Wednesday, August 5, 2009

Stories that don't ryhme...

Nana said:"Learn this now and learn it well, my daughter; Like a compass needle that points north. a man's accusing finger always finds a woman. Always.You remember that Mariam."


-A Thousand Splendid Suns novel, Khaled Hosseini(the author of The Kite Runner)

NOVEL

Pertama kali saya diperkenalkan kepada novel PRINCESS: A True Story of Life Behind the Veil,yg mengisahkan realiti kehidupan menjadi anak perempuan kepada seorg kaya Timur Tengah ialah melalui seorang kawan yg bukan Muslim. Entah apa niatnya saya tidak tahu tetapi saya dapati melalui novel inilah gambaran mereka melihat Islam.





PRINCESS mengisahkan tentang seorg perempuan bernama Sultana diahirkan dalam keluarga kaya raya di sebuah negara Timur Tengah.Dalam novel itu mengisahkan betapa sukarnya dilahirkan dalam keluarga Islam tetapi pada masa yang sama memegang kuat amalan tradisi. Di sini perempuan dilayan bagai kelas kedua berbanding lelaki. Juga pada kebebasan untuk menimba ilmu, memilih jodoh sendiri dan beberapa amalan yang menggambarkan manipulasi kuasa lelaki terhadap kaum wanita.

Ketika itu sedarlah saya mereka melihat Islam turut menyumbang kepada kejahilan amalan tradisi yang menindas wanita. Walhal Islam bukan begitu. Malah jika diteliti penulisnya ialah Jean P.Sasson yg sepastinya tidak mengamalkan apa-apa jauh sekali mendalami Islam demi merasai keindahannya.

Ia ditulis dgn prejudis oleh seorang penulis orientalis dan diceritakan oleh seorang yang terdesak ditekan amalan-amalan yg konon dikatakan berkait rapat dengan Islam. Adat bukan pegangan agama. Jelas bagi kita. Tidak jelas bagi non Muslim.

REALITI?

Namun saya tidak nafikan adakalanya wujud juga realiti novel tersebut dalam kehidupan kini. Usai Sultana saya diberi pula SOLD yang ditulis oleh Patricia McCormick. Novel ini realitinya lebih kejam. Dijual oleh ayah sendiri konon atas hubungan perkahwinan.


Lalu saya faham bagaimana teman non Muslim saya ini melihat Islam. Seperti menindas kaum perempuan. Sukar utk saya berhujah. Dan saya hanya mampu membandingkan bezanya layanan wanita di Timur Tengah dan wanita di Malaysia bukan disebabkan agama tetapi manusia-manusia yang menyalahpakai agama itu.

Semakin saya dewasa saya mula memahami beberapa perkara apatah lagi melibatkan hal lelaki dan perempuan. Sejelas mana Islam menyamakan hak lelaki dan perempuan, diskriminasi itu masih ada.

Saya bukan feminisme,tetapi realiti menemukan saya wanita yang disepak terajang suami sendiri. Realiti menemukan saya pada wanita yang belum pun ada apa-apa hubungan sah sekadar teman lelaki saja,sudah sampai tangan ke muka. Juga pada wanita yang mudah sungguh jatuh sayang pada si lelaki yang awalnya penuh pujuk rayu rupanya berniat bagai habis madu,bunga layu disepak buang.


Allah sudah mengangkat martabat wanita tetapi ada pula yang bertindak merendahkannya. Lelaki dan perempuan. Kenapa pula tidak sama-sama mengangkatnya? Buktikan bahawa Islam itu benar-benar menghormati perempuan tetapi sebaliknya pula yg berlaku.

BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT?

Adat berkait rapat dengan amalan masyarakat mengikut kepercayaan nenek moyang. Ada yg sesuai dengan Islam ada yang tidak.Bukan tempat saya menjatuhkan hukum.

Cuma janganlah nanti adat itu lebih beharga dari agama Islam itu sendiri. Maka akan muncullah pula novel ditulis oleh orientalis luar tentang amalan melampau agama Islam. Which is NONSENSE for us, Muslim but MAKE SENSE for the non Muslim.

Masuk Islam bukan masuk Melayu. Jelas?

3 comments:

Faridrashidi.Com said...

Sudah semestinya begitu.. masuk Islam adalah masuk kepada agama bukan masuk kepada bangsa. Islam agama semua bangsa.

anumz sarah said...

Salam ustaz,mohon maaf sudah jarang berkomentar di blog ustaz. Di tempat pengajian baru ni internetnya susah sikit. Tp nak buat macamana.

Oh ya,ttg hal posmen karat mohon maaf libatkan ustaz sekali.Sudah diuruskan oleh keluarga yang sedang mencari. Syukran ya Ustaz Farid,sudi menjenguk blog kecil ini.

Syazana said...

Salam. ni syaz. hehehe...urm...pasal buku Princess tu, I've read it 3 years ago. penulis tu menulis bagi pihak org lain. macam kawan cerita pengalaman kat kawan lain tapi kawan tu interpret dgn cara lain. can be misleading tentang agama kita. tapi kalau cukup kuat iman, bacalah. mudah-mudahan dapat faham pandangan orang bukan Islam terhadap Islam, boleh kuatkan hujah kita mempertahankan agama.