Sunday, July 19, 2009

Menghadap Takdir Diri- Sakit Pun O.K.

SAKIT PUN O.K.


Tajuk buku ini menyebabkan saya terhenti sebentar mecari-cari buku karangan HAMDY bertajuk 'Rancang Hidup Rancang Wang'.

Saya tenung tajuk buku itu. 'SAKIT PUN O.K.'.

Dan saya senyum kecil mengenang diri yang sudah belajar menerima takdir diri. Juga terkenang-kenang pada emel dikirim dari Brunei oleh kenalan bernama Amalina. Saya sebenarnya telah 'berhutang' balasan emel kepada beliau.




Bukan sy sengaja,tetapi akibat kesuntukan masa berpindah ke tempat baru dan tempoh penyesuaian yang benar-benar memenatkan ditambah urusan pendaftaran online UITM yang masih tak selesai-selesai. Mujur jadual Bahasa Jepun sudah ada cuma pendaftarannya penuh dugaan akibat bertindih masa.


Saya dan Mima mengabadikan memori di PTAR 4 UITM Shah Alam.

Sudah 2 kali berulang-alik dari Puncak ke Shah Alam. 35 minit di jalan raya tanpa henti sudah cukup membuatkan saya experience fatigue. Malah saya tidak ke rumah sebaliknya terus ke Akedemi Pusat Bahasa(APB) untuk menyelesaikan hal pendaftaran. 2 minggu di pertengahan Julai yang melelahkan. Semoga ada hikmah di sebalik kesibukan-kesibukan ini.Amin...


Dan kepada saudari Amalina dan juga Nisa' saya mohon maaf amat-amat. Saya sudah pun menetapkan minggu 20/07-26/07 hanya utk membalas semua emel tertunggak dan juga lebih kepada menelaah segala nota yang terabai.InsyaAllah....

KEKUATAN KEPERCAYAAN

Dalam masa kesibukan ini,saya tetap memikir-mikir bagaimana harus saya membalas emel dgn baik dan memantapkan penulisan di blog demi manfaat semua. Ini kerana otak saya sedang tepu dgn segala fakta berkaitan bidang farmasi. Sukar sy menghasilkan penulisan bermutu kecuali ada isi yang bermanfaat.


Lawatan ke MPH Shah Alam kali kedua menemukan saya semula dgn buku tersebut. Terus saja tangan ini ringan mencapai dan membelinya. Dan Alhamdulillah...ia memberi manfaat kepada pesakit dan bukan pesakit. Saya syorkan baca agar dapat dimanfaatkan bersama.

Terdapat pendapat yang sangat baik utk dikongsi terutama bab-bab berkaitan menerima qadak dan qadar Allah. Pendapat penulis terhadap sifat manusia bila menerima takdir amat tepat.


Pic:Pelangi ialah karya ikhlas hasil sebuah persahabatan yang tulus... Ia mengenai sahabat penulis yang menghidap SLE sejak kecil.

Malah secara jujur sebagai pesakit Systemic Lupus Erythomathosus yang masih tiada penawarnya perkara pertama yang paling sukar ialah MENERIMA TAKDIR atau ketentuan Allah yg dianggap manusia amatlah buruk tetapi terbaik di sisiNya.

Persoalan kedua pula ialah DENIAL STATE. Di mana sesetengah pesakit kronik contohnya SLE, Kanser, Degenerative Disease atau lain-lain, denial state ialah keadaan di mana kita hampir hilang arah/kemampuan untuk menerima ketentuan yang dahsyat.


Ia seperti hukuman tali gantung mandatori.Esok tiada harapan dan hari ini hanya sia-sia. Di sinilah kekuatan IMAN dan MINDA POSITIF memainkan peranan. Ia penawar yang paling ampuh malah mampu menyembuhkan. Bagi pengkaji perubatan barat ia dipanggil MIRACLE. Dan bagi kita orang Islam, ini dipanggil KUASA ALLAH.

Walau apa pun terms/panggilannya ia memerlukan satu perkara yang sama . Iaitu KEKUATAN KEPERCAYAAN.
BUKAN MELAWAN TETAPI BERSEDIA

Saya dimesej teman utk meminta panduan kerana dia terpaksa mengulang semula tahun pertama di Universiti akibat SLE. Sejujurnya saya sendiri pernah mengalaminya dan ia satu pengalaman yg benar-benar mengajar.



