Sunday, August 2, 2009

I tell you August.

DEEPER CONVERSATION

Tadi sempat menghadam buku karangan HAMDY yang bertajuk 'Rancang Hidup, Rancang Wang'. Juga penat setelah selesai perjalanan 30 minit dari rumah ke Puncak Alam. Pertama kali memandu bersendirian.

Mama sudah telefon 2 kali demi memeriksa saya selamat atau tidak. Dan akhirnya setelah sampai sy telefon pula demi memberitahu bahawa anaknya seorang ini sudahpun berada di kampus. Salam sayang dan peluk cium disampaikan melalui telefon.

Mengingat-ingat novel Surat-surat Perempuan Johor,watak Ungku Nur ialah yang paling saya damba. Kecekalan beliau dalam menanggung beban kesihatan yang menduga dan kesungguhan mengejar cita-cita.

Benar,beliau menggambarkan diri beliau sebagai seorang watak sederhana yang hidup di dunia. Maka saya adalah pencinta watak sederhana. Juga gemar menulis di blog,lembaran kertas mahupun melukis kasar atas kanvas amatur.

ORANG BIASA

Lantas bila ditag,saya fikir saya ialah org biasa yang ditag. Sejujurnya jika saya tidak menjawab tag tersebut maka maafkanlah saya kerana brgkali saya dihambat kesibukan amat dalam pengajian juga sebagai seorang pesakit full time.

Mohon maaf sangat-sangat andai ada tag lama yg tak berjawab juga terpaksa saya KIV demi menstabilkan fokus hidup saya iaitu pengajian dan penyakit SLE ini. Saya punya cita-cita menghadam kebanyakan buku ilmiah demi dibawa ke kubur nanti.

Dan ini buat pertama kalinya saya berkongsi perasaan saya paling dalam. Betapa saya terharu ada antara rakan bloggers yang sudi tag saya kerana mahu mengenali lebih mendalam atau pun saja-saja,saya tidak kisah. Kiranya saya ini bukanlah datang tak terkesan pergi tak dipeduli.

Terima kasih kepada rakan bloggers saya yg sudi men'tag' dan maafkan juga jika saya KIV tag2 anda kerana brgkali memerlukan jwpan panjang. Sya sbnrnya tak tahu nak beritahu anda saya ini macamana.Bg saya diri ini cukuplah sederhana yang menumpang di bumi Dia dan sdg cuba menjalankan tanggungjawabnya yang tidak pernah habis selagi tidak menutup mata.

MENGHORMATI

Menghormati jemputan tag terbaru bulan Ogos 2009, saya selesaikan segera. Kebetulan bukan minggu test juga bukan minggu hampir peperiksaan. Kiranya ini sajalah diri saya yang hendak diberitahu.


Terima kasih atas tagnya,sekurang-kurangnya ada juga isi utk entry August ini.

Nama : Hanum Maisarah Abd. Rahman
Nama Pangilan : Anum,Sarah
Tarikh lahir : 3 July 1987
Tempat lahir : Hosp. Besar Kuantan
Status : Single and loving it.
Hobi : reading,writing,travelling,swimming,photography, musics and keyboard,drawing

Makanan kegemaran : Simple dishes,the healthier the better. (Kuey Teow Basah mmg xkan tolak..hehe...)
Minuman kegemaran : Green Tea with honey

Cita- cita : Crime Psychologist or Clinical Psychologist plus menawan dunia dgn travel and writing.

Pengalaman buruk : Err... I think it's better not to tell.
Pengalaman manis : First time travel sendiri around China and HK
Perkara yang disukai : Able to communicate and share knowlegde with great people who appreciate life and humble plus a quiet time to do things I love...
Perkara yang tak disukai : Err.... saya tau tak semua org sempurna termasuk saya,so paling tak suka if saya tak dapat buat yg terbaik dlm perkara yg sy ceburi.

Adakah anda berpuas hati dengan apa yang anda ada? : Alhamdulillah. Syukur sgt.

Harapan : BENLYSTA work as treatment for SLE and able to complete my dream so I can contribute more to other people.My dream is to be a useful person and a professional muslimah.
Sou Desu.
Sampai sini,Ogos/August.

Jyane~

6 comments:

anjut said...

i'm honored! truly!hehee..x der la, tag ni bukan saja2 jer, just nak tgk cara pemikiran org2 yg berlainan. sbb umur meningkat, tentu jawapan nyer x sama dgn apa yg kita buat tym kecik. huhu. sangat simple jawapan anda, that's really simply life sarah anum!bravo!

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

memgla..kdg2..org tak tau pa yg sdg kt hadapi..org nampak mcm paham..tp susah untuk memahami..hanya Allah daan kt je yg mgetahui...

Tirana said...

Salam Sarah..lama kak tirana tak menjenguk ke sini. Kadang2 ada jugak singgah tapi tak tinggalkan jejak..datang sekadar membaca..

First thing first...dalam kehidupan ini kita perlu dahulukan yang mana yang wajib..kemudian baru kita buat yang sunat. Jangan kerana yang sunat, kita tertinggal yang wajib.

Mudah2an Sarah ceria selalu..

anumz sarah said...

Salam anjut,

Hope okle... anum mmg kalau boleh lg sempoi tag lg better. If panjang mmg jenuh jugak la...

anumz sarah said...

Salam kak,

Anum mmg jenis jrg cerita. Aa peatah mengatakan
"u can bring thehorse to the river but u cannot make it drink"

Jadi,utk memahamkan org lain ttg SLE anum mmg jrg lakukan unless org itu benar2 mahu tahu.Dan dia mula bertanya itu dan ini. Sungguhpun seseorg cuba faham, kdg2 they just can understand utill where they can understand. So no pressure for them. Anum hargai effort mereka.

p/s: terima kasih kepadayg cuba memahami dan melunakkan hati seorang pesakit. ^^

anumz sarah said...

Salam kak,

Mohon maaf juga anum kerap jadi silent reader kblkangan ni. Pressure 3rd year pharmacy mula terasa. Anum setuju dgn pendapat akak.

First thing first. InsyaAllah akan mempraktikkan peganagn ini dgn lebih efisien.

p/s: Terima kasih kak atas sudinya singgah dan nasihat2 akak yg menyenangkan org muda lg kalut mcm saya. Hehe... masih mentah dalm hidup ni kak,tp nak menulis juga... Bagi penulis kecil mcm anum ini itupun sudah cukup kak.