnya.

anumz sarah said...

Salam Ayong,

Alhamdulillah kak... anum ok2 saja. Tapi sudah kurang update blog dan tanya khabar rakan blog lain...Maaf kak,anum sdg kesibukan.. Uuu...

ttg sehati berdansa,anum x sangka ada persatuan SLE termasuk sekali. Satu usaha yg bagus dari semua pihak. Terima kasih atas sokongannya.^^