Kegagalan atau kejayaan bukanlah penentu ukur kehebatan manusia. Tetapi sikap dalam menghadapi kedua-kedua keadaan tersebut. Manusia yang hebat bukan tidak pernah gagal tetapi mereka bersedia menghadapi kegagalan.Sama seperti mereka bersedia menghadapi kejayaan.

Maka dalam buku ini saya menemui kata-kata:

"Janganlah kita menjadi manusia yang melawan takdir dan tidak lansung bersedia menghadapi takdir"


Hakikatnya semua manusia akan mengalami kesakitan. Hakikatnya semua manusia akan menemui ajal. Ketentuan sudah ada dalam kitab Lauh Mahfuz Pemilik Arasy yang Agung maka tidak ada gunannya kita melawan.
Marah-marah atau bingung memikirkan mengapa Tuhan memberi kita sakit. Mengapa Allah tidak jadikan semua kaya? Mengapa itu,mengapa ini... dan asyik2 mempersoal. Tetapi jawapan tidak dicari.


Inilah yg dikatakan TIDAK BERIMAN KEPADA QADAK DAN QADAR. Ketahuilah manusia siapapun kamu,seagung Raja,sesederhana manusia mahupun yg jelas mahu beriman kita TETAP LAYAK DIUJI.

Jadi,BERSEDIALAH!

ILMU ITU LUAS




Saya akui idealistiknya impian jika meraih Master atau PhD dalam bidang pengajian ilmu membawa kepada ketinggian ilmu seseorang. Malah ia sangat dituntut dalam Islam agar meraih ilmu hingga sejauh yang boleh.
Namun NIAT itu mesti telus. Jika kerana gelaran dunia makanya saya selalu terkenangkan kata-kata : SUCCESS IS 80% ATTITUDE AND 20% IQ.

Kerana setinggi mana ilmu seseorang jika akhlaknya buruk maka tetap sia-sialah dia di hadapan Tuhannya.Bukankah Allah sudah berfirman; Manusia yang paling bijak ialah manusia yang selalu mengingati mati.

Seperti dalam buku Stephen R.Covey,Begin with The End In Mind ia mengupas betapa pentingnya akibat atau akhir seseorang berbanding di awalnya. Malah saya dapati ilmu itu sangat luas. Ia tidak merangkumi subjek2 di kelas sahaja. Bukankah hidup ini bukan buku semata-mata?


p/s: Mohon maaf pada saudari Amalina atas kelewatan balasan emel. Internet di Puncak Alam mempunyai server yang kecil maka Yahoo Mail amat sukar dibuka. InsyaAllah Selasa ini saya akan pulang ke rumah untuk mengambil darah di PPUM dan routine check up. Maka mudah sedikit jika berinternet di rumah.

5 comments:

Ophe said...

sahabat yg seorang ini, akan terus mendoakan kesejahteraan kamu.. aku janji tentang itu... ermm...

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

anum..semoga sihat2 selalu..anum akak tertarik dgn buku skit pun ok tu..anum bl kat MPH ye?

anumz sarah said...

Salam koishie,

Syukran atas doanya. Maaf ya balasnya lambat. Kesan berpindah tempat pengajian amat terasa sungguhpun duah 3 minggu.

Sgt sibuk utk menyelesaikan hal2 kecil seperti sticker kereta dan macm2 lagi. Terima kasih sekali lagi sahabat atas doa.

p/s: Dan kuselitkan juga doa-doa keselamatan,kesejahteraan dan dikurnia kecukupan utk semua sahabat yg baik budi.Amin.

anumz sarah said...

Salam ayong,

kebetulan ada mutiara minda bookfair yang berlansung di Plaza Alam Sentral. MPH yg anjurkannya jadi bnyk potongan harga.

Apa lagi,borong jugalah dibuatnya. Hehe... Oh buku "Sakit Pun O.K." ada di MPH dan juga kedai buku yg lainnya. Cuma x jamin bilangannya mencukupi atau tidak.

p/s: Best buku ni. Berbaloi...^^

MaRdHatILLah(Fatahiyyah) said...

akk dh masukkan dh pun entry pasai buku ni anum.