Sunday, August 23, 2009

We'll see.

Belum pernah sebingung ini. Saya sudah tidak reti lagi utk seperti dulu. Boleh dikatakan saya sebenarnya sudah pencen dalam bidang public speaking.



Ia bukan passion saya lagi.


REAL PASSION

Passion saya kini lebih kepada buku-buku dan bidang penulisan. Walau masa menjadi kekangan kerana memenuhi tanggungjawab sebagai pelajar sepenuh masa Farmasi, saya tetap berasa sangat gembira bila dapat membincangkan buku-buku baru atau penulisan yang benar-benar bermutu.

Malah membaca penulisan dan pemikiran-pemikiran yang bermakna membuatkan masa terasa well spend. Terasa canggung bila diminta utk mewakili tahun 3 utk pertandingan public speaking.



Memang kuat sungguh rasa ingin menolak tetapi saya bukanlah seorg yang mahu lari bila diminta berjuang. Ia pemilihan yang adil malah mengejutkan sungguh apabila saya survive 1st dan 2nd round.
Say bersyukur kerana dapat melakukan yang terbaik. Sejujurnya bukan kemenangan yang saya kejar kerana sungguh benar saya mahu menolaknya awal-awal. Saya mahu menumpukan pengajian saya yg baru stabil malah kesihatan saya yg baru pulih menuntut rehat dan stress minimum.


Entah kenapa saya tetap teruskan juga pertandingan ini walhal halangan bukan calang-calang.

Pernah seorang senior saya menasihati agar jangan sering menolak responsibility atau harapan org pada kita. Saya tidak faham kenapa malah dia pun tidak menerangkannya.

WHY WE DO THINGS WE DO??
Baru-baru ini roomate saya memberikan sebuah buku yang bagus . Ia merupakan himpunan cerita-cerita life changing experience by reading book. Beliau berkongsi satu cerita yang menyebabkan saya memahami sesuatu perkara penting.



Melalui catatan Rafe Esquith, beliau mendapati terdapat 6 peringkat di mana manusia melakukan apa yang manusia lakukan. (Why we do things we do?-kajian oleh sosial saintis Lawrence Kohlberg)

Level 1: We do things because we want to avoid trouble.
Level 2: We do things for reward.
Level 3: We do things to please other people.
Level 4: We do things to obey external rules.
Level 5: We do things to be considerate of others.(because we care about others’ feeling)
Level 6: We do things to live by our own sense of what is right.

Dan kini,barulah saya sedar, rupa-rupanya memikul tanggungjawab bersungguh-sungguh dengan niat yang betul merupakan the right thing to do.Walau kadang-kadang kita tidak mahukannya ia tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.


Is it worth it? Entahlah. Sy cuma melakukan yg terbaik. We'll see.

Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadah kepada-Ku” (Adz-Dzariat: 56)

3 comments:

Tirana said...

Salam Sarah...selamat berpuasa.

Best nampaknya buku tu...Kawan Sarah tu beli di mana? Di luar negeri atau di Malaysia?

anumz sarah said...
This comment has been removed by the author.
anumz sarah said...

Salam kak Tirana,

Selamat berpuasa juga kak.

Kawn anum beli di kedai buku Popular. Boleh dapat di mana2 kedai buku mega Malaysia kak. InsyaAllah ada di MPH,TIMES,BORDERS atau KINO